Friday, December 18, 2009

Kem Hafazan Yayasan Amal Malaysia (Pahang)






Pendidikan solat kepada anak-anak amat penting bagi membina ketahanan syaksiah diri dalam era serba mencabar sekarang ini demikian menurut Ust Rosli Jabar Naib Pengerusi 1 Yayasan Amal Malysia cawangan Pahang ketika berucap dalam perasmian penutup Kem Hafazan & Fardu ain 2009 di Masjid Attaqwa Kg. Awah.

Ibubapa bukan sahaja berperanan menyuruh anak-anak mendirikan solat tetapi juga mengajar dan membawa bersama anak-anak ke masjid,mengapa apabila pergi membeli belah ke pasaraya sanggup pimpin tangan anak-anak sampai 10 orang tetapi ke masjid tidak boleh soalnya.

Kem Hafazan dan Fardu Ain tersebut bermula 1.12.2009 sehingga 20.12.2009 anjuran bersama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang dan Masjid Attaqwa Kg. Awah.

Menurut ketua biro Pendidikan dan dakwah Yayasan amal Malaysia (Pahang)Ramli Awang sambutan daripada penduduk sekitar amat memberansangkan.Seramai 120 orang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan telah menyertai kem tersebut.

Program yang bermula jam 8.00pagi sehingga solat zohor setiap hari kecuali hari jumaat itu bukan sahaja menumpukan kepada hafazan surah-surah pilihan tetapi juga kepada pembinaan saksiah ,akhlak,yakin diri dan kesungguhan didalam melakukan sesuatu perkara.

Majlis penutupan rasmi Kem juga diserikan dengan ceramah Maal Hijrah oleh Ustaz Abdul Hamid Derani.dianggarkan lebih 400 orang dalam majlis tersebut.

No comments: