Thursday, December 18, 2008

HEBAT !!! KARNIVAL PAS MARAN



19.12.2008 Chenor,PAS Kawasan Maran akan mengadakan satu Karnival pada 20.12.2008 hari sabtu sempena musim cuti sekolah.Menurut Pengarah Program En. Jaafar bin Mat Tam antara program yang jarang-jarang di laksanakan ialah perlumbaan bot laju yang akan disertai pasukan daripada Negeri Terengganu dan Pahang, sejumlah 30 bot dijangka akan berentap,disamping itu juga pertunjukan bot kawalan jauh yang akan disertai oleh pasukan Kuala Lumpur dan Pahang yang melibatkan 20 bot.Acara-acara lain seperti pertandingan gasing,Sepak Takraw,Bola sepak 9 sebelah, acara kanak-kanak dan wanita turut diadakan.

Naib Presiden PAS Pusat YBh. Mohamad bin Sabu akan merasmikan Karnival tersebut dan akan melepaskan pertandingan bot laju di Sungai Pahang bertempat di Pekan Chenor Lama.Pada sebelah malam pula beliau akan berceramah di tempat yang sama.

PAS Kawasan Maran Menjemput dan mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke Karnival tersebut bermula jam 8.00am - 12.00 mlm.Pihak urusetia turut menyediakan jamuan rakyat bagi pengunjung-pengunjung yang hadir.

No comments: