Friday, December 25, 2009

Ziarah


Semalam saya bersama dengan sdr Jaafar NYDP dan Sdr abdussommad SU Kawasan Maran menziarahi Alfadil Ustaz Abd Manaf Othman yang kurang sihat kerana masalah jantung dan tekanan darah tinggi.

Beliau tinggal di Felda Jengka 2. turut menemani kami Tuan Haji Ali bin Lasim Ketua PAS Cawangan Jengka 2.

Moga Allah memberikan kesihatan kepada beliau. amin

Wednesday, December 23, 2009

Selamat Pengantin Baru..moga berbahagia...




Selamat pengantin baru buat sahabat Ustaz Muhammad bin Nayan.Beliau bertugas sebagai pendakwah orang asli JAKIM di kg.Bangas Kuala Sentul.Moga lepas ni makin bersemangat menyampaikan dakwah..buat org kita..

Monday, December 21, 2009

Paip pecah.. Rakyat susah..




Penduduk sekitar Kg. Awah sekali lagi mengalami masalah ketiadaan air pagi ini.Menurut saksi sdr Mustaza 45th kejadian disedari berlaku ketika hendak menunaikan solat subuh jam 5pagi,kebiasaannya air akan tiada secara perlahan-lahan tetapi hari ia berlaku secara tiba-tiba katanya.
Kebocoran paip dikesan berlaku berhampiran kaman JKR Kg. Awah.Paip air yang pecah mengakibatkan air memmenuhi longkang dan juga jalan raya berhampiran.Sehingga jam 11.30 masih tiada tanda-tanda JBA datang untuk membaiki kebocoran tersebut.Dianggarkan beribu-ribu gelen air mengalir dibazirkan begitu saja tanpa peduli segera JBA.
jika tidak bertindak segera dikuatiri akan menambahkan lagi deman kerajaan negeri pahang yang sudah 10 tahun difisit belanjawannya.

Friday, December 18, 2009

Kem Hafazan Yayasan Amal Malaysia (Pahang)






Pendidikan solat kepada anak-anak amat penting bagi membina ketahanan syaksiah diri dalam era serba mencabar sekarang ini demikian menurut Ust Rosli Jabar Naib Pengerusi 1 Yayasan Amal Malysia cawangan Pahang ketika berucap dalam perasmian penutup Kem Hafazan & Fardu ain 2009 di Masjid Attaqwa Kg. Awah.

Ibubapa bukan sahaja berperanan menyuruh anak-anak mendirikan solat tetapi juga mengajar dan membawa bersama anak-anak ke masjid,mengapa apabila pergi membeli belah ke pasaraya sanggup pimpin tangan anak-anak sampai 10 orang tetapi ke masjid tidak boleh soalnya.

Kem Hafazan dan Fardu Ain tersebut bermula 1.12.2009 sehingga 20.12.2009 anjuran bersama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang dan Masjid Attaqwa Kg. Awah.

Menurut ketua biro Pendidikan dan dakwah Yayasan amal Malaysia (Pahang)Ramli Awang sambutan daripada penduduk sekitar amat memberansangkan.Seramai 120 orang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan telah menyertai kem tersebut.

Program yang bermula jam 8.00pagi sehingga solat zohor setiap hari kecuali hari jumaat itu bukan sahaja menumpukan kepada hafazan surah-surah pilihan tetapi juga kepada pembinaan saksiah ,akhlak,yakin diri dan kesungguhan didalam melakukan sesuatu perkara.

Majlis penutupan rasmi Kem juga diserikan dengan ceramah Maal Hijrah oleh Ustaz Abdul Hamid Derani.dianggarkan lebih 400 orang dalam majlis tersebut.

Thursday, December 17, 2009

Walimatul Urus rumah Pak Da Tar 19.12.09


Pakda tar menyambut saudara mara yang datang nak menolong kenduri beliau esok

dua rakan lama bertemu semula ayah cu mail 71 tahun dengan pakcik tahir 69 th

Wednesday, December 9, 2009

Apa dah jadi ni..lepas satu..satu..Motor kena curi

Penduduk sekitar Bukit segumpal sekali lagi dilanda gelombang 'geng curi motor'.mengikut maklumat yang boleh dipercayai..

1. motor makngah hasnah depan masjid Attaqwa - 2 biji (malam raya haji)
2. Hj. Sulaiman kabut - 1 biji
3. abg Por pekan sari - 1 biji
4. Hj Moktar Kabut - 1 biji
5. tok imam Ahmad - 1 biji- hilang semasa menunaikan solat subuh kat masjid.3.12.09
6. Hj Abdul Hamid - 2 biji -beliau masih ditanah suci buat haji,yang sebiji tu sebelum gi haji lagi dah kena kebas.6.12.09
7. anak tok4 bukit lada - 1 biji (semalam hilang)7.12.09
8. Badrul klinik - 1 biji

BADAN BERTINDAK ANTI CURI MOTOR AKAN MENGADAKAN SOLAT HAJAT DAN BACA YASSIN PADA HARI JUMAAT INI DI MASJID ATTAQWA KG. AWAH.INSAN2 YANG PRIHATIN DI JEMPUT SAMA MENYERTAI PROGRAM INI.

JANGAN LUPA- BADAN BERTINDAK ANTI JENAYAH BUKIT SEGUMPAL PERNAH MENYEWA SEBUAH BAS BAGI MENGHANTAR MEMORENDUM PADA MB PAHANG KERANA BANYAKNYA KES2 PECAH RUMAH BERLAKU DI BUKIT SEGUMPAL. DAN TIDAK MUSTAHIL KAMI SEKALI LAGI AKAN MENGHANTAR MEMORENDUM PADA MB PAHANG KERANA KEGAGALAN BN MEMBERIKAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN PADA RAKYAT PAHANG.

RAMLI AWANG ABDUL RAHMAN

Pengerusi Badan Bertindak Anti Curi Motor

Isteri Tok Guru Kemalangan


Puan Khuzaimah Isteri kepada Tuan Guru Hj. Mohd Baki kemalangan kereta berhampiran masjid AtTaqwa kg. awah.Beliau bersama anak serta seorang cucu dalam perjalanan ke Temerloh.

Menurutnya sebuah motor tiba-tiba muncul daripada arah hadapan dan melanggar sebelah kiri kereta kelisa milinya,walaubagaimapun beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut saksi penunggang motosikal tersebut cedera dan dibawa segera oleh ambulan yang kebetulan lalu ditempat kejadian.

Sunday, December 6, 2009

Unit Amal Bantu Mangsa Banjir


Ketua Amal Pemuda PAS Maran Syed Mohd Kamaruzaman

Pempinan PAS turut bersama dalam gotong royong

Warga emas Pn. Besa binti Abd Hamid 75th,terharu dan gembira kerana ada orang datang membantu,beliau hanya tinggal bersendirian dirumahnya.

Unit Amal (walad) antara yang bersemangat untuk menghulurkan pertolongan

Balai raya kg. Chedong yang turut dilanda banjir.

Warga Emas En. Ismail bin ahmad 79th,gembira kerana unit amal datang membantu.

PAS Maran bersama unit amal Pemuda Maran mengadakan gotong royong membersih rumah mangsa banjir serta Balai raya di kg. Chedong Maran.Operasi membersih bermula jam 9.00pagi itu diketuai oleh ketua Unit Amal Kawasan sdr Syed Mohd Kamaruzaman bersama 30 orang anggotanya.

Menurut En. Abu Bakar bin Osman 52th. ahli JKK Kg. Berkat ,kg.Chedong sering dilanda banjir kerana kampung berkenaan berada dikawasan yang rendah berhampiran sungai chedong.Beliau mencadangkan diwujudkan benteng bagi menghalang air sungai daripada mengalir cepat dikawasan perkampungan.