Monday, May 25, 2009

POLIS DIGUNAKAN UNTUK HALANG PROGRAM DI PERAK


DS Nizar tiba


Sidang Media

26.5.2009 Ipoh- Politik Perak terus panas dan bergelodak.sekali khidmat Polis digunakan untuk menafikan hak rakyat untuk berhimpun bagi menjayakan mogok lapar dan puasa.

Sebentar tadi, DS. Nizar sampai disambut dengan laungan takbir dan kata-kata 'hidup Nizar'.

Beliau bergerak masuk ke dalam khemah yang masih belum dibuka dan dikerumuni oleh wartawan

Pihak polis memaklumkan sebentar tadi, mengarahkan supaya dibuka khemah yang telah siap dipasang di hadapan Wisma DAP.

Sekitar lebih 100 orang polis berada di sekitar wisma DAP pada masa ini, kebanyakan mereka berpakaian seragam dan berpakaian biasa untuk mengelirukan orang ramai.

Khemah-khemah yang dipasang telah di duduki oleh sebahagian besar FRU dan polis dan sebahagian dari mereka menaiki kembali kenderaan polis kembali dalam keadaan cuaca hujan sedikit sebentar tadi.

Maklumat dari pejabat DAP sebentar tadi memaklumkan pihak FRU masih membenarkan orang ramai menghampiri Wisma DAP namun kami dilarang dari meneruskan program yang direncanakan pada pagi ini diperkarangan Wisma DAP di Medan Istana Ipoh itu.

Selain itu 5 orang yang ditangkap adalah dari syarikat event yang ditugaskan mengendalikan majlis perasmian pada pagi ini. Tidak dapat digesahkan ke balai polis mana mereka telah dibawa.

No comments: