Monday, May 25, 2009

Polis arah mogok lapar dilangsung dalam Wisma DAP

IPOH: Polis mengarahkan majlis perasmian mogok lapar anjuran Pakatan Rakyat dilangsungkan dalam Wisma DAP, bukan di luar kawasan itu.

Arahan diberikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Deputi Superintenden Glenn Anthony, selepas polis menahan lima pekerja syarikat penganjuran majlis terbabit.

Sementara itu, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, yang akan merasmikan majlis itu, meminta penyokong parti bertenang ketika petugas Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berusaha membuka kanopi yang dipasang di luar bangunan itu.

Wisma DAP itu terletak kira-kira 30 meter dari Wisma Perak Darul Ridzuan.

COPY DRP BHARIAN

No comments: