Tuesday, February 10, 2009

Persoalan mengapa al-Azhar membisu terhadap isu Gaza terjawab.

oleh Maszlee Malek





Selesai sudah konfrens mengenai Gaza di bumi Vienna. Sejumlah Euro 1.3 juta berjaya dikutip pada satu malam sahaja. Walaupun Syeikh Raed Salah (Syeikh al-Aqsa) tidak dapat hadir kerana dihalang oleh pihak imigresen Israel, namun kehadiran acara tersebut mencapai angka hampir 5 ribu hadirin.

Apa yang menarik bagi diri saya ialah perbincangan ringkas dengan beberapa wakil dari Palestin 1948 (Israel). Perwakilan tersebut diketuai oleh Syeikh Raed Fathi, ulama muda yang mengetuai majlis fatwa Palestin 1948. Banyak sekali yang diperbincangkan, insha Allah akan dikongsikan di lain waktu. Antara yang menarik ialah mengenai pilihanraya umum Israel, keputusan Harakah Islamiyyah 1948 untuk memboikot pilihanraya berkenaan, masa depan umat Islam di dalam Israel dan lain-lain lagi. Antara yang menarik juga ialah kritikan ramai pihak terhadap Syeikh al-Azhar yang langsung senyap tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu Gaza, mahupun memaksa kerajaan Mesir membuka sempadan Refah.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Syeikh al-Azhar pernah bersalaman dan berbual mesra dengan Shimon Perez. Individu yang telah dimalukan oleh Erdogan baru-baru ini. Insiden pada bulan November 2008 di salah sebuah acara anjuran PBB di New York itu pernah mendapat liputan meluas akhbar antarabangsa. Malangnya apabila ditanyakan mengenai insiden berkenaan, Syeikh Mohammad Tantawi hanya mengatakan beliau tidak mengenali Perez, walaupun mereka berprogram bersama. Beliau juga menafikan bahawa Gaza sedang dikenakan sekatan ekonomi oleh Israel dan pihak barat. Lebih memalukan, beliau memaki wartawan Israel yang membuat liputan mengenai insiden berkenaan.

Mungkin sebelum ini, saya seperti juga majoriti umat Islam di seluruh dunia tertanya-tanya mengapakan al-Azhar, institut pengajian tinggi Islam paling berprestij dan paling tua di dunia membisu menegnai isu Gaza dan Mubarak. Kini segalanya sudah terjawab.

Monday, February 2, 2009

HAMAS KUASA UTAMA


HAMAS kuasa utama, tidak boleh diketepikan.
Written by admin from on February 2nd, 2009 | 0 Comments

Isnin, 02/02/2009 - HAMAS menegaskan kenyataan Blair, wakil jawatankuasa empat pihak (Amerika Syarikat, PBB, Russia dan Kesatuan Eropah) ke Timur Tengah sebagai ulang tayang bagi senario lama dan bahawa semua percubaan mencampuradukkannya dengan proses damai adalah percubaan yang sia-sia dan tidak dipersetujui oleh HAMAS sejak dahulu dan oleh beberapa pihak Arab dan antarabangsa. HAMAS juga menegaskan kenyataan ini dalam masa yang sama adalah pengiktirafan bahawa HAMAS adalah kuasa utama dalam isu Palestin yang mesti diambil kira.

Blair berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa HAMAS mestilah dilibatkan dalam proses damai, tetapi setelah ia meninggalkan penentangan dan perjuangan serta mengiktiraf negara penjajah Israel.

Mushir al-Misri, setiausaha blok HAMAS dalam parlimen menyifatkan kenyataan Blair sebagai suatu yang bodoh dan tidak mempunyai nilai serta menganggapnya sebagai tindakan mengulangi semula halangan-halangan sama yang digariskan oleh barat sebagai perisai dan alasan bagi menolak proses demokrasi di Palestin. Sebagaimana kenyataan tersebut bertujuan meneruskan sekatan terhadap rakyat Palestin dan memberikan pelindung kepada regim Zionis untuk terus bertindak melakukan jenayah yang terakhirnya serangan terhadap Gaza baru-baru ini. Ia juga sebagai alasan untuk tidak berdialog dan berinteraksi dengan parlimen Palestin dan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Sunday, February 1, 2009

Nizar mengadap Sultan Perak, SPR dimaklumkan Harakahdaily

Mon | Feb 02, 09 | 1:24:37 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengadap Sultan Perak pada kira-kira pukul 10 pagi tadi di Istana Kinta memaklumkan perletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering).
Iklan




Dalam pada itu Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf ketika dihubungi mstar online mengesahkan beliau sudah dimaklumkan oleh Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Ahmad Adli Abdullah bahawa telah menerima notis kekosongan daripada Speaker.

Malah, kata beliau, Pejabat Pilihan Raya Perak juga ada menerima surat daripada dua Ahli Dewan Undangan Negeri yang dikatakan telah mengosongkan kerusi masing-masing.

Pengarah Pilihan Raya Perak, Ahmad Adli Abdullah mengesahkan ada menerima notis kekosongan dan salinan surat daripada kedua-dua ADUN berkenaan.

Bagaimanapun Abdul Aziz tidak menyatakan kandungan surat kedua-dua ADUN berkenaan.

"Esok kami akan mengadakan mesyuarat dan melihat kandungan surat itu," kata beliau tengah hari tadi.

Dalam pada itu, bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika dihubungi mStar Online memberitahu, mengikut perundangan pilihan raya, sebaik sahaja notis kekosongan diterima daripada Speaker, pilihan raya kecil wajar diadakan.

Mengikut skop perundangan, kata beliau, SPR perlu menerima langkah Speaker mengumumkan kekosongan yang tidak boleh dicabar atau diketepikan.

"Mengikut undang-undang (Perlembagaan negeri dan persekutuan), SPR perlu menghormati notis pengesahan kekosongan dan mengadakan pilihan raya kecil dengan sewajarnya (dalam 60 hari)," kata beliau yang juga bekas Setiausaha SPR. - azm _

KERANA UNTUNG TERGAMAK BEKAL MAKANAN PADA TENTERA YAHUDI


Terkini : Terbongkar syarikat Mesir membekal makanan kepada Israel semasa perang Gaza.


Ahad, 01/02/2009 - Sebuah akhbar Mesir telah membongkar yang sebuah syarikat Mesir telah membekalkan askar-askar rejim Zionis dengan makanan melalui lintasan Owja semasa perang di Gaza manakala lintasan Rafah telah ditutup untuk bekalan bantuan kepada untuk warga Palestin

Akhbar Al-Osbo menyebut setiap minggu konvoi tetap lori membawa bekalan makanan daripada bandar raya Sadat pada lintasan Owja untuk menyampaikan bekalan makanan kepada tentera Israel semasa pencerobohan
mereka di Gaza.

Akhbar itu turut menyatakan kedahsyatan pemikiran syarikat Mesir tersebut tergamak membekalkan askar-askar rejim Zionis dengan bekalan makanan berlabel “Latha” yang bermaksud “Sedap” pada masa sama , rakyat Mesir berang terhadap pencerobohan Israel terhadap rakyat Gaza .

sumber : maszlee malek