Wednesday, October 13, 2010

Kisah Kejam - Gadis Kena Potong Hidung

Tergamam membaca kisah seorang gadis remaja Afghanistan yang bernama Aisha 19,yang dipotong hidungnya oleh seorang yang bergelar suami.

Isu ini telah digarap dengan begitu halus oleh barat untuk memperlihatkan Islam itu ganas dan jahat dimata dunia.Lihat saja majalah TIME telah menyiarkan gadis tanpa hidung ini pada keluaran bulan ogos lalu.

Walaupun Usaha-usaha membantu gadis ini agar dapat kembali kepada kehidupan normal amat kita alu-alukan,tetapi agenda jahat barat tetap jelas kelihatan dalam isu ini.

Islam sekali lagi masuk ke kandang orang salah gara-gara penganutnya yang tidak berpegang dengan ajarannya.Tindakan seorang suami ini wajib dikutuk lebih-lebih lagi Islam terpaksa menanggung akibatnya.

Benarlah kata-kata Sayyidina Ali : Kenalilah muslim melalui Islam, jangan kenali Islam melalui muslim. Begitu juga kata pujangga : Keindahan Islam itu terlindung disebalik keburukan umat Islam sendiri yang tidak mengamalkan cara hidup Islam.

-Pelawat Bumi-

...............................................................................

LONDON: Seorang remaja Afghanistan yang cacat pada mukanya selepas dikelar oleh suami tersenyum lebar ketika menunjukkan hidung palsu barunya untuk kali pertama, semalam.


Aisha, 19, memeranjatkan masyarakat dunia apabila muncul kali pertama di muka depan majalah Time tanpa hidung, Ogos lalu.

Semalam, dia dengan berani muncul di depan khalayak ramai dengan memakai hidung palsu, sesuatu yang memberikan idea kepadanya mengenai bagaimana dia akan kelihatan selepas menjalani pembedahan.

Dia muncul depan kamera televisyen untuk menerima anugerah Enduring Heart di satu majlis untuk Yayasan Grosman Burn, sebuah pertubuhan yang berpusat di Los Angeles yang membiayai pembedahannya.

Aisha menerima anugerah itu daripada isteri Gabenor California, Maria Shriver.

Ketika berusia 12 tahun, bapa Aisha mengahwinkannya dengan seorang lelaki yang didakwa pejuang Taliban, kononnya sebagai membayar hutang.

Dia diserahkan kepada keluarga lelaki itu yang kemudian menderanya dan memaksanya tidur di kandang haiwan.

Apabila cuba melarikan diri, dia ditangkap dan hidung dan telinganya dipotong oleh suaminya sebagai hukuman.

“Apabila mereka memotong hidung dan telinga saya, saya pengsan. Pada tengah malam, saya terasa air sejuk mengalir dalam hidung saya.

“Saya langsung tidak dapat melihat kerana dilitupi darah,” katanya kepada wartawan CNN, Atia Abawi.

Dia dibiarkan di kawasan pergunungan tetapi berjaya merangkak hingga ke kediaman datuknya.

Bapanya berjaya menghantarnya ke pusat perubatan yang dikendalikan tentera Amerika Syarikat, tempat dia dirawat selama 10 minggu.

Mereka kemudian menghantarnya ke sebuah pusat perlindungan rahsia di Kabul dan dihantar ke Amerika Syarikat Ogos lalu. - Agensi

No comments: