Thursday, October 14, 2010

Keinsafan...

Tidak dapat dibayangkan kalau kita berada 600 meter diperut bumi selama 68 hari.Itulah dunia peluang itu sentiasa ada sebelum ajal menjemput kita.

Bila ajal dah sampai...

Tiada peluang lagi buat kita.Marilah kita insaf dengan dosa-dosa yang dilakukan.Walaupun lubang kubur itu sekadar 6 kaki dalam,kita tidak akan sama sekali lagi diberi peluang untuk kembali menjadi Pelawat Bumi yang fana ini..


-------------------------------------------------------------------------------
33 pelombong Chile diselamat


WASHINGTON: Seluruh dunia semalam terpaku pada televisyen untuk melihat orang pertama daripada 33 pelombong yang terperangkap selama 68 hari di bawah tanah dinaikkan di kawasan padang Pasir Atacama, Chile.
Orang ramai menonton dan mendengar siaran secara langsung ketika Florencio Avalos dinaikkan dengan selamat dari 600 meter di bawah tanah pada jam 11.11 pagi waktu Malaysia, diikuti sejam kemudian oleh rakan sekerja, Mario Sepulveda.


Rangkaian media dari seluruh dunia, termasuk CNN International, Sky News dari Britain, ITele dari Perancis, BFM dan juga Euronews menyiarkan secara langsung acara itu. Selain kamera yang membuat rakaman dibumi, penonton juga boleh melihat gambar samar-samar pelombong yang menanti untuk diselamatkan di pusat perlindungan bawah tanah. Lombong San Jose itu runtuh awal Ogos lalu.


Penonton dari seluruh dunia, termasuk ketua negara, melihat bagaimana kapsul yang tertera bendera Chile diturunkan menerusi lubang penyelamat.


Kisah bagaimana mereka terselamat selepas berada sebegitu lama di bawah tanah, menjadi cerita berunsurkan kemanusiaan di seluruh dunia dengan rakaman gerakan menyelamat itu disiarkan hingga New York, Sydney, London dan Tokyo.


“Tahniah Chile. Saya berdoa sehingga semua 33 pelombong yang terperangkap itu berjaya diselamatkan,” kata guru di Bandar Kudamatsu, Jepun.


Dia menghabiskan hari cutinya untuk menonton siaran berkenaan.


Di Eropah, televisyen Austria menyiarkan program berita khusus untuk gerakan menyelamat 32 warga Chile itu dan seorang rakyat Bolivia, sesuatu yang jarang dilakukan untuk acara luar negara.


Di Belanda, akhbar kedua terbesar negara itu menyiarkan iklan pada tiga muka pertamanya untuk acara berkenaan.


Di Poland, yang sering mengalami bencana lombong, dua stesen televisyennya juga menyiarkan gerakan menyelamat itu secara langsung.


Di kawasan menyelamat itu pula, anggota keluarga pelombong menunggu dengan penuh debaran, di samping ahli politik Chile, menanti mangsa yang kini dianggap wira negara.

Wednesday, October 13, 2010

Kisah Kejam - Gadis Kena Potong Hidung

Tergamam membaca kisah seorang gadis remaja Afghanistan yang bernama Aisha 19,yang dipotong hidungnya oleh seorang yang bergelar suami.

Isu ini telah digarap dengan begitu halus oleh barat untuk memperlihatkan Islam itu ganas dan jahat dimata dunia.Lihat saja majalah TIME telah menyiarkan gadis tanpa hidung ini pada keluaran bulan ogos lalu.

Walaupun Usaha-usaha membantu gadis ini agar dapat kembali kepada kehidupan normal amat kita alu-alukan,tetapi agenda jahat barat tetap jelas kelihatan dalam isu ini.

Islam sekali lagi masuk ke kandang orang salah gara-gara penganutnya yang tidak berpegang dengan ajarannya.Tindakan seorang suami ini wajib dikutuk lebih-lebih lagi Islam terpaksa menanggung akibatnya.

Benarlah kata-kata Sayyidina Ali : Kenalilah muslim melalui Islam, jangan kenali Islam melalui muslim. Begitu juga kata pujangga : Keindahan Islam itu terlindung disebalik keburukan umat Islam sendiri yang tidak mengamalkan cara hidup Islam.

-Pelawat Bumi-

...............................................................................

LONDON: Seorang remaja Afghanistan yang cacat pada mukanya selepas dikelar oleh suami tersenyum lebar ketika menunjukkan hidung palsu barunya untuk kali pertama, semalam.


Aisha, 19, memeranjatkan masyarakat dunia apabila muncul kali pertama di muka depan majalah Time tanpa hidung, Ogos lalu.

Semalam, dia dengan berani muncul di depan khalayak ramai dengan memakai hidung palsu, sesuatu yang memberikan idea kepadanya mengenai bagaimana dia akan kelihatan selepas menjalani pembedahan.

Dia muncul depan kamera televisyen untuk menerima anugerah Enduring Heart di satu majlis untuk Yayasan Grosman Burn, sebuah pertubuhan yang berpusat di Los Angeles yang membiayai pembedahannya.

Aisha menerima anugerah itu daripada isteri Gabenor California, Maria Shriver.

Ketika berusia 12 tahun, bapa Aisha mengahwinkannya dengan seorang lelaki yang didakwa pejuang Taliban, kononnya sebagai membayar hutang.

Dia diserahkan kepada keluarga lelaki itu yang kemudian menderanya dan memaksanya tidur di kandang haiwan.

Apabila cuba melarikan diri, dia ditangkap dan hidung dan telinganya dipotong oleh suaminya sebagai hukuman.

“Apabila mereka memotong hidung dan telinga saya, saya pengsan. Pada tengah malam, saya terasa air sejuk mengalir dalam hidung saya.

“Saya langsung tidak dapat melihat kerana dilitupi darah,” katanya kepada wartawan CNN, Atia Abawi.

Dia dibiarkan di kawasan pergunungan tetapi berjaya merangkak hingga ke kediaman datuknya.

Bapanya berjaya menghantarnya ke pusat perubatan yang dikendalikan tentera Amerika Syarikat, tempat dia dirawat selama 10 minggu.

Mereka kemudian menghantarnya ke sebuah pusat perlindungan rahsia di Kabul dan dihantar ke Amerika Syarikat Ogos lalu. - Agensi

Sunday, October 10, 2010

Sanggupkah kita duduk di bawah BN lagi....


Tiada siapa yang mahukan kekalahan didalam sesuatu pertarungan.apatah lagi pertarungan dalam pilihanraya yang akan mengakibatkan sengsaranya akan dirasai oleh semua orang dan lama masanya.

Sudah 53 tahun BN berkuasa di bumi Malaysia yang kaya dengan khazanah bijih timah,getah ,kelapa sawit,minyak termasuk minyak minyak lintah dan dhob..

Sudah berapa billon yang dibazirkan ,tiris di bagi-bagi sesama keroni..lihat saja bila mahathir berkuasa siapa antara mereka yang terkaya..bila Dollah berkuasa bukankah anaknya pula jadi kaya begitu juga bila najib naik, nama sape yang keluar sekarang ini...

Rakyat hidup penuh kesukaran dengan harga barang melambung,biasiswa dah takde,hospital dah kena bayar ,minyak naik tak turun2..tol lagi gila (pantang lalu ulur selalu)mujurlah harga komoditi seperti getah dan sawit agak tinggi sekarang ni,boleh orang dikampung ni jalan tegak sikit..tapi kalu harganya jatuh..tak tau apa nak dikata...

Masalah sosial lagi teruk ,rogol,ragut ,bunuh membunuh,membakar ,mengebom,jenayah,buang anak ,menyamun ,merompak menipu dan seribu satu macam kejahatan semua dah jadi sajian dalam media..tak larat dah nak baca ,dengar ,tonton...

Maaf BN rasanya kamu silap kali ni..RAkyat dah meluat kat kamu weh!!! tak caya tunggu PRU 13...


-----------------------------------------------------------------------------------



BN mahu kemenangan besar

Oleh NIZAM YATIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Barisan Nasional (BN) memerlukan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi membolehkan kerajaan meneruskan pelbagai program transformasi yang bertujuan menjadikan Malaysia negara kelas pertama pada abad ke-21.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat perlu menyokong program berkenaan kerana ia telah dirancang secara teliti dan mendalam sehingga ramai pemimpin dunia memuji Malaysia kerana mempunyai perancangan yang progresif dan futuristik.

‘‘Impian saya untuk Malaysia adalah untuk menjadikan ia sebagai negara bertaraf dunia pada abad ke-21 dan bukannya negara kelas kedua yang pencapaiannya tidak berapa baik.

‘‘Sebab itulah saya hendak sangat kemenangan. Ini bukan semata-mata untuk menang tapi kerana ia adalah satu-satunya cara bagi membolehkan kita mentransformasikan Malaysia menjadi antara negara terbaik di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-57 yang dihadiri 1,764 perwakilan di Wisma MCA di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan para pemimpin parti komponen BN.

Ini merupakan kali pertama Najib merasmikan perhimpunan itu sejak beliau menjadi Perdana Menteri.

Beliau tidak menghadiri perhimpunan itu tahun lalu berikutan krisis dalaman parti berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Najib memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak termasuk kakitangan kerajaan yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman setelah siasatan menyeluruh selesai dilakukan.

Beliau berkata, siasatan itu perlu dibuat terlebih dahulu bagi menentukan kesahihannya berikutan terdapat sesetengah pihak yang cenderung menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk memperbesarkan isu perkauman.

Menurut Perdana Menteri, beliau juga bersetuju dengan pandangan yang menyatakan kaum Cina di Malaysia tidak seharusnya disifatkan sebagai kaum pendatang.

“Ya, kamu (kaum Cina) datang ke sini pada satu ketika dahulu, tetapi itu adalah tiga, empat atau lima generasi dahulu.

“Kaum Cina sekarang adalah warganegara Malaysia yang taat setia kepada negara dan ini adalah pendirian saya,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, beliau tidak dapat menerima sama sekali hujah beberapa pihak yang mendakwa gagasan 1Malaysia telah gagal berikutan masih ada individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Beliau berkata, semua pihak harus sedar bahawa beliau baru menjadi Perdana Menteri untuk tempoh setahun enam bulan sedangkan untuk mengubah sikap rakyat ia memerlukan masa yang lama.

‘‘Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengakui antara kegagalan beliau adalah untuk mengubah sikap rakyat walaupun setelah memegang jawatan ini selama 22 tahun. Oleh itu, semua pihak perlu realistik dan memberikan masa kepada saya,” ujarnya

Umno tipu warga emas: Wang 'haram' dikutip Umno

Umno tipu warga emas: Wang 'haram' dikutip Umno

Saturday, June 19, 2010

BILA PM BELI KUCING..


PM ajak rakyat bagi nama kucing parsi yang baru dibelinya...alahai senangnya hati PM ni..


KUALA LUMPUR, 19 Jun: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan kucing parsi yang dibeli Datuk Seri Najib Razak dinamakan dengan mana-mana peristiwa hitam yang berlaku zaman pemerintahan Perdana Menteri itu.

Sebagai cadangan, beliau mahu Najib mempertimbangkan beberapa nama seperti Kucing Persia: PKFZ, Scorpene, F5E, Sime Darby, L dan M, KTM Tanjung Pagar, Ban Judi Bola, Kem Sungai Besi, GST, Ban Subsidi, APCO, PRK Sibu atau Monggolia Altantuya.

"Dengan menjenamakan jenama-jenama di atas maka Najib dan seluruh rakyat Malaysia akan terus mengingati peristiwa-peristiwa hitam sebagai sejarah 1Malaysia," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau turut menyambut baik cadangan Najib yang mahu rakyat memberi cadangan nama kepada kucing yang baru dibelinya tersebut.

Nama-nama yang dicadangkan itu, katanya juga mampu mengingatkan negara tentang peristiwa hitam yang telah berlaku sepanjang Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri.

Wednesday, June 16, 2010

BASIRON HARAKAH KEMALANGAN

16.6.2010 - Wartawan Harakah Basiron abdul Wahab kemalangan ketika membonceng motosikal untuk ke pejabatnya tengahari tadi.

Beliau yang ditemui di wad kecemasan HOHAS petang tadi,dilihat berbaring kerana tekanan darahnya meningkat.

Keadaan beliau dilihat setabil dan boleh tersenyum ketika teman-teman daripada Jabatan Penerangan PAS Negeri menziarahinya petang ini.

Tuesday, June 15, 2010

PAS haramkan semua bentuk perjudian, Mahathir dan Umno jangan prejudis pada Cina

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan komentar Tun Mahathir Mohamad berhubung dengan isu judi yang dihalalkan oleh Kerajaan Umno-BN. Tuduhan beliau bahawa PAS hanya mengharamkan judi bola sahaja adalah suatu fitnah yang jelas dan isu judi bukanlah isu politik seperti apa yang beliau fikirkan. PAS menolak dan mengharamkan semua aktiviti judi dinegara ini dan bukan melibatkan perjudian bola sahaja.

PAS jauh berbeza dengan Umno. Umno telah perintah negara selama 12 penggal, namun belum ada usaha dilakukan bagi menghapuskan judi. Selepas PAS memerintah, Kelantan berjaya menutup premis-premis judi. Di Kedah usaha menghapuskan judi berjalan secara berperingkat, begitu juga dengan Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah Pakatan. Kita serius untuk menghapuskan judi dan mendidik rakyat ke arah kehidupan yang bebas dari maksiat.

Rakyat juga tahu, bahawa lesen perniagaan judi diluluskan oleh Kerajaan Pesekutuan, bukan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri hanya meluluskan lesen premis dan iklan yang kebanyakannya diperolehi oleh tokey judi semasa zaman pemerintahan BN.

Mahathir sebenarnya dibayangi dosa-dosanya yang meluluskan judi dinegara ini semasa pemerintahannya dan rakyat akan terus mengingati beliau sebagai tokoh pemimpin yang memimpin negara dengan duit hasil judi. Beliau mungkin berfikir, Jika beliau tidak menyokong dasar Najib hari ini, pastinya orang-orang dalam Kerajaan akan mengutuk beliau kerana selama ini beliaulah orang nombor satu yang membantu membangunkan industri judi dalam negara ini.

PAS juga amat kesal kerana beliau masih bersikap prejudis kepada masyarakat Cina dinegara ini yang dalam pemikiran beliau dianggap sebagai kaum yang suka berjudi. Beliau hadir dan berucap dalam perhimpunan 'Melayu Bangkit' di Kuala Terengganu semalam dan mencipta prasangka buruk terhadap orang Cina. Perkara ini tidak wajar kerana masyarakat Cina juga bukanlah masyarakat yang suka berjudi, dan ucapan beliau ini adalah satu penghinaan.

Tabiat judi ini adalah masalah yang dicipta dalam masyarakat bagi melalaikan mereka. Dan Kerajaan mengambil kesempatan dari golongan yang tidak berilmu ini dengan mengeluarkan lesen bagi mengaut untuk hasil perjudian.

Sewajarnya Kerajaan memberikan pendidikan kepada rakyat, memberikan maklumat dan berusaha memerangi gejala judi dalam masyarakat sama macam memerangi gejala dadah.

Bila judi diharamkan maka rakyat juga tidak akan berani berjudi. Aktiviti judi haram perlu dilihat sama seperti sindiket pengedaran dadah dan hukuman berat wajib diberikan kepada penganjur aktiviti judi. Rakyat perlu diberitahu akan keburukan judi ini dan mengajak mereka bersama-sama memerangi judi.

Kerajaan harus menjadi Kerajaan yang membantu membina rakyat dan masyarakat ke arah yang lebih positif dan proaktif, bukannya menjadi kerajaan yang meruntuhkan akhlak rakyat.Jika kerajaan BN dikekalkan, maka sampai bila pun masyarakat dinegara ini akan terus dipersendakan dengan dasar-dasar yang tidak progreasif dan hilang sifat holistiknya.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Wednesday, June 9, 2010

DEKLARASI TAMAN ESPLANADE - HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA





Deklarasi Sempena Hari Alam Sekitar

Deklarasi Taman Esplanade Temerloh

Bersempena tarikh 5 Jun 2010 iaitu sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia. Deklarasi Taman Esplaned Temerloh menegaskan beberapa ketetapan bagi semua pihak khususnya pihak kerajaan supaya mengambil tindakan konkrit dan berfokus bagi membendung kemusnahan alam sekitar yang semakin hari semakin parah khasnya di negeri Pahang. Justeru Deklarasi ini menggesa Kerajaan Negeri Pahang supaya:

1. MENGEKALKAN DAN MEMULIHARA khazanah warisan negara di Gunung Senyum dan kawasan sekitarnya yang berusia 240 juta tahun sebagai destinasi pelancongan sekali gus sebagai peninggalan berharga untuk generasi akan datang. Cadangan pembangunan kilang simen di Gunung Jebak Puyuh yang bersebelahan dengan Gunung Senyum mestilah DIBATALKAN dan sebarang proses pembinaan yang berkaitan dengannya perlu dihentikan dengan SEGERA.

Projek kilang simen tersebut jika diteruskan bukan sahaja akan menjejaskan keaslian Gunung Senyum malah akan memberikan kesan negatif kepada alam sekitar dan mengancam kehidupan dan keselamatan lebih 300,000 penduduk di tanah rancangan FELDA dan kampung-kampung tradisional di sekitarnya.

2. MERENCANAKAN DAN MENGAMBIL tindakan proaktif dan serius bagi memastikan bekalan dan kualiti air di sepanjang lembangan Sungai Pahang tidak terjejas malah dapat dipertingkatkan. Kerajaan tidak seharusnya sekadar berpuas hati dengan kualiti air Sungai Pahang yang dikategorikan pada Kelas Dua tetapi wajar membendung sebarang bentuk ancaman yang akan menjejaskan kualiti air Sungai Pahang.
Sungai Pahang merupakan warisan sejarah yang perlu sentiasa dipelihara bukan sahaja untuk bekalan airnya malah sebagai prospek produk pelancongan dan perikanan. Kemerosotan bekalan ikan tilapia merah daripada industri penternakan ikan sangkar sejak kebelakangan ini dibimbangi merupakan petunjuk kepada penurunan kualiti air Sungai Pahang.

Aktiviti pembalakan, pembangunan, perladangan dan proses perbandaran tidak terkawal dikenal pasti sebagai di antara punca utama pencemaran air sungai. Kelemahan kawalan dan penguatkuasaan terhadap industri pertanian dan pelancongan di hulu lembangan Sungai Pahang iaitu di Cameron Highlands dikhuatiri menyumbang kepada pencemaran ekstrem semua aliran sungai di Cameron Highlands yang kemudiannya mengalir masuk ke Sungai Pahang.
Justeru itu, PAS Pahang menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan segera bagi:

1. Memastikan semua kawasan tadahan hujan terutamanya di hulu Sungai Jelai, Sungai Tembeling, Sungai Endau, Sungai Rompin, Sungai Kuantan, Sungai Semantan, Sungai Benus dan sungai-sungai utama yang lain dikawal selia dan dipulihara dengan ketat untuk memastikan keselamatan bekalan air lestari untuk generasi akan datang;

2. Memastikan semua kawasan hutan di sepanjang jalan raya baru FELDA Sungai Koyan ke Cameron Highlands tidak diteroka sebagai kawasan pembalakan dan perladangan untuk menjamin bekalan air ke Sungai Jelai tidak terjejas;

3. Memastikan sistem saliran dan pembuangan sisa pepejal dan cecair kumbahan hasil daripada industri pertanian tidak terkawal di Cameron Highlands dan juga daripada perkembangan perbandaran di sepanjang Sungai Pahang tidak mencemarkan sungai tersebut. Pihak kerajaan juga perlu memulakan langkah segera bagi memastikan semua bahan buangan industri dan kumbahan perbandaran di sepanjang Sungai Pahang melalui proses rawatan ketat sebelum dilepaskan keluar ke sungai Pahang. Tindakan ini akan mengelak tragedi Sungai Juru di Pulau Pinang dan Sungai Seget berulang di negeri Pahang.

3. MENINGKATKAN KEUPAYAAN PENGURUSAN HUTAN terutama dari sudut pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang terutamanya untuk mencegah pembalakan haram dan pembukaan haram kawasan hutan. Kegagalan pihak berkuasa membendung pencerobohan haram, sebagai contoh pencerobohan Hutan Simpan Kekal Ulu Luit yang berjumlah ribuan ekar yang telah digondolkan dan dijadikan projek perladangan haram telah mengakibatkan ribuan spesies flora dan fauna di kawasan tersebut musnah sama sekali.
PAS Pahang menggesa pihak kerajaan negeri memperkasa agensi penguatkuasaan berkaitan untuk:

1. Melaksanakan secara serius dan telus pemberian lesen pembalakan melalui kaedah tender terbuka yang terbukti berjaya meningkatkan hasil kerajaan negeri berlipat ganda seperti yang dibuktikan oleh kerajaan negeri Kedah yang dipimpin Pakatan rakyat mulai tahun 2008;

2. Menguatkuasakan peraturan mewajibkan semua kontraktor pembalakan memasang papan tanda projek yang mengandungi maklumat lesen pembalakan, keluasan kawasan pembalakan yang diluluskan, nombor lot kawasan pembalakan, nama kontraktor dan agensi penguat kuasa, di semua jalan masuk ke kawasan pembalakan;

3. Memastikan agensi penguatkuasaan berkaitan, antaranya Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar membuat pemantauan berterusan di seluruh negeri Pahang untuk memastikan dan menjamin tidak berlakunya pembalakan haram dan pencurian balak.

Monday, May 24, 2010

BULAN INFAK PAS MARAN



oleh : Basiron Abdul Wahab (Harakah)
MARAN 24 Mei (hrkh) - PAS Kawasan Maran melancarkan Bulan Infaq selama sebulan dari 23 Mei hingga 23 Jun depan.

Pemangku Yang Dipetua PAS Kawasan, Ustaz Ramli Abdul Rahman berkata, pihaknya mensasarkan setiap ahli mengeluarkan infaq sebanayak RM100 seorang.

Katanya, pihaknya mensasarkan kutipan sebanyak RM30,000 daapt dikumpulkan dalam masa satu bulan ini.

Menurut Ramli, jumlah itu sepatutlah bukanlah sesuatu yang sukar kerana ahli hanya menghulurkan sumbangan kira-kira 27 sen sehari atau RM8.50 sebulan.

Ramli berkata, wang tersebut akan digunakan bagi membiayai kegiatan parti ia bulan wang Tabung Pilihan raya.

Majlis pelancaranya Buan Infaq telah di sempurnakan oleh Setiasuaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Ahmadi di Felda Kemboja Jengka 4.

Difahamkan sebanyak RM3,000 telah berjaya di kutip pada majlis pelancaran itu.

Menuurt Ramli, usaha melawan Umno-BN mesti diteruskan apatah lagi parti itu rakus melalukan penindasan terhadap rakyat melalui polisi yang di perkenalkan seperti memansukhkan diskaun saman laluluntas.

“Dulu jika di saman kita boleh minta diskaun kini tiada lagi diskaun, mesti bayar RM300, itu belum lagi mereka mengkaji kenaikan harga kompoun sebanyak RM1000 tetapi ditarik balik ekoran adanya pilhanraya kecil Hulu Selangor dahulu.

“Saya percaya kerajaan akan membentangkan semula diparlimen untuk menaian kompaun itu dari seratus kepada RM1000 sedikit masa lagi,” katanya.

Tambah beliau, Kezaliman Umno/BN ini tidak boleh dibiarkan, kita mesti lawan untuk lawan memerlukan wang bagi membiayai kegiatan parti.

“Dalam masa sebulan ini, PAS kawasan akan berkempen dan menemui ahli di setiap cawangan bagi memohon infaq sebanyak RM100 seorang ahli.

“Kita juga akan mengadakan kempen melalui internet bagi memudah ahli dan penyokong mendapatkan maklumat mengenainya,” katanya.

Sumbangan boleh masukkan ke akuan PAS Kawasan Maran No 06028 0100-36405 atau menghubungi Bendahari PAS Kawasan di talian 012- 9863 694 untuk keterangan lanjut.


gambar,


Roslan Zainal menerima infaq daripada ahli selepas majlis pelancaran Bulan Infaq di Felda Kemboja (Jengka 4).

Wednesday, May 19, 2010

Penduduk hairan misteri gelama

copy di sinar harian:

Penduduk hairan misteri gelama



KUANTAN – Fenomena aneh ikan gelama terdampar di Pantai Sepat dan Cempaka di sini sejak seminggu lalu mencetuskan kebimbangan dan tanda tanya kepada penduduk.

Mereka bingung menyaksikan ribuan gelama terdampar di sepanjang lima kilometer kedua-dua pantai itu tanpa diketahui puncanya.

Salah seorang nelayan yang ditemui dan hanya mahu dikenali sebagai Mat Yie, 32, berkata, dia tidak pernah berdepan dengan kejadian luar biasa itu sepanjang 20 tahun menjadi nelayan.

Katanya, dia menolak andaian fenomena itu adalah berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab nelayan pukat jerut yang membuang ikan kecil seperti yang didakwa sesetengah penduduk sebelum ini.

“Tidak mungkin jumlah ikan yang dibuang oleh nelayan pukat cerut mencecah sehingga tiga tan. Jika dibuang oleh nelayan, ikan-ikan itu sepatutnya sudah mati apabila dijumpai di persisiran pantai.

“Saya sendiri ada terjumpa ikan yang masih hidup dan badannya berlendir ketika mengutip ikan-ikan itu untuk dijadikan ikan masin beberapa hari lepas,” katanya.

Mat Yie berkata, ramai penduduk yang mengutip ikan-ikan itu untuk dijadikan ikan masin dan ikan jeruk bagi mengelakkan pembaziran.

“Nelayan di Pantai Sepat pula mengutip ikan yang bertaburan di sekitar pantai dan menanamnya untuk mengelakkan bau busuk kerana ia mempengaruhi hasil tangkapan nelayan kerana ikan-ikan tidak mahu menghampiri pantai,” katanya.

Bagaimanapun katanya, fenomena ikan terdampar di pantai itu tidak mempengaruhi hasil tangkapan nelayan yang mampu mendaratkan ikan seberat 20 kilogram setiap kali turun ke laut.

Ghazali Abdul, 42, pula mempunyai pendapat berlainan kerana dia menganggap kejadian itu adalah berpunca sepenuhnya daripada tindakan nelayan pukat jerut yang membuang ikan di tengah laut.

“Setakat ini saya belum mendengar rakan-rakan nelayan di sekitar Berserah dan Balok mengalami kejadian yang sama. Jika ia disebabkan oleh air laut yang panas, sudah pasti fenomena turut terjadi di sana.

“Lagipun jumlah ikan yang terdampar ini bagi saya tidaklah terlalu banyak kerana ia tidak kelihatan menimbun dan hanya bertaburan di sepanjang pantai sahaja,” katanya.

Rakannya, Mohd Nordin Tan Baidullah, 33, berkata, dia terkejut dan bagaikan tidak percaya apabila isterinya memberitahu banyak ikan gelama terdampar di pantai dan boleh dikutip dengan tangan sahaja.

“Saya ada mendengar cerita daripada rakan yang memberitahu ikan-ikan ini terdampar disebabkan tumpahan minyak daripada kapal yang bocor di tengah laut.

“Bagaimanapun saya sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita tumpahan minyak terbabit,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Mohamad Mat Saman ketika dihubungi berkata, fenomena ikan terdampar itu adalah sesuatu yang biasa dan tidak membimbangkan.:

“Mungkin keadaan air laut yang lebih bergelora daripada biasa mendatangkan kesan kepada ikan kecil yang hidup di permukaan air dan seterusnya mewujudkan kejadian ikan yang terdampar di persisiran pantai.

“Bilangan nelayan pukat cerut yang membuang ikan juga tidak ramai dan tidak akan menjejaskan hasil tangkapan nelayan,” katanya.

Tuesday, May 4, 2010

Rasuah 10 Bilion Setahun, Apa Cerita Menteri-Menteri Semua

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkongsi kebimbangan rakyat di atas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa perbuatan rasuah dalam perkhidmatan awam berpotensi untuk menyumbang kerugian bernilai RM 10 bilion setahun.

10 billion setahun mampu menghasilkan 400 buah sekolah baru yang bernilai 25 juta sebuah atau membantu 333,333 pelajar untuk melanjutkan pelajar ke universiti jika dijadikan biasiswa. 10 bilion ini juga mampu dijadikan modal untuk membina jalanraya sepanjang 1000 kilometer dari Selatan hingga ke Utara tanahair. 10 bilion ini juga mencukupi untuk membina 10 lagi jambatan Pulau Pinang. Banyak yang boleh dibelanjakan dengan 10 bilion ini.

Jika pegawai perkhidmatan awam juga korup, bagaimanakah rakyat ingin mempercayai sistem pentadbiran negara kini. PAS berharap Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaung-laungkan mampu membasmi masalah ini. Namun disebalik usaha murni itu, timbul tanda tanya kalangan rakyat. Bagaimana jika Menteri dan Timbalannya rasuah atau menyalah gunakan kuasa mereka dengan mengkambing hitamkan kakitangan awam untuk meluluskan projek demi kroni-kroni mereka?

Adakah SPRM dan program GTP ini mampu untuk menyelongkar jenayah ini atau sekadar membiarkan kambing hitam dibuat 'gulai' bagi mengaburi mata rakyat. Kita tidak lupa dengan skandal PKFZ yang akhirnya siasatan ke atas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat ditutup begitu sahaja dengan alasan tiada bukti.

PAS mempersoalkan prosedur dan ketelusan SPRM dalam membuat siasatan termasuk juga laporan rasuah Mahathir, Pak Lah, Najib, Rafidah dan ramai lagi yang pernah diberikan oleh Ezam Mohd Noor ketika beliau bersama Gerak satu ketika dahulu. Ke mana laporan-laporan itu dibawa. Adakah laporan dan fail berkotak-kotak itu sudah dicampak ke laut selepas Ezam kembali pada Umno.

Apakah program GTP ini juga mempunyai pelan untuk menyiasat skandal rasuah Najib dalam kes pembelian dua unit kapal selam dari Perancis. Kes ini sedang dibawa ke Mahkamah Perancis oleh Suaram memandangkan SPRM tidak berminat untuk menyiasat kes ini.

Ini adalah sesuatu yang amat memalukan bila mana kambing-kambing hitam dan ikan-ikan bilis dalam agensi Kerajaan dikejar sampai ke lubang cacing sedangkan Menteri-menteri bebas sebagai pemimpin maksum yang tidak boleh disiasat dan didakwa.

PAS berharap agar KSN tidak menjadi badut sekadar untuk menghibur pemimpin-pemimpin BN, dan mahu GTP dilaksanakan dalam maksud yang sepenuhnya sama seperti yang rakyat inginkan.

Kita memang khuatir dengan apa yang berlaku pada negara Greece yang kini mempunyai hutang yang sudah dilabelkan bertaraf 'sampah' atau memang mustahil untuk dibayar balik ekoran gejala rasuah yang berleluasa kalangan pemimpin dan penjawat awamnya.

Negara anggota EU itu menjadi negara paling miskin di Eropah ekoran jenayah kapitalisme yang bermula dari pemimpin mereka sendiri. Hari ini Malaysia boleh ketawa, tapi tidak mustahil esok lusa negara jiran akan ketawakan rakyat Malaysia kerana membiarkan amalan rasuah di negara ini terus menerus berlaku dan merugikan pendapatan negara lebih dari RM 10 bilion setahun.

PAS berharap rakyat membuka mata dan sentiasa peka dengan apa yang berlaku sebelum membuat keputusan dalam pilihanraya akan datang.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Pelawat Bumi: gambar hiasan / lokasi rahsia tapi Dun Chenor : tempat tidur rakyat marhaen..fikir2kan

Monday, May 3, 2010

gotong royong di kg. kelit



PAS Maran menganjurkan gotong royong bagi membantu mangsa ribut di kg. kelit kg. jengka batu 13.

WARGA SINAR HARIAN PAHANG SINGGAH DI PAS MARAN



30.4.2010.PAKATAN RAKYAT PARLIMEN MARAN meraikan kedatangan 30 orang warga sinar harian Pahang di Pejabat PAS Kawasan Maran.

Tuesday, April 27, 2010

RIBUT LANDA KG. KELIT

Kejadian ribut yang berlaku petang sabtu baru-baru ini telah mengakibatkan lebih 6 buah rumah di kampung Kelit Kg. Jengka Batu 13,mengalami kerosakan.

Pimpinan PAS Maran, telah hadir melawat mangsa-mangsa dan menghulurkan bantuan awal di rumah mangsa, dekat sini.

Menurut sdr Jaafar bin Mat Tam Ketua Lajnah Kebajikan Insyallah kita akan cuba sedaya upaya untuk membantu mangsa selepas daripada pihak kerajaan mengumumkan plan bantuan kepada mangsa hari ini.




Tuesday, April 20, 2010

Impak pertanian melampau

Impak pertanian melampau

Tidak mustahil, dalam tempoh dua dekad akan datang Malaysia juga akan mengalami nasib yang sama seperti Eropah.


"MALAYSIA harus belajar daripada apa yang berlaku di Eropah. Penduduk di sana hanya sedar bila kerosakan sudah berlaku dan semuanya sudah musnah. Jangan biar nasi menjadi bubur".

Demikian pandangan Anthony Van der Ent, ahli biologi dan sains alam sekitar dari Belanda.

Menurut beliau, sebahagian besar alam sekitar (di Eropah) telah punah dan tercemar akibat pembangunan secara besar-besaran yang tidak lestari sejak awal 1950-an. Masyarakat Eropah kini bergelut untuk memulihkan keadaan.

"Semua itu bukan sahaja membabitkan tugas yang besar tetapi juga kos yang tinggi. Sebagai contoh, untuk memulihkan hutan yang sudah dibinasakan mengambil masa beribu-ribu tahun".

Menurut Van der Ent, Malaysia dan negara-negara Asia yang lain sedang berhadapan dengan situasi yang sama dialami Eropah pada 1950-an dari segi pertumbuhan ekonomi, kepesatan pembangunan sektor perindustrian dan pertanian.

"Di sebalik apa yang sedang berlaku sekarang, masih terdapat banyak kawasan di Malaysia yang amat berharga untuk dipulihara tetapi pada kadar apa yang sedang berlaku sekarang, saya bimbang tidak ada lagi yang boleh diselamatkan terutamanya di Cameron Highlands," katanya sambil menambah, dalam tempoh 20 tahun akan datang Malaysia akan mengalami apa yang menimpa Eropah 15 tahun lalu.

SUNGAI BERTAM adalah sungai paling penting mengalir ke dalam Takungan Air Tenaga Nasional Berhad (TNB) Ringlet.

Van der Ent mula mengenali Cameron Highlands ketika melawat Malaysia tujuh tahun lepas bersama ibu bapanya yang gemar melancong.

Sejak itu tanah tinggi tersebut telah menawan hatinya. Setiap tahun, dia pasti kembali ke sini untuk meskipun hanya untuk lawatan singkat.

Pada 2005, beliau yang ketika itu adalah pelajar di Saxion niversity Deventer, Netherlands bersama seorang pelajar lain, Chantal Termeer menjalankan kajian kualiti air di zon tadahan air bahagian Hulu Bertam.

Sungai Bertam adalah sungai yang paling penting mengalir ke dalam Takungan Air TNB Ringlet.

Projek penyelidikan mengenai kimia dan kualiti air sungai-sungai di kawasan tadahan air Hulu Bertam ditugaskan kepada mereka oleh kumpulan komuniti Cameron Highlands, Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH).

Kajian yang memakan masa lima bulan itu mendapati, pencemaran serius sebatian organik dan kelodak sebagai dua punca utama kemerosotan kualiti air di kawasan tadahan air Hulu Bertam.

RAMAKRISHNAN RAMASAMY melahirkan rasa khuatir berhubung kecuraman yang melebihi 25 peratus darjah yang dibenarkan.


VAN DER ENT

Terdapat lapan sungai di Cameron Highlands. Ini termasuklah Sungai Bertam, Sungai Telom dan Sungai Lemoi. Ketiga-tiga sungai tersebut mempunyai sejumlah 123 cawang sungai. Justeru, ketiga-tiga sungai berkenaan mempunyai peranan besar dalam membekalkan air bukan sahaja untuk kegunaan harian tetapi juga memenuhi keperluan sektor pertanian di tanah tinggi itu.

Cameron Highlands turut mempunyai kepentingan kerana ia membentuk kawasan tadahan air untuk dua sungai utama di tanah dataran rendah iaitu Sungai Pahang dan Sungai Perak. "Tadahan air adalah kawasan di bahagian hulu satu-satu sistem sungai, lazimnya di tanah tinggi dan sebahagian besarnya terdiri daripada hutan. Tanah tinggi dan terutamanya ekosistem hutan tanah tinggi membentuk kawasan tadahan air yang paling penting di Semenanjung Malaysia.

"Hutan tanah tinggi adalah pengeluar air dan bekalan sumber semula jadi yang terhad dan semakin terhakis ini, baik dari segi kuantiti dan kualiti, amat bergantung kepada kawasan tadahan air berhutan di tanah tinggi," jelas Van der Ent.

Menurut beliau, litupan hutan memainkan peranan besar untuk kawasan tadahan air. Berdasarkan kajian kami, kira-kira 30 peratus daripada tanah di kawasan tadahan air Bertam digunakan untuk pertanian dan pembangunan bandar", kata Van der Ent.

Air sebagai penanda aras

Kualiti air dilihat sebagai penunjuk terbaik menanda aras kualiti alam sekitar kerana kemerosotan mutunya boleh terhasil akibat pembangunan yang tidak lestari.

Bagaimana keadaannya sejak kajian 2005 atau krisis air yang melanda Cameron Highlands pada 1998?

Presiden REACH, Ramakrishnan Ramasamy memberitahu, secara keseluruhan keadaan air di Cameron Highlands tidak menunjukkan perubahan yang diharapkan.

"Pihak kami memandang berat keadaan ini dan banyak usaha kami ditumpukan kepada isu ini dan yang berkaitan. REACH sendiri ditubuhkan kerana isu kualiti dan kuantiti air di Cameron Highlands.

"Meskipun REACH hanya sah didaftar pada 2001, pihak kami sudah mula menyuarakan kebimbangan kami mengenai isu air ini sejak 1998 lagi apabila krisis air yang meruncing melanda Cameron Highlands," katanya.

DAPATKAH kanak-kanak Orang Asli ini menikmati kehidupan seperti yang dilalui oleh nenek moyang mereka dahulu?

Menurut Ramakrishnan, sebanyak 80 peratus sumber air yang ada di Cameron Highlands dialihkan ke sektor pertanian.

Beliau turut menganggarkan bahawa 80 peratus ladang di Cameron Highlands dibuka di cerun yang melebihi kecuraman melebihi 25 peratus darjah yang dibenarkan.

"Sejak 2000, Cameron Highlands mengalami kekurangan air sebanyak 4 juta liter sehari untuk penduduknya ketika itu seramai 29,000. Sehingga tahun lepas, penduduk di sini sudah meningkat melebihi 33,000 orang.

"Bagi mengatasi kekurangan tersebut, satu takungan air dirancang di Sungai Terla.

Pada permulaan projek tersebut, terdapat hanya enam buah ladang di atas takungan air yang dirancang. Apabila projek ini dimulakan dan siap, jumlah ladang meningkat kepada lebih 60 buah," katanya.

Pencemaran berterusan

Bagi Ramakrishnan, bilangan ladang yang semakin meningkat hanya menambah masalah kepada bekalan air di Cameron Highlands.

"Memandangkan terdapat banyak ladang di kawasan hulu Takungan Air Sungai Terla, airnya tercemar bukan sahaja akibat buangan pertanian tetapi najis manusia. Kebanyakan ladang menggunakan tenaga pekerja asing dan betul," katanya.

Sesebuah ladang, tambahnya mempunyai kira-kira 10 pekerja dan kebanyakan ladang menggunakan najis ayam sebagai baja.

"Apabila kami menguji air tersebut, kami menemui bakteria E.coli dan apabila air yang tercemar itu dihantar ke makmal untuk ujian lanjut, ia didapati mengandungi najis manusia," katanya.

Ramakrishnan berkata, pihak berkuasa tempatan perlu memikul tanggungjawab di atas situasi yang berlaku kerana kurang penguatkuasaan dan gagal mengawal pembukaan ladang baru di kawasan hulu takungan air tersebut. Menurut beliau, berlaku satu kejadian tanah runtuh akibat pembukaan tanah secara haram yang menyebabkan Sungai Terla berkelodak sekitar 2008 dan membuatkan takungan air terpaksa ditutup. "Apabila ada takungan air, sepatutnya tidak ada sebarang kegiatan manusia termasuk perladangan. Akibat kurangnya penguatkuasaan, petani-petani ini menceroboh kawasan tadahan air dan ini menambah pencemaran sumber air.

"Keseluruhan Cameron Highlands adalah kawasan tadahan air dan sebahagian besar hutan ini berfungsi sebagai span, mengumpul dan menahan air. Anak sungai mengalir dari hutan ini. Sekiranya hutan ini diganggu, bererti sumber air akan turut terjejas," jelasnya.

Menurut Ramakrishnan, REACH menjalankan ujian yang kerap, sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga bulan ke atas air mentah dan air yang sudah dirawat, yang diambil dari semua pekan di Cameron Highlands. "Menakutkan, dalam air yang dirawat, kehadiran bakteria E.coli terlalu banyak," katanya.

Ramakrishnan berkata, pada tahun lepas, REACH menjalin kerjasama dengan sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor bagi menjalankan kajian ke atas kualiti air di Cameron Highlands.

"Mereka melakukan ujian dan terperanjat apabila mendapati betapa tercemarnya air yang diuji," katanya.

Amarah alam

Satu lagi isu yang turut mencetuskan kebimbangan bagi Ramakrishnan ialah amarah alam ke atas Cameron Highlands.

Beliau merujuk kepada banyaknya kejadian tanah runtuh terutamanya pada penghujung tahun lalu akibat hujan lebat. Apa yang paling mencemaskan ialah apabila ia berlaku di cerun yang tidak disentuh kegiatan manusia.

"Pada Disember tahun lepas, selepas berlaku hujan lebat saya dan rakan memandu selama sejam kurang 10 km sekitar Pos Terisu (perkampungan Orang Asli kira-kira 15 km dari Kuala Terla) banyaknya tanah runtuh, kecil dan besar, sampai tak terkira", katanya.

Ramakrishnan turut menyatakan kegiatan menebang hutan yang begitu berleluasa di sekitar Pos Terisu. Katanya, pada kadar yang dibuat sekarang, kegiatan pertanian di sana akan mengatasi Lembah Bertam dalam masa yang singkat.

"Perkampungan Orang Asli itu semakin dikelilingi tanah pertanian", tambahnya.

Kata beliau, kejadian tanah runtuh yang besar pernah berlaku di Habu pada lewat 1990-an apabila seorang petani membina takungan airnya di atas takungan air Jabatan Bekalan Air (JBA).

"Takungan air petani itu pecah dan meranapkan takungan air JBA. Akibatnya berlaku runtuhan tanah besar yang meragut nyawa dua orang," katanya. Ramakrishnan turut menyentuh kejadian banjir yang melanda Kampung Raja. Fenomena itu semakin kerap berlaku di Kampung Raja sejak dua tahun kebelakangan ini. Beliau turut menyentuh mengenai banjir yang melanda padang bola di Tanah Rata.

"Kali terakhir banjir melanda padang bola itu ialah pada 1980-an. Ia berlaku tahun lepas dan salah satu puncanya ialah Sungai Bertam yang semakin teruk berkelodak. Sungai tak dapat lagi menakung kelodak dan ini akibat kegiatan pertanian yang tidak dikawal di Hulu sungai berkenaan", jelasnya.

Ramakrishnan melahirkan rasa khuatir yang amat sangat dengan apa yang sedang berlaku terutamanya di Sungai Bertam yang airnya mengalir ke Empangan Sultan Abu Bakar. Menurut beliau, kemampuan empangan itu adalah untuk menakung air bukan kelodak.

Ramakrishnan memberitahu, beliau telah mengemukakan isu tersebut kepada pihak berkuasa tempatan agar memeriksa kegiatan pertanian di hulu Sungai Bertam. Beliau menganggarkan 600,00 meter padu kelodak dialir masuk ke dalam empangan tersebut setiap tahun.

"Jika kegiatan di hulu tidak dipantau dan sekiranya empangan itu pecah, impak bukan sahaja di sini tetapi boleh sampai ke Lipis dan peluang untuk selamat hampir tiada.

"Saya memang risau dengan apa yang berlaku di Cameron Highlands ini," kata Ramakrishnan, yang menganggotai Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela Malaysia (MVFRA) sejak 2003. - Bernama

Thursday, April 8, 2010

Khutbah Pilihan

Di edit drp blog khutbah pilihan
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 33 surah Luqman :

Maksudnya : Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah

Kita telah melalui alam ruh dan alam rahim ibu di mana tiada gangguan syaitan dan hawa nafsu di situ sebaliknya telah berlangsungnya perjanjian untuk taat beribadat kepada Allah dengan mengakui bahawa Allah adalah Tuhan Pencipta manakala kita hanya hambaNya yang serba kekurangan. Kini kita berada pada alam dunia yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan ujian terhadap keimanan serta ketaatan kita kepada Allah sepanjang masa dan tempat.

Syaitan mengotakan janjinya kepada Allah untuk memastikan umat manusia dapat dipesongkan aqidahnya, dirosakkan akhlaknya, dilalaikan kehidupannya. Oleh itu sebelum dijemput untuk pergi ke alam barzakh dan alam akhirat akhirat untuk ditimbang dan dibalas segala amalan kita di dunia maka persiapkanlah diri kita sentiasa dengan bekalan akhirat.

Jadikanlah kita anak akhirat yang dipermudahkan oleh Allah untuk mengerjakan amalan ahli Syurga bagi mendapat kehidupan senang di akhirat. Jangan terpedaya dengan hasutan hawa nafsu dan syaitan yang menyebabkan kita tergolongan dalam golongan anak dunia yang dipermudahkan oleh Allah untuk beramal dengan amalan ahli neraka sehingga bakal menderita di akhirat sana.

Hayatilah pesanan Salafussoleh bahawa biarlah kita berpenat dengan amal ibadat di dunia asalkan kita mampu berehat dalam Syurga Allah di akhirat berbanding lebih banyak berehat di dunia sehingga penat diseksa di akhirat nanti. Letihnya beramal ibadat akan segera hilang sedangkan balasan pahalanya terus kekal bagi meraih Syurga Allah berbeza dengan seronok melakukan maksiat hanya sekejap sedangkan dosanya terus kekal untuk dibalas dengan panasnya api neraka Allah. Tepuklah dada tanyalah iman kita samada jalan Syurga yang kita lalui atau sebaliknya
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Firman Allah dalam ayat 51 surah al-Maidah :
 
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim
Syurga dikelilingi dengan perkara yang dibenci oleh hawa nafsu sedangkan neraka dikelilingi dengan perkara yang diingini oleh hawa nafsu. Keimanan kita sentiasa dicuba dan diuji bagi memastikan siapa yang benar-benar beriman dan siapa pula yang berdusta.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah

Umat Islam diuji dengan pelbagai serangan daripada musuh Islam samada secara keras melalui peperangan atau cara lembut melalui tawaran harta dan takhta serta serangan pemikiran yang membahayakan. Contohnya peperangan yang diuji terhadap saudara seagama di bumi Iraq, Kashmir, Afghanistan, Selatan Filiphina, selatan Thailand, Palestin dan sebagainya.
Ketika kita menghulurkan bantuan yang termampu kepada saudara seagama terutama di Palestin dalam berdepan dengan perancangan jahat zionis yahudi untuk meruntuhkan Masjiq Aqsa bagi dibina kuil Haikal Sulaiman disamping perluasaan tanah jajahan di bumi Palestin sedangkan masih ada umat Islam yang boleh duduk semeja mendapatkan nasihat daripada syarikat pro zionis yahudi.
Tindakan menjadikan musuh sebagai kawan pasti akan mengundang bahaya,Kita merasa kesal mengapa perkara ini boleh berlaku.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Apabila nafsu serakah didahulukan manakala petunjuk al-Quran dilletak di belakang maka rosak binasa negara. Bermula dengan nilai aqidah yang dipandang lebih murah daripada besi buruk, akhlak dilihat tidak penting untuk dijaga.
Ketika kita masih terkejut dengan laporan jumlah anak luar nikah berbangsa Melayu yang melebihi 17 ribu orang untuk tahun lepas sahaja.Itu jumlah yang didaftarkan bagaimana pula dengan jumlah yang tidak didaftar, dibuang, dibunuh dengan kejam.Kita merasa marah bila orang melakukan begitu,tetapi kita tidak berasa marah apabila undang2 Allah berkenaan zina tidak dilaksanakan.bahkan ada yang menggangapnya hukaman itu zalim ,keras dan sebagainya.apakah kita lupa yang menjadikan kita ialah Allah? yang membuat hukum itu juga ialah Allah,Apakah kita rasa kita lebih bijaksan drp Allah?
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Masalah sosial semakin teruk. Lebih dahsyat lagi dengan laporan bahawa Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia sebanyak lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras setahun.
Kita patut malu dengan kenyataan tegas Menteri di Brunei bila dicadangkan agar Brunei menyediakan zon khas jual beli arak bagi pelancong bukan Islam lalu dijawab bahawa Brunei tidak sanggup menerima laknat Allah yang bukan sahaja mengena peminum arak malah seluruh rakyatnya.
Pelancong yang ingin minum arak minumlah di negara mereka malah boleh mandi arak tanpa dilarang asalkan bukan di Brunei. Sekiranya diluluskan zon bebas arak maka lepas ini diminta pula zon bebas judi, zon bebas zina dan bermacam penyakit sosial yang lain.
Pemimpin diberi pilihan samada mahu mengikut Islam untuk menangani masalah yang ada atau pun terus menggunakan sistem jahiliah yang bakal merosakkan negara. Rakyat pula diberi peluang samada terus memilih pemimpin yang menolak Islam atau bersama memperjuangkan sistem Islam dalam kehidupan. Islamlah nesacaya kita maju di dunia dan bahagia di akhirat

Firman Allah dalam ayat 219 surah al-Baqarah :


Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Wednesday, April 7, 2010

APCO DI KDN


Terkini Dari KDN


SESI APCO WORLDWIDE
( 28/10/2009 )

Satu perjumpaan dengan konsultan media luar negara merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu. Ia bukan bertujuan mengagung-agungkan perunding media luar tetapi sebaliknya untuk melihat sejauhmana kepakaran dan pengalaman mereka boleh memberi manafaat kepada kita. Lawatan APCO Worldwide dari United Kingdom pada 23 Oktober 2009 yang lalu ke KDN adalah siri kedua dari 4 siri pertemuan mereka dengan Unit Komunikasi Korporat. APCO Worldwide Pertemuan ini diisi dengan pembentangan tips-tips kaedah media. Lawatan ini adalah kesinambungan dari program 'Supporting The Goverment Of Malaysia: Building Intergrated Goverment Communication' anjuran JPM bertujuan meningkatkan lagi hubungan dua hala di antara media dan agensi-agensi Kerajaan. Pertemuan ini membolehkan kedua belah pihak saling berbalas tanya. Encik Mike Granatt yang menjadi jurucakap kepada 3 rakannya yang lain bertanya strategi dan kaedah komunikasi yang dilaksanakan oleh Unit Komunikasi Korporat KDN. Team APCO itu melahirkan rasa kagum di atas tindakan kehadapan Unit Komunikasi KDN yang telah lama mengadakan pertemuan bersama editor-editor kanan media perdana dan mesyuarat pengurusan komunikasi peringkat kementerian. APCO juga kagum kerana penglibatan pengurusan atasan dalam kedua-dua aktiviti ini. Kedua-dua mesyuarat ini yang diadakan secara bulanan dipengerusikan oleh Dato Sri' Mahmood b. Adam. KSU KDN. Berkenaan dengan portal berita ikdn pula, APCO memaklumkan inilah kali pertama dalam lawatan pertama mereka ke lapan kementerian setakat ini, KDN yang paling menonjol dari siap siaga berurusan dengan hal ehwal media. Portal berita ikdn dilihat sebagai kefahaman KDN menangani dan berurusan dengan media baru. Bagaimanapun APCO melihat KDN perlu juga memberi perhatian kepada pertemuan dengan wakil-wakil berita luar negara yang membuka pejabat mereka di Malaysia. Sungguhpun Puan Jamilah Taib, Ketua Komunikasi Korporat KDN memaklumkan bahawa perancangan itu berada dalam fasa kedua aktiviti Unit memandangkan kekurangan pegawai berkelayakan, Encik Mike berpendapat waktu itu tidak boleh dilengahkan lagi kerana media barat selalu membuat andaian sendiri bila mereka gagal mendapat sumber berita yang dimahukan.


Terkini Dari KDN


LATIHAN MEDIA APCO
( 8/12/2009 )

Unit Komunikasi Korporat, Bahagian Kawalan Filem, Bahagian Teknologi Maklumat dan Bahagian Penerbitan dan Kawalan Teks Al Quran baru-baru ini menghadiri taklimat mengenai fungsi dan peranan media baru. Taklimat yang berlangsung selama dua hari bermula 3 Disember sehingga 4 Disember yang lalu memberi pendedahan berkaitan blogs, website, webtv, portal dan social networking pages yang kini menjadi sebahagian dari keperluan hidup pada zaman ini. Para peserta didedahkan kepada Introduction to Media Relations, New Media Training dan Media Crisis. Penyampai taklimat ini ialah APCO Worldwide. Kementerian Dalam Negeri tidak mahu ketinggalan menyertai perkembangan mutakhir ini. Pada ketika ini KDN memiliki laman (website) yang boleh diakses di www.moha.gov.my sementara portal beritanya pula boleh dijenguk di alamat www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my.


Anwar: Bukit Aman ada perisik Israel
Apr 6, 10 12:46pm

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.

Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel.

Katanya lagi ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing.

Katanya lagi ini juga menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.

"Tak iktiraf Israel tapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam," katanya.
Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

Katanya lagi, kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008.

Katanya, dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

"Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) berpengkalan di Israel," katanya lagi.

Tambahnya, KDN juga telah dimaklumkan mengenai penglibatan ejen Israel melalui syarikat tersebut.

Jelasnya, menteri dalam negeri pada masa itu telah dimaklumkan mengenai kehadiran ejen Israel di bilik server komputer di ibu pejabat PDRM, katanya.

"Ogos 2008, disahkan dalam siasatan cawangan khas PDRM tentang penglibatan Israel melalui syarikat Asiasoft selaku subkontraktor.

"Tapi yang berkaitan di sini ialah surat kepada pengarah logistik (PDRM) Datuk Mahsuri Zainal kepada BPR bertarikh 1 Disember mengenai projek ini yang diserah kepada Masterplan Consultancy Sdn Bhd kemudian subkontrak kepada Asiasoft tanpa mengikut prosedur biasa.

Katanya lagi, perkara itu juga dikesan melalui satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai pasukan tersebut pada tahun sama.

Polis telah menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan, namun beliau mendakwa pegawai penyiasat berkenaan kemudiannya ditukarkan.

"Bila ada sedikit kemajuan ASP Saerah dipindah ke Taiping, kes pun jadi perlahan," katanya.

Katanya lagi, satu laporan juga telah dibuat kepada SPRM (yang dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah pada masa itu) oleh seorang ahli Yayasan Pencegah Rasuah Malaysia Tan Sri Robert Pang berkenaan kes berkenaan.

Monday, April 5, 2010

Kerajaan Pahang perbodohkan rakyat..

Mulanya saya tidak percaya juga kadar bayaran air untuk 'Rumahtangga' bagi rakyat negeri pahang adalah RM 1.35 untuk satu meter padu (M 3)tetapi setelah saya melihat bil yang diterima pada bulan ini menunjukkan kebenaran dakwaan sahabat saya tadi.



Mengikut bil bulan April 2010 saya telah mengunakan sebanyak 23 Meter padu (M 3)dan perlu membuat bayaran 23 x RM 1.35 menjadikan jumlah yang patut saya bayar bayar adalah RM 31.05.Tetapi..

Atas 'KEBAIKAN KERAJAAN NEGERI PAHANG' saya telah diberikan 'SUBSIDI KERAJAAN NEGERI' sejumlah RM 20.44 menjadikan jumlah yang saya kena bayar ialah RM 10.61.

Benarkah saya dapat subsidi ,



Dibelakang bil saya dan anda dicatatkan:

A. KADAR - KADAR BAYARAN AIR.

ketogeri 'Rumahtangga'
- pengunaan daripada 0 - 18 m3 kadar bayarannya ialah RM 0.37
- pengunaan 18.1 - 45 m3 kadar bayarannya ialah RM 0.79

Bagi bil saya kadarnya adalah seperti berikut :

-Jumlah pengunaan bil saya - 23 m3

- untuk 18m3 pertama 18 m3 x RM 0.37 = RM 6.66
- lebihan 18m3 pertama 5 m3 x RM 0.79 = RM 3.95

Jumlah - RM 10.61

Jumlah RM 10.61 memang jumlah yang sepatutnya saya bayar tanpa SUBSIDI KERAJAAN NEGERI pun.

- MENGAPA DICATAT JUMLAH PATUT BAYAR ADALAH RM 31.05 ?

- BAGAIMANA CARA BN MENGIRA ?

- DI MANA SUBSIDI KERAJAAN PAHANG ?

- MENGAPA BODOHKAN RAKYAT ?

Thursday, April 1, 2010

Saharuddin@Gedang Selamat di ijab qabul..



Alhambulilah Saharuddin atau lebih mesra di panggil Gedang telah selamat diijab qabulkan dengan pasangannya di Masjid Al Muttaqin Dusun Tua,Ulu Langat Selangor DE.

Kami doakan moga-moga Allah merahmati perkahwinan ini..

Sunday, March 28, 2010

KUBU UMNO DAH ROBOH DI KG BARU JALAN PANJANG.

Chenor UPU Bukit Segumpal DUN Chenor telah berjaya mengadakan ceramah di lokaliti Kg. Baru Jalan Panjang.Penceramah undangan ialah Ustaz Suhaimi bin Saad Ketua Pemuda PAS Pahang.

Program bermula dengan solat berjamaah Isyak,solat hajat dan doa selamat di halaman bilik Gerakan.

Program yang pertama kali diadakan di kubu kuat BN itu telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan.Sebanyak 200 bungkus nasi dan air minuman ALKINDI telah disediakan untuk jamuan penduduk kampung.

Bekas aktivis umno yang ditemui selepas majlis tersebut berkata tolong jangan berhenti setakat ini,buat lagi ceramah,biar masyarakat kampung tahu penyelewengan kerajaan bn seperti pendedahan laporan odit 2008 yang telah diperjelaskan oleh penceramah.


Persiapan - Setiausaha UPU bukit Segumpal sedang memasang kain untuk slaid show ceramah Ketua Pemuda PAS Pahang Ust Suhaimi Saad.

Kelihatan penduduk kampung berbual mesra dengan petugas PAS sewaktu persiapan.

Friday, March 19, 2010

Gempur Kubu BN




Unit Peti Undi Bukit Segumpal DUN Chenur telah berjaya membuka bilik gerakan di kubu kuat BN di Kampung Jalan Panjang.Satu gotong royong telah diadakan bagi membersihkan tapak Bilik Gerakan tersebut.

Menurut Sdr Ramli bin Awang,Kehadiran PAS ke Kampung berkenaan sewajarnya disambut positif oleh masyarakat setempat memandangkan kampung ini sering dianak tirikan oleh BN.

Masalah air,jalan raya yang pelik (dtg tengok sendirilah),ketiadaan padang bola sepak untuk pemuda,status tanah tapak masjid,masalah permohonan tanah kelompok oleh golongan muda dan banyak lagi masalah yang tidak diambil peduli oleh wakil rakyat DUN Chenur ujurnya

Program juara rakyat yang melibatkan ahli parlimen BN Maran dan jentera kerajaan,JKR,Majlis Daerah Maran,JPS,JBA dan macam2 jabatan lagi telah turun ke kampung Jalan Panjang semalam telah membuktikan masyarakat harus positif dengan kehadiran PAS.

Motivasi ' Anak Soleh'



Kem Motivasi 'anak Soleh' anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang bersama Masjid Attaqwa yang diadakan baru-baru ini dapat sambutan hebat daripada masyarakat setempat.

Program setengah hari itu telah berjaya menarik penyertaan seramai 122 orang pelajar lelaki dan perempuan.

Program dimulakan dengan ucapan Pengerusi Lajnah Pendidikan dan Dakwah Yayasan Amal Pahang sdr Ramli b. Awang.

Program tersebut telah diisi oleh Ustaz Abdul Latif bin Abd Halif seorang pelajar Universiti Melaya (Master) dan ditutup oleh Ustaz Misbahulmunir bin Masduki Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Amal Malaysia.

Tuesday, March 16, 2010

Pimpinan PAS Pahang turun padang

Lawatan pimpinan PAS Pahang ke Parlimen Maran berbagai aktiviti telah disusun
Menerima jemputan untuk majlis doa selamat di Felda sg. nerek

Ziarah rumah rakyat di seberang Chenor

Ketua Penerangan PAS Pahang menyantuni nenek zainab 85tahun yang tinggal sendirian di kg seberang chenor
Doa selamat di felda sg. nerek

gambar2 lain menyusul insyallah..

Thursday, March 11, 2010

Perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai Kalifah Pertama

diedit daripada laman Khutbah Pilihan

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ ….
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali Imran :

Maksudnya : Dan berapa ramaikah para nabi yang berperang sedangkan bersama mereka sejumlah besar daripada pengikut yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu dan tidak pula menyerah kepada musuh. Allah menyukai mereka yang sabar.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Khalifah atau pemimpin merupakan suatu jawatan yang penting dalam menjaga amanah dalam menguruskan urusan dunia dan menjaga kesucian agama. Oleh itu sejarah Islam pernah menyaksikan bagaimana pada hari kewafatan Rasulullah s.a.w iaitu pada hari Isnin 12 Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah maka pada hari tersebut jugalah umat Islam begitu sibuk dalam menyelesaikan masalah perlantikan khalifah. Kewafatan nabi disebabkan sakit tenat kesan daripada memakan kambing yang dibubuh racun oleh seorang perempuan yahudi di Khaibar.

Masalah perlantikan khalifah telah menyebabkan jenazah nabi yang mulia terpaksa dikebumikan pada keesokan harinya iaitu Selasa malam Rabu di bilik Siti Aisyah bertepatan dengan sabda nabi yang menyuruh agar disemadikan jasadnya di tempat baginda wafat disamping mimpi Siti Aisyah di mana dia melihat 3 biji bulan jatuh ke biliknya dan Sayyidina Abu Bakar menyatakan bahawa mimpi itu menunjukkan bagaimana tiga orang manusia yang mulia akan dikebumikan di bilik Siti Aisyah antaranya yang paling mulia ialah Rasulullah s.a.w diikuti Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar.

Sidang Jumaat yang dihormati,
Pertemuan dalam melantik khalifah selepas kewafatan nabi telah diadakan di Saqifah Bani Saadah iaitu dewan mesyuarat yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi. Pada mulanya perhimpunan ini tidak diketahui oleh kaum keluarga nabi dan tokoh Quraisy sehinggalah ada 2 orang sahabat datang memberitahu bahawa adanya suatu perhimpunan penting di situ. Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar bergegas ke sana dan mendapati keputusan perlantikan belum dibuat disebabkan timbulnya pertikaian di kalangan kaum Aus seramai 70 orang yang tidak bersetuju dengan perlantikan Saad bin Ubadah daripada kaum Khazraj sebagai khalifah. Mereka mengakui bahawa Saad bin Ubadah merupakan seorang yang layak bagi memikul amanah yang berat ini memandangkan beliau merupakan seorang yang banyak berbakti kepada Rasulullah s.a.w, bijak dalam pengurusan, seorang yang terkenal serta pernah ditugaskan menjaga kota Madinah sewaktu rombongan ke Abwa’. Malah beliau diriwayatkan orang yang layak dan terpilih dalam memimpin Madinah jika Rasulullah s.a.w tidak berhijrah ke Madinah sebelum ini.
Pelbagai pandangan dilontarkan bersama dengan hujah masing-masing di mana antara cadangan ialah agar perlantikan khalifah di pilih daripada kalangan Ansar memandangkan merekalah anak tempatan yang memberi perlindungan dan bantuan kepada Rasulullah s.a.w dan para muhajirin yang datang dari Mekah.
Manakala Sayyidina Abu Bakar pula mencadangkan agar jawatan khalifah ini diberikan kepada orang Quraisy berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Khalifah hendaklah dipilih daripada kaum Quraisy yakni muhajirin. Di samping itu alasan Sayyidina Abu Bakar lagi bahawa kaum Muhajirin merupakan golongan pertama memeluk Islam tanpa menafikan bakti dan segala jasa yang telah dihulurkan oleh golongan Ansar dari kaum Aus dan Khazraj. Beliau menambah lagi bahawa jika jawatan itu diserahkan kepada golongan Ansar maka ia akan memberi kesan yang negatif kepada masyarakat Islam kerana golongan Ansar terdiri daripada dua suku kaum yang terbesar dan terpengaruh di mana sudah pastinya akan timbul peristiwa perpecahan antara keduanya sebagaimana sebelum kedatangan Islam disebabkan tidak puas hati dengan perlantikan salah satu daripada kedua kaum tersebut sebagai khalifah.Mendengar penjelasan Sayyidina Abu Bakar lalu Hubab bin al-Munzir dari kaum Khazraj bangun mencadangkan agar dua orang khalifah dilantik iaitu seorang daripada golongan Muhajirin dan seorang lagi daripada golongan Ansar. Sayyidina Umar menolak cadangan ini kerana dua orang ketua tidak boleh memimpin dan mentadbir sebuah negara di mana perselisihan faham antara keduanya sering berlaku yang membawa kepada keruntuhan negara.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Pertikaian menjadi bertambah hangat sehinggalah Sayyidina Abu Bakar tampil menenangkan suasana dan menyejukkan perasaan golongan Ansar dengan kata-katanya : Kami adalah Umara’ (ketua) dan kalian adalah Wuzara’(menteri pembantu). Kata-katanya ini disokong oleh Saad bin Ubadah dan kemudiannya Sayyidina Abu Bakar memberikan nama cadangannya iaitu Sayyidina Umar dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah sebagai calon untuk dilantik sebagai khalifah. Walau bagaimanapun Sayyidina Umar dengan pantas mengangkat tangan Sayyidina Abu Bakar dan membaiahnya atau janji setia terhadap perlantikan Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah. Beliau telah berkata : ” Demi Allah! aku lebih suka dibawa ke hadapan lalu ditebas leherku tanpa dosa daripada diangkat sebagai pemimpin suatu kaum di mana terdapat Abu Bakar”.

Setelah mendengar kata-kata Sayyidina Umar lalu semua yang hadir terus membaiah Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah tanpa pertikaian lagi termasuk Saad bin Ubadah. Sayyidina Ali sendiri telah memberi baiah untuk kali pertama kepada perlantikan Sayyidina Abu Bakar pada hari Selesa keesokannya sebelum memberi bai’ah untuk kali kedua 6 bulan selepas itu iaitu selepas kewafatan isterinya Siti Fatimah yang juga merupakan salah seorang puteri nabi.
Di sini kita dapat lihat bagaimana cermat dan berhati-hatinya umat Islam dalam memilih khalifah kerana ia bersangkutan dengan akhirat bukan sebagaimana dakwaan golongan sekulerisme yang memisahkan antara pemerintahan dan agama. Pemisahan antara urusan dunia dengan akhirat menyebabkan dunia huru-hara dan kezaliman bermaharajalela.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Sayyidina Abu Bakar memiliki kelayakan untuk menjadi khalifah. Rasulullah s.a.w sendiri sering memberikan kepercayaan kepada beliau antaranya tentang persetujuan baginda terhadap pandangan beliau sewaktu menyelesaikan kes tawanan perang Badar, keduanya Sayyidina Abu Bakar telah diberikan kepercayaan dalam mengendalikan urusan haji ke Mekah pada tahun 10 Hijrah dan beliau juga berperanan sebagai imam solat menggantikan baginda pada 11 Hijrah sewaktu baginda uzur.
Pernah suatu hari Sayyidina Umar menjadi imam apabila diminta kerana Sayyidina Abu Bakar tidak kelihatan yang menyebabkan Rasulullah s.a.w yang sedang sakit apabila terdengar bukan suara Sayyidina Abu Bakar menjadi imam lalu baginda menyatakan rasa tidak puas hati. Malah nabi juga ada menyebut tentang kelebihan Sayyidina Abu Bakar termasuk dalam khutbahnya yang terakhir.
Sayyidina Abu Bakar ketika mula-mula dilantik menjadi khalifah lalu beliau menyampaikan ucapan antaranya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik dikalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik. Maka jika aku melakukan kebaikan maka bantulah aku tetapi sekiranya aku terpesong maka betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah dan dusta itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu merupakan orang yang kuat disisiku sehingga aku akan menunaikan kemahuannya serta memberikan haknya semula. Manakala orang yang kuat di kalangan kamu merupakan orang lemah disisiku sehingga aku akan mengambil kembali hak yang telah dirampas. Oleh itu taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan rasulNya dan jika aku mengengkari Allah dan rasulNya maka janganlah kamu mentaatiku.
Ucapan ini menyatakan kepada kita bagaimana pimpinan mestilah telus dan terikat dengan perundangan sebagaimana yang dikenakan terhadap rakyat jelata bukannya pemimpin kebal daripada sebarang perundangan yang menyebabkan kezaliman berleluasa.

Sidang Jumaat yang dikasihi,
Sayyyidina Abu Bakar turut menyatakan bahawa penerimaan terhadap jawatan khalifah itu adalah kerana umat Islam bersepakat membai’ahnya dan kebimbangannya jika berlakunya fitnah dan murtad jika beliau menolak bai’ah tersebut. Perkara ini menunjukkan bagaimana pentingnya khalifah untuk mengurus urusan dunia dan menjaga amanah agama bukannya pimpinan itu untuk mencari kekayaan dunia sehingga timbulnya politik wang, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.
Sebab itulah ulama’ hari ini mula menerima kembali jawatan sebagai pimpinan apabila golongan pemerintah sebelum ini ramai yang mengkhianati amanah melaksanaakan hukum Allah.
Penerimaan jawatan ini bukan kerana mahu kemewahan tetapi bagi memastikan amanah agama ditunaikan dengan sebaiknya menurut kehendak Allah dan rasulNya.

Diantara Kesimpulan yang boleh kita ambil :
1. Urusan pemerintahan atau politik adalah merupakan sebahagian daripada ajaran Islam,bagi melaksanakan amanah untuk menjaga agama , keselamatan dan kesejahteraan manusia.
2. Kepimpinan adalah amanah bukannya peluang untuk membolot kekayaan apatah lagi melakukan penyelewengan.
3. Akur dengan keputusan Syura atau Mesyuarat dapat menjernihkan suasana didalam masyarakat.


Firman Allah dalam ayat 149 surah Ali Imran:

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu mengikuti orang-orang kafir nescaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang (kekufuran) lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tuesday, March 2, 2010

lompat katak lompat

nak ke mana tu..


Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri melambaikan tangan ke arah jurugambar selepas sidang media di sini hari ini. Beliau mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana hilang keyakinan terhadap perjuangan dan matlamat politik PKR dan gagasan Pakatan Rakyat khususnya dalam mengembalikan politik dan kedaulatan Islam. - foto BERNAMA

Dapat Hadiah Jam HK$1 Juta

Wah untungnya jadi Kroni BN nih..dapat hadiah jam bernilai satu juta Hong Kong.SPRM kena siasat ni,pasal apa bagi jam mahal ni..ada udang sebalik mee ke?

Sapalah bagi jam kat dia ni..tokeh jam Hong Kong atau kerajaan one Israel?
takkan tokeh buat jam bagi jam buatan Israel pulak..kalau nak promosi mesti bagi yg sendiri punya..


Ong: Jam HK$1 juta bukan saya punya
Mac 2, 10 6:26pm
Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat menafikan pemberian hadiah berupa jam tangan yang didakwa bernilai lebih HK$1 juta atau kira-kira setengah juta ringgit sebagai bersifat peribadi tetapi dihadiahkan kepadanya atas nama parti itu.

"Jam tangan itu diberikan kepada saya selaku presiden parti dan saya akan simpan sebagai momento atas nama parti juga," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan Gabungan Ikatan Persatuan Cina Malaysia di Kuala Lumpur.

Beliau berkata jam tangan yang dihadiahkan oleh seorang pembuat jam dari Hong Kong pada satu majlis di Pulau Pinang semalam tidak boleh didapati di pasaran dan mempunyai corak bercirikan keagamaan.

"Tiada rahsia mengenainya. Bagi saya, saya tetap saya dan sebab kenapa dia hadiahkan saya jam sebenarnya menurut penjelasannya kerana beliau tersentuh dengan komitmen saya dan komitmen kami (MCA) berhubung masalah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)," katanya.

- Bernama

Sunday, February 14, 2010

Renungi Kebesaran Allah

Seorang sahabat bernama Noor Ariffin Baharudin mengirimkan tiga foto menarik untuk kita renungi bersama kebesaraan kekuasaan Allah.Foto matahari terbenam dirakam di bukit kepayang Kuari Kg. Awah manakala gambar awan di jalan raya Jengka 18.

Bila kita membaca dan merenungi ayat-ayat al-Quran atau ayat-ayat Allah yang berupa alam yamg luas terbentang serta isi-isinya sampai kita merasakan kehebatan kebesaran keagungan Allah Rabbul Jalil apa lagi sampai ke tahap mengeluarkan airmata keinsafan, surah Ali Imran ayat 190-191 yang bermaksud:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal iaitu orang-orang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata Ya Tuhan kami tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari api neraka”.

Hanya mereka yang keras hatinya saja tidak mahu mengakui hakikat itu.
Didiklah hati yang sentiasa mencintai dunia ini agar sedar kita akan mati dan berhadapan dengan mahkamah Allah.Segala yang kita lakukan diatas dunia ini akan dibalas samada syurga atau Neraka..