Monday, February 8, 2010

Siapa Pencuri Balak?


Keindahan Air Terjun Berkelah terancam..

Oleh : Basiron Abdul Wahab

MARAN - PAS Kawasan Maran menyifatkan kes kecurian balak yang gembar gembur media berlaku buat kesekian kalinya di Pahang adalah bukti kelemahan kerajaan dalam menangani isu berkenaan.

Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Maran, Ustaz Ramli Abdul Rahman berkata, sudah banyak kes kecurian balak berlaku negeri ini dengan beberapa tangkapan pernah dibuat tetapi sehingga belum ada mana-mana individu yang dijatuhi hukuman diatas kesalahan itu.

Ramli percaya, begitu jugalah yang terjadi dengan kes tangkapan terbaru di Maran ini , ia hanya suatu berita ekslusif media dan tidak lebiih daripada itu, iaitu laporan sensiasi media semata-mata sedangkan pencuri sebenar bebas mencuri lagi.

Baru-baru ini media arus perdana menyiarkan berita kecurian balak berlaku di di Hutan Simpan Lata Berkelah iaitu kawasan rekrasi pelacongan dan daripada apa yang dilihat jelas sekali pencuri balak kali ini adalah syarikat pembalakan berlesen yang menjalan kegiatan mambalak secara sah di situ dan mengambil kesempatan diatas kelemahan penguatkuasaan untuk mencuri.

Pada 11 Disember 2009 yang lalu, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh pernah membongkar isu ini dengan mengatakan bahawa bandar Kuantan akan tenggelam akibat kerakusan pihak yang tidak bertanggung jawab mengeluarkan lesen membalak dikawasan berkenaan tanpa kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar( EIA).

Difahamkan seluas 42 ribu ekar atau 16,800 ribu hektar di Hutan Simpan Berkelah dan Hutan Simpan Remen Chereh telah diluluskan penebangan balak oleh Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob.

Difahamkan kesemua kawasan terbabit telah anugerahkan kepada anak syarikat kerajaan negeri iaitu Mentiga Corporation Sdn.Bhd dan Amanah Saham Pahang(ASPA).

Fuziah telah mendedahkan perkara ini di lobi parlimen ketika itu, lengkap dengan bukti-bukti yang diperolehinya daripada sumber yang sah.

Pendedahan tersebut jelas sekali mengejutkan tetapi tidak bagi para pemimpin Umno yang menjadi ahli lembaga pengarah kedua -dua anak syarikat kerajaan negeri, ternyata kerakusan Kerajaan Negeri Pahang untuk mengaut keuntungan lumayan tetapi sanggup menggadaikan nyawa rakyat itu.

Menurut Ramli kini kenyataan Fauziah itu terbukti benar iaitu kemusnahan alam sekitar di kawasan pelancongan berkenaan.

Selain itu, apabila hutan ditebang apabila berlaku banjir rakyat mangsa sebgaimana berlaku pada tahun 2007 lalu.

Ramli juga menyifatkan berkata, apa yang berlaku adalah usaha terdesak kerajaan Pahang untuk mendapatkan sumber wang segera tanpa mengira kawasan berkenaan adalah hutan simpan yang sepatutnya di kekalkan.

“Apa yang penting bagi mereka lah mengeluarkan saki baki kayu balak yang masih ada sebelum pilihan umum ke-13,” ujarnya.

No comments: