Sunday, February 14, 2010

Renungi Kebesaran Allah

Seorang sahabat bernama Noor Ariffin Baharudin mengirimkan tiga foto menarik untuk kita renungi bersama kebesaraan kekuasaan Allah.Foto matahari terbenam dirakam di bukit kepayang Kuari Kg. Awah manakala gambar awan di jalan raya Jengka 18.

Bila kita membaca dan merenungi ayat-ayat al-Quran atau ayat-ayat Allah yang berupa alam yamg luas terbentang serta isi-isinya sampai kita merasakan kehebatan kebesaran keagungan Allah Rabbul Jalil apa lagi sampai ke tahap mengeluarkan airmata keinsafan, surah Ali Imran ayat 190-191 yang bermaksud:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal iaitu orang-orang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata Ya Tuhan kami tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari api neraka”.

Hanya mereka yang keras hatinya saja tidak mahu mengakui hakikat itu.
Didiklah hati yang sentiasa mencintai dunia ini agar sedar kita akan mati dan berhadapan dengan mahkamah Allah.Segala yang kita lakukan diatas dunia ini akan dibalas samada syurga atau Neraka..



Monday, February 8, 2010

Siapa Pencuri Balak?


Keindahan Air Terjun Berkelah terancam..

Oleh : Basiron Abdul Wahab

MARAN - PAS Kawasan Maran menyifatkan kes kecurian balak yang gembar gembur media berlaku buat kesekian kalinya di Pahang adalah bukti kelemahan kerajaan dalam menangani isu berkenaan.

Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Maran, Ustaz Ramli Abdul Rahman berkata, sudah banyak kes kecurian balak berlaku negeri ini dengan beberapa tangkapan pernah dibuat tetapi sehingga belum ada mana-mana individu yang dijatuhi hukuman diatas kesalahan itu.

Ramli percaya, begitu jugalah yang terjadi dengan kes tangkapan terbaru di Maran ini , ia hanya suatu berita ekslusif media dan tidak lebiih daripada itu, iaitu laporan sensiasi media semata-mata sedangkan pencuri sebenar bebas mencuri lagi.

Baru-baru ini media arus perdana menyiarkan berita kecurian balak berlaku di di Hutan Simpan Lata Berkelah iaitu kawasan rekrasi pelacongan dan daripada apa yang dilihat jelas sekali pencuri balak kali ini adalah syarikat pembalakan berlesen yang menjalan kegiatan mambalak secara sah di situ dan mengambil kesempatan diatas kelemahan penguatkuasaan untuk mencuri.

Pada 11 Disember 2009 yang lalu, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh pernah membongkar isu ini dengan mengatakan bahawa bandar Kuantan akan tenggelam akibat kerakusan pihak yang tidak bertanggung jawab mengeluarkan lesen membalak dikawasan berkenaan tanpa kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar( EIA).

Difahamkan seluas 42 ribu ekar atau 16,800 ribu hektar di Hutan Simpan Berkelah dan Hutan Simpan Remen Chereh telah diluluskan penebangan balak oleh Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob.

Difahamkan kesemua kawasan terbabit telah anugerahkan kepada anak syarikat kerajaan negeri iaitu Mentiga Corporation Sdn.Bhd dan Amanah Saham Pahang(ASPA).

Fuziah telah mendedahkan perkara ini di lobi parlimen ketika itu, lengkap dengan bukti-bukti yang diperolehinya daripada sumber yang sah.

Pendedahan tersebut jelas sekali mengejutkan tetapi tidak bagi para pemimpin Umno yang menjadi ahli lembaga pengarah kedua -dua anak syarikat kerajaan negeri, ternyata kerakusan Kerajaan Negeri Pahang untuk mengaut keuntungan lumayan tetapi sanggup menggadaikan nyawa rakyat itu.

Menurut Ramli kini kenyataan Fauziah itu terbukti benar iaitu kemusnahan alam sekitar di kawasan pelancongan berkenaan.

Selain itu, apabila hutan ditebang apabila berlaku banjir rakyat mangsa sebgaimana berlaku pada tahun 2007 lalu.

Ramli juga menyifatkan berkata, apa yang berlaku adalah usaha terdesak kerajaan Pahang untuk mendapatkan sumber wang segera tanpa mengira kawasan berkenaan adalah hutan simpan yang sepatutnya di kekalkan.

“Apa yang penting bagi mereka lah mengeluarkan saki baki kayu balak yang masih ada sebelum pilihan umum ke-13,” ujarnya.

Kemalangan Ngeri-PAS Maran Rakam Ucapan Takziah


Jenazah enam sekeluarga yang terbakar dalam satu kemalangan di Km 252, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang, Negeri Sembilan pagi tadi, selamat dikebumikan malam semalam. Dari kiri : Norfadilah Isnin, 32 (wife), Muhammad Hanif Iman, 6, Nurul Natasha Huda, 11, Muhammad Danial Iskandar, 10 dan Suhaimi Ghazali, 41 (suami).(Adi Putra tiada didalam gambar)


Maran : PAS Maran rakam ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham Suhaimi Ghazali dan isteri diatas musibah yang mengakibatkan enam sekeluarga yang meninggal dunia dalam satu kemalangan di Km 252, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang, Negeri Sembilan pagi semalam.

PAS Maran juga mendoakan agar pihak keluarga diberikan kekuatan dan kesabaran oleh Allah untuk menempuh ujian yang berat ini.

Kemalangan yang mengakibatkan Pengarah Urusan Fadhilat Herbs Sdn Bhd Suhaimi Ghazali, 41, isterinya Nor Fadilah Senin, 32, serta empat orang anak mereka, Nurul Natashahuda, 11, Mohd Daniel Iskandar, 10, Mohd Hanif Iman, 6, dan Adi Putra,2.

Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Pegoh, Pernu dekat sini, pada pukul 7.30 malam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi tadi, keenam-enam mangsa terbakar apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dipercayai terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di tepi lebuh raya itu.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS)untuk bedah siasat sebelum dibawa dengan tiga buah van jenazah ke Kampung Bukit Pegoh.

Kemalangan itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Melaka dari Ipoh, Perak, setelah selesai urusan perniagaan dan bercuti.

Suasana sedih dan pilu menyelubungi kawasan Masjid Kariah Bukit Pegoh/Bukit Larang di sini yang dipenuhi anggota keluarga, penduduk kampung dan rakan Allahyarham dan keluarganya, sebaik tiga van jenazah yang setiap satu membawa dua jenazah tiba pada pukul 6.30 petang.

Kesemua jenazah disembahyangkan di masjid berkenaan sebelum diusung ke tanah perkuburan berkenaan untuk dikebumikan.

Tuesday, February 2, 2010

Kat Masjid pun nak mencuri..


Masjid Attaqwa Kg. Awah mengamit pengunjung melakukan ketaatan..

Ada juga yang datang tak ikhlas..mengintip,mencuri dll..

Satu daripada tabung Masjid Attaqwa hilang semalam dipercayai dilarikan oleh 'penyamun tarbus '.

2 hari sebelum kejadian itu seorang pencuri berusia 66 tahun ditangkap ketika sedang melakukan aktiviti mencuri.Setelah diberi nasihat,beliau dibebaskan.Keesokan harinya beliau mati dilanggar sebuah lori (moga beliau sempat bertaubat)

Ingatkan masjid kita dah selamat kata seorang jemaah..

Selagi tak ditegakkan undang2 Allah masalah ini takkan selesai..

Kembalilah kepada undang2 Allah

Doktor dah sahkan tiada tusukan yang menembusi dubur saiful..macamana jumpa ait tu..

kembalilah pada undang 2 Allah.Jangan buat zalim sesama manusia..



Ada bukti sampel air mani
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali dan Norhashimah Mohd Razali
bhnews@bharian.com.my

GAMBAR kiri, MOHD Saiful Bukhari pada sidang media selepas mendengar perbicaraan kes liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Gambar kanan, ANWAR ketika hadir di Kompleks Mahkamah Persekutuan Jalan Duta bagi mendengar permohonan menangguhkan perbicaraan kes liwat, semalam.

Doktor, pakar kimia akan beri keterangan berlaku liwat: Pendakwa

KUALA LUMPUR: Pendakwaan dalam kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memiliki bukti sampel air mani diambil daripada bahagian tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang boleh membuktikan kes mereka.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam hujahnya di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, berkata keterangan doktor dan pakar kimia yang saling menyokong akan mengenal pasti sampel itu dijumpai bahagian mana tubuh mangsa.

“Ada beberapa sampel yang diambil, selanjutnya doktor dan pakar kimia yang memberikan keterangan akan membuktikan berlakunya kemasukan (liwat) dalam kes ini,” katanya berhujah dalam permohonan Anwar menangguhkan perbicaraan liwat terhadapnya sehingga dua permohonan rayuannya selesai diputuskan.

Dua permohonan itu ialah semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari lalu yang menolak rayuan Anwar supaya dibekalkan dokumen dan material penting termasuk sampel DNA Mohd Saiful daripada pendakwaan bagi persediaan kes pembelaan.

Satu lagi permohonan Anwar ialah meminta mahkamah menggugurkan dakwaan kes liwat terhadapnya yang masih di peringkat rayuan dan Mahkamah Rayuan masih belum menetapkan tarikh untuk mendengar permohonan itu.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya menolak permohonan Anwar untuk menangguhkan perbicaraan yang dijadualkan bermula selama 17 hari bermula semalam.

Mohamad Zabidin berkata, beliau mendapati tiada apa-apa keadaan luar biasa yang membolehkan mahkamah membenarkan penangguhan.

Sehubungan itu, Mohamad Zabidin menetapkan hari ini bagi perbicaraan penuh kes berkenaan.

Difahamkan Mohd Saiful, bekas pembantu Anwar dipanggil sebagai saksi pertama.

Peguam Anwar, Karpal Singh kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan menemui Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff pagi ini bagi mendapatkan tarikh pendengaran permohonan semakan Anwar di Mahkamah Persekutuan, seperti diarahkan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, semalam.

Terdahulu, sebaik prosiding bermula jam 9 pagi semalam, Karpal memberitahu mahkamah pihaknya dalam proses memfailkan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman, Putrajaya dan memohon penangguhan.

Mohd Yusof berkata, pihaknya tidak membantah permohonan pembelaan itu kerana walaupun sudah bersedia meneruskan perbicaraan pihaknya bersetuju jika perbicaraan tidak diganggu gugat dengan permohonan lain pada masa depan.

Mohamad Zabidin kemudian menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya bermula pagi semalam sehingga jam 2.30 petang. Bagaimanapun, apabila bersambung petang, Karpal memberitahu mahkamah, Zaki mengarahkan mereka berjumpa dengan Alauddin, hari ini.

Mahkamah kemudian memutuskan perbicaraan bermula jam 2.30 petang ini.

Ketika berhujah permohonan untuk penangguhan oleh pembelaan, Mohd Yusof berkata dakwaan Karpal bahawa berlaku kemasukan bahan plastik dalam dubur Mohd Saiful sehingga beliau mengalami sembelit selama seminggu dengan merujuk laporan perubatan awal Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) pada 28 Jun 2008 adalah tidak benar.

Beliau berkata, ia adalah laporan awal dan doktor tidak dapat mengesahkan perkara itu sehingga dipanggil memberikan keterangan.

Karpal berkata, Mahkamah Tinggi tersilap ketika memutuskan alasan pembelaan ‘tiada penemuan klinikal yang boleh membuktikan kemasukan’ tidak boleh dijadikan asas membatalkan tuduhan liwat itu.