Wednesday, December 31, 2008

LAUT- OMBAK- PANTAI -RENUNGI KEBESARAN ALLAH


TARIKH : 27 / 28/ 12/ 2008

TEMPAT : PANTAI BALOK KUANTAN PAHANG

Sunday, December 21, 2008

OPOR DAGING ,NANGKA,TAPAI SAJIAN ISTEMEWA MALAM AMAL PASTI AL HIDAYAH



Pasti Al Hidayah Tanjung Perang Maran Pahang akan mengadakan jamuan makan malam pada malam ini 21.12.2008.Persiapan terakhir sedang giat dilakukan oleh petugas...



Friday, December 19, 2008

MAT SABU RASMI KARNIVAL PAS MARAN 2008

d


Pekan Chenor, 20 Disember: Naib Presiden PAS Tuan Hj. Muhamad bin Sabu merasmikan Karnival PAS Maran 2008 pada jam 10.30am. Dalam ucapannya beliau mempertegaskan komitmen PAS terhadap apa juga sukan yang tidak bercanggah dengan syarak.Kita akan terus memberikan perhatian terhadap bidang sukan ,kejayaan pasukan Kedah dalam liga piala Malaysia membuktikan kesungguhan itu katanya.

Beliau kamudian diberikan penghormatan untuk melepaskan perlumbaan ketogeri 'penampilan'.
Hadir sama dalam majlis perasmian Tuan Guru Hj. Mohd Baqi bin Othman serta pimpinan Kawasan.

Thursday, December 18, 2008

HEBAT !!! KARNIVAL PAS MARAN



19.12.2008 Chenor,PAS Kawasan Maran akan mengadakan satu Karnival pada 20.12.2008 hari sabtu sempena musim cuti sekolah.Menurut Pengarah Program En. Jaafar bin Mat Tam antara program yang jarang-jarang di laksanakan ialah perlumbaan bot laju yang akan disertai pasukan daripada Negeri Terengganu dan Pahang, sejumlah 30 bot dijangka akan berentap,disamping itu juga pertunjukan bot kawalan jauh yang akan disertai oleh pasukan Kuala Lumpur dan Pahang yang melibatkan 20 bot.Acara-acara lain seperti pertandingan gasing,Sepak Takraw,Bola sepak 9 sebelah, acara kanak-kanak dan wanita turut diadakan.

Naib Presiden PAS Pusat YBh. Mohamad bin Sabu akan merasmikan Karnival tersebut dan akan melepaskan pertandingan bot laju di Sungai Pahang bertempat di Pekan Chenor Lama.Pada sebelah malam pula beliau akan berceramah di tempat yang sama.

PAS Kawasan Maran Menjemput dan mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke Karnival tersebut bermula jam 8.00am - 12.00 mlm.Pihak urusetia turut menyediakan jamuan rakyat bagi pengunjung-pengunjung yang hadir.

Wednesday, December 17, 2008

CONTOHI PENGORBANAN HJ ADAM





Aktivis PAS Cawangan Bandar Baru Temerloh Kg. Batu Satu Temerloh Hj Adam bin Ibrahim pesara JKR sewajarnya menjadi contoh kepada kita.Beliau yang mempunyai lima anak yang kesemuanya sudah berkahwin.Walaupun sudah berusia 78 tahun tetapi terus menaburkan khidmat bakti kepada Parti.

Beliau sudah tiga tahun mengurus kedai runcit untuk cawangan TANPA MENGAMBIL UPAH MENJAGA DAN MENGURUS KEDAI,SEMUA KEUNTUNGAN DISERAHKAN KEPADA CAWANGAN.Bila ditanya sampai bila beliau akan terus berkhidmat beliau berkata lagi terdaya dek badan.

Cawangan Bandar Baru Temerloh ini juga mempunyai sebuah markas yang cantik dan sebuah van.Ini sudah cukup membuktikan cawangan ini mempunyai ahli-ahli yang sentiasa berkorban untuk Parti,Hj Adam salah seorang daripada mereka..

Saturday, December 13, 2008

APA DAH JADI DENGAN ASRAMA BUDIMAN CHENUR?





Apa dah jadi dengan Asrama Budiman milik Yayasan Basmi Kemiskinan Pahang?.Asrama yang terletak di Bandar Baru Chenur ini dahulunya menempatkan anak-anak daripada kelurga yang ditakrifkan miskin, sebuah van disediakan untuk kemudahan penghantaran mereka kesekolah disamping wang saku RM 1.00 setiap hari.tetapi kini terbiar dipenuhi semak samun tak terurus dan tanpa penghuni.

Inilah kerja membazir wang rakyat oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional ,tiada perancangan janji dapat projek untuk membina dah cukup apa nak jadi selepas itu tak diambil kira lagi.
Jangan selepas ni UMNO Chenur ambil alih bangunan tu sudahlah.Ini wang rakyat bukan wang UMNO..Gunakan untuk rakyatlah..

Ustaz Abdul Karim Bin Ahmad kembali ke Rahmatullah




12 Dis 2008 Jumaat - Ustaz Abdul Karim bin Ahmad telah meninggal dunia setelah hampir empat minggu koma kerana serangan sakit jantung.

Beliau meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.semasa hayatnya beliau adalah seorang Guru Agama dan pernah berkhidmat dimerata daerah dalam negeri Pahang. Jawatan terakhirnya adalah Pengetua Sek Men. Agama Chenur.Semoga Allah mencucuri Rohnya dan ditempatkan bersama para Solihin...amin

Semasa hayatnya beliau aktif dalam Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Memegang pelbagai jawatan:

- Ahli Jawatan Kuasa PAS Maran
- Ketua Dewan Ulama PAS Maran
- Ketua Cawangan PAS Chenor Bandar sehingga beliau meninggal

Orang ramai berpusu-pusu mengziarahi jenazah beliau.Turut hadir Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang,En. Roslan Zainal Al Ahmadi Setiausaha Perhubungan PAS Pahang,YB Tuan Hj. Sy Abd Hamid bin Sy Mohd Adun Semantan.Ust Abu Kassim bin Ab Manaf Ketua Dewan Ulama PAS Pahang,En Ahmad Nizam Bin Abdul Hamid Ketua Keadilan Bhg. Temerloh, Dato Ismail bin Abdul Mutalib Ahli Parlimen Maran dan kepimpinan PAS berbagai peringkat.

Tuesday, December 9, 2008

AIR RAHMAT ALLAH ,JANGAN BAZIRKAN!!!




PAIP BOCOR MUNGKIN PENYUMBANG KETIADAAN AIR TAPI NGAPA TAK AMBIL TINDAKAN ,DAH LAMA DAH NI OOI, DAH BOLEH PELIHARA IKAN NI....MANDI KAT SINI PUN OK JUGA..(Lokasi Sg. Sering Pekan Awah)


Masalah air bukan perkara baru di kg. awah.Sehinggakan ada yang berkata kalau ada air ini bukan kg. awah (DUN Chenur),begitulah luahan kekecewaan penduduk di kg. Awah kalau ditanya tentang masalah air.Entah berapa kali keluar suratkhabar pun tak tau..entah bila selesai pun tak tau..bandar Pekan Awah sepi tak ramai yang berani nak sewa pun kerana masalah air..dulu penduduk harapkan pemasangan paip baru masalah akan selesai top top sama aje.. sekarang berharap lagi pada tangki air yang sedang dibina di kg. bukit lada..entah lah...

QURBAN DI MASJID AT TAQWA KG. AWAH



Maksud Firman Allah dalam surah Al Hajj ayat 37 :

Daging dan darah binatang qurban itu sekali-kali tidak sampai kepada Allah,tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yg berdasarkankan taqwa drp. kamu.

Friday, December 5, 2008

Hadis Renungan

Gambar Hiasan: anggota unit amal menyampaikan bantuan banjir


" Contoh orang yang Mukmim adalah laksana lebah: jika dia makan hanya memakan makanan yang baik.Jika dia mengeluarkan sesuatu yang baik.Apabila dia hinggap di atas ranting yang rapuh,tidak dirosakkannya"


Thursday, December 4, 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA QURBAN

assalamualaikum

selamat datang ke blog ramli67....