Monday, February 2, 2009
HAMAS KUASA UTAMA
HAMAS kuasa utama, tidak boleh diketepikan.
Written by admin from on February 2nd, 2009 | 0 Comments
Isnin, 02/02/2009 - HAMAS menegaskan kenyataan Blair, wakil jawatankuasa empat pihak (Amerika Syarikat, PBB, Russia dan Kesatuan Eropah) ke Timur Tengah sebagai ulang tayang bagi senario lama dan bahawa semua percubaan mencampuradukkannya dengan proses damai adalah percubaan yang sia-sia dan tidak dipersetujui oleh HAMAS sejak dahulu dan oleh beberapa pihak Arab dan antarabangsa. HAMAS juga menegaskan kenyataan ini dalam masa yang sama adalah pengiktirafan bahawa HAMAS adalah kuasa utama dalam isu Palestin yang mesti diambil kira.
Blair berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa HAMAS mestilah dilibatkan dalam proses damai, tetapi setelah ia meninggalkan penentangan dan perjuangan serta mengiktiraf negara penjajah Israel.
Mushir al-Misri, setiausaha blok HAMAS dalam parlimen menyifatkan kenyataan Blair sebagai suatu yang bodoh dan tidak mempunyai nilai serta menganggapnya sebagai tindakan mengulangi semula halangan-halangan sama yang digariskan oleh barat sebagai perisai dan alasan bagi menolak proses demokrasi di Palestin. Sebagaimana kenyataan tersebut bertujuan meneruskan sekatan terhadap rakyat Palestin dan memberikan pelindung kepada regim Zionis untuk terus bertindak melakukan jenayah yang terakhirnya serangan terhadap Gaza baru-baru ini. Ia juga sebagai alasan untuk tidak berdialog dan berinteraksi dengan parlimen Palestin dan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment