Monday, February 8, 2010

Kemalangan Ngeri-PAS Maran Rakam Ucapan Takziah


Jenazah enam sekeluarga yang terbakar dalam satu kemalangan di Km 252, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang, Negeri Sembilan pagi tadi, selamat dikebumikan malam semalam. Dari kiri : Norfadilah Isnin, 32 (wife), Muhammad Hanif Iman, 6, Nurul Natasha Huda, 11, Muhammad Danial Iskandar, 10 dan Suhaimi Ghazali, 41 (suami).(Adi Putra tiada didalam gambar)


Maran : PAS Maran rakam ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham Suhaimi Ghazali dan isteri diatas musibah yang mengakibatkan enam sekeluarga yang meninggal dunia dalam satu kemalangan di Km 252, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang, Negeri Sembilan pagi semalam.

PAS Maran juga mendoakan agar pihak keluarga diberikan kekuatan dan kesabaran oleh Allah untuk menempuh ujian yang berat ini.

Kemalangan yang mengakibatkan Pengarah Urusan Fadhilat Herbs Sdn Bhd Suhaimi Ghazali, 41, isterinya Nor Fadilah Senin, 32, serta empat orang anak mereka, Nurul Natashahuda, 11, Mohd Daniel Iskandar, 10, Mohd Hanif Iman, 6, dan Adi Putra,2.

Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Pegoh, Pernu dekat sini, pada pukul 7.30 malam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi tadi, keenam-enam mangsa terbakar apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dipercayai terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di tepi lebuh raya itu.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS)untuk bedah siasat sebelum dibawa dengan tiga buah van jenazah ke Kampung Bukit Pegoh.

Kemalangan itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Melaka dari Ipoh, Perak, setelah selesai urusan perniagaan dan bercuti.

Suasana sedih dan pilu menyelubungi kawasan Masjid Kariah Bukit Pegoh/Bukit Larang di sini yang dipenuhi anggota keluarga, penduduk kampung dan rakan Allahyarham dan keluarganya, sebaik tiga van jenazah yang setiap satu membawa dua jenazah tiba pada pukul 6.30 petang.

Kesemua jenazah disembahyangkan di masjid berkenaan sebelum diusung ke tanah perkuburan berkenaan untuk dikebumikan.

No comments: