Saturday, December 13, 2008

Ustaz Abdul Karim Bin Ahmad kembali ke Rahmatullah




12 Dis 2008 Jumaat - Ustaz Abdul Karim bin Ahmad telah meninggal dunia setelah hampir empat minggu koma kerana serangan sakit jantung.

Beliau meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.semasa hayatnya beliau adalah seorang Guru Agama dan pernah berkhidmat dimerata daerah dalam negeri Pahang. Jawatan terakhirnya adalah Pengetua Sek Men. Agama Chenur.Semoga Allah mencucuri Rohnya dan ditempatkan bersama para Solihin...amin

Semasa hayatnya beliau aktif dalam Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Memegang pelbagai jawatan:

- Ahli Jawatan Kuasa PAS Maran
- Ketua Dewan Ulama PAS Maran
- Ketua Cawangan PAS Chenor Bandar sehingga beliau meninggal

Orang ramai berpusu-pusu mengziarahi jenazah beliau.Turut hadir Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang,En. Roslan Zainal Al Ahmadi Setiausaha Perhubungan PAS Pahang,YB Tuan Hj. Sy Abd Hamid bin Sy Mohd Adun Semantan.Ust Abu Kassim bin Ab Manaf Ketua Dewan Ulama PAS Pahang,En Ahmad Nizam Bin Abdul Hamid Ketua Keadilan Bhg. Temerloh, Dato Ismail bin Abdul Mutalib Ahli Parlimen Maran dan kepimpinan PAS berbagai peringkat.

No comments: