Tuesday, February 2, 2010

Kembalilah kepada undang2 Allah

Doktor dah sahkan tiada tusukan yang menembusi dubur saiful..macamana jumpa ait tu..

kembalilah pada undang 2 Allah.Jangan buat zalim sesama manusia..



Ada bukti sampel air mani
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali dan Norhashimah Mohd Razali
bhnews@bharian.com.my

GAMBAR kiri, MOHD Saiful Bukhari pada sidang media selepas mendengar perbicaraan kes liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Gambar kanan, ANWAR ketika hadir di Kompleks Mahkamah Persekutuan Jalan Duta bagi mendengar permohonan menangguhkan perbicaraan kes liwat, semalam.

Doktor, pakar kimia akan beri keterangan berlaku liwat: Pendakwa

KUALA LUMPUR: Pendakwaan dalam kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memiliki bukti sampel air mani diambil daripada bahagian tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang boleh membuktikan kes mereka.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam hujahnya di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, berkata keterangan doktor dan pakar kimia yang saling menyokong akan mengenal pasti sampel itu dijumpai bahagian mana tubuh mangsa.

“Ada beberapa sampel yang diambil, selanjutnya doktor dan pakar kimia yang memberikan keterangan akan membuktikan berlakunya kemasukan (liwat) dalam kes ini,” katanya berhujah dalam permohonan Anwar menangguhkan perbicaraan liwat terhadapnya sehingga dua permohonan rayuannya selesai diputuskan.

Dua permohonan itu ialah semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari lalu yang menolak rayuan Anwar supaya dibekalkan dokumen dan material penting termasuk sampel DNA Mohd Saiful daripada pendakwaan bagi persediaan kes pembelaan.

Satu lagi permohonan Anwar ialah meminta mahkamah menggugurkan dakwaan kes liwat terhadapnya yang masih di peringkat rayuan dan Mahkamah Rayuan masih belum menetapkan tarikh untuk mendengar permohonan itu.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya menolak permohonan Anwar untuk menangguhkan perbicaraan yang dijadualkan bermula selama 17 hari bermula semalam.

Mohamad Zabidin berkata, beliau mendapati tiada apa-apa keadaan luar biasa yang membolehkan mahkamah membenarkan penangguhan.

Sehubungan itu, Mohamad Zabidin menetapkan hari ini bagi perbicaraan penuh kes berkenaan.

Difahamkan Mohd Saiful, bekas pembantu Anwar dipanggil sebagai saksi pertama.

Peguam Anwar, Karpal Singh kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan menemui Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff pagi ini bagi mendapatkan tarikh pendengaran permohonan semakan Anwar di Mahkamah Persekutuan, seperti diarahkan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, semalam.

Terdahulu, sebaik prosiding bermula jam 9 pagi semalam, Karpal memberitahu mahkamah pihaknya dalam proses memfailkan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman, Putrajaya dan memohon penangguhan.

Mohd Yusof berkata, pihaknya tidak membantah permohonan pembelaan itu kerana walaupun sudah bersedia meneruskan perbicaraan pihaknya bersetuju jika perbicaraan tidak diganggu gugat dengan permohonan lain pada masa depan.

Mohamad Zabidin kemudian menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya bermula pagi semalam sehingga jam 2.30 petang. Bagaimanapun, apabila bersambung petang, Karpal memberitahu mahkamah, Zaki mengarahkan mereka berjumpa dengan Alauddin, hari ini.

Mahkamah kemudian memutuskan perbicaraan bermula jam 2.30 petang ini.

Ketika berhujah permohonan untuk penangguhan oleh pembelaan, Mohd Yusof berkata dakwaan Karpal bahawa berlaku kemasukan bahan plastik dalam dubur Mohd Saiful sehingga beliau mengalami sembelit selama seminggu dengan merujuk laporan perubatan awal Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) pada 28 Jun 2008 adalah tidak benar.

Beliau berkata, ia adalah laporan awal dan doktor tidak dapat mengesahkan perkara itu sehingga dipanggil memberikan keterangan.

Karpal berkata, Mahkamah Tinggi tersilap ketika memutuskan alasan pembelaan ‘tiada penemuan klinikal yang boleh membuktikan kemasukan’ tidak boleh dijadikan asas membatalkan tuduhan liwat itu.

No comments: