Sunday, May 24, 2009

KEMATIAN SATU TAZKIRAH PADA YANG HIDUP



Rasulullah ketika menziarahi kubur mengucapkan "Semoga kesejahteraan untuk kamu wahai penghuni rumah kaum mukmin dan Insya Allah kami pun akan menyusul kamu.Semoga Allah merahmati orang-orang terdahulu drp kami dan kamu serta orang-orang yang datang kamudian"







Bacaan Doa da Talqin

25.5.2009 Malam tadi Ust Man J5 menghantar sms menyatakan adik cikgu Nasir Jengka 7 meninggal.Pagi ini bersama dengan Shamsuri dan Sharif Amal kami ke Jengka 7 yang jaraknya kurang lebih 35 KM Kg. Awah.Taziah buat keluarga cikgu Nasir.

Selalunya kita merasakan lambat lagi mati mungkin umur kita masih muda atau terlalu seronok dengan kehidupan dunia.Sekurang2nya dengan ziarah ini dapat juga kita beringat bahawa mati tidak kira tua ataupun muda..ia ada didepan kita sentiasa menanti tak tahu bila..apa yang penting persiapan untuk menghadapinya.


Sentiasalah kita mengingati firman Allah "Bermegah-megahan telah melalaikan kamu ,sampai kamu masuk ke dalam kubur" (At-takasur 1-2)

No comments: