Sunday, October 10, 2010
Sanggupkah kita duduk di bawah BN lagi....
Tiada siapa yang mahukan kekalahan didalam sesuatu pertarungan.apatah lagi pertarungan dalam pilihanraya yang akan mengakibatkan sengsaranya akan dirasai oleh semua orang dan lama masanya.
Sudah 53 tahun BN berkuasa di bumi Malaysia yang kaya dengan khazanah bijih timah,getah ,kelapa sawit,minyak termasuk minyak minyak lintah dan dhob..
Sudah berapa billon yang dibazirkan ,tiris di bagi-bagi sesama keroni..lihat saja bila mahathir berkuasa siapa antara mereka yang terkaya..bila Dollah berkuasa bukankah anaknya pula jadi kaya begitu juga bila najib naik, nama sape yang keluar sekarang ini...
Rakyat hidup penuh kesukaran dengan harga barang melambung,biasiswa dah takde,hospital dah kena bayar ,minyak naik tak turun2..tol lagi gila (pantang lalu ulur selalu)mujurlah harga komoditi seperti getah dan sawit agak tinggi sekarang ni,boleh orang dikampung ni jalan tegak sikit..tapi kalu harganya jatuh..tak tau apa nak dikata...
Masalah sosial lagi teruk ,rogol,ragut ,bunuh membunuh,membakar ,mengebom,jenayah,buang anak ,menyamun ,merompak menipu dan seribu satu macam kejahatan semua dah jadi sajian dalam media..tak larat dah nak baca ,dengar ,tonton...
Maaf BN rasanya kamu silap kali ni..RAkyat dah meluat kat kamu weh!!! tak caya tunggu PRU 13...
-----------------------------------------------------------------------------------
BN mahu kemenangan besar
Oleh NIZAM YATIM
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 10 Okt. – Barisan Nasional (BN) memerlukan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi membolehkan kerajaan meneruskan pelbagai program transformasi yang bertujuan menjadikan Malaysia negara kelas pertama pada abad ke-21.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat perlu menyokong program berkenaan kerana ia telah dirancang secara teliti dan mendalam sehingga ramai pemimpin dunia memuji Malaysia kerana mempunyai perancangan yang progresif dan futuristik.
‘‘Impian saya untuk Malaysia adalah untuk menjadikan ia sebagai negara bertaraf dunia pada abad ke-21 dan bukannya negara kelas kedua yang pencapaiannya tidak berapa baik.
‘‘Sebab itulah saya hendak sangat kemenangan. Ini bukan semata-mata untuk menang tapi kerana ia adalah satu-satunya cara bagi membolehkan kita mentransformasikan Malaysia menjadi antara negara terbaik di dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-57 yang dihadiri 1,764 perwakilan di Wisma MCA di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan para pemimpin parti komponen BN.
Ini merupakan kali pertama Najib merasmikan perhimpunan itu sejak beliau menjadi Perdana Menteri.
Beliau tidak menghadiri perhimpunan itu tahun lalu berikutan krisis dalaman parti berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Najib memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak termasuk kakitangan kerajaan yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman setelah siasatan menyeluruh selesai dilakukan.
Beliau berkata, siasatan itu perlu dibuat terlebih dahulu bagi menentukan kesahihannya berikutan terdapat sesetengah pihak yang cenderung menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk memperbesarkan isu perkauman.
Menurut Perdana Menteri, beliau juga bersetuju dengan pandangan yang menyatakan kaum Cina di Malaysia tidak seharusnya disifatkan sebagai kaum pendatang.
“Ya, kamu (kaum Cina) datang ke sini pada satu ketika dahulu, tetapi itu adalah tiga, empat atau lima generasi dahulu.
“Kaum Cina sekarang adalah warganegara Malaysia yang taat setia kepada negara dan ini adalah pendirian saya,” katanya.
Dalam pada itu, Najib berkata, beliau tidak dapat menerima sama sekali hujah beberapa pihak yang mendakwa gagasan 1Malaysia telah gagal berikutan masih ada individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Beliau berkata, semua pihak harus sedar bahawa beliau baru menjadi Perdana Menteri untuk tempoh setahun enam bulan sedangkan untuk mengubah sikap rakyat ia memerlukan masa yang lama.
‘‘Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengakui antara kegagalan beliau adalah untuk mengubah sikap rakyat walaupun setelah memegang jawatan ini selama 22 tahun. Oleh itu, semua pihak perlu realistik dan memberikan masa kepada saya,” ujarnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment