Sunday, May 31, 2009

GOLONGAN AKTIVIS JANGAN DILUPAKAN


Pak anjang atau nama sebenarnya Md Seh bin Mat Ali.Namanya memang tidak dikenali diluar UPU Bukit Segumpal apatah lagi sepopular tokoh -tokoh politik masakini.

Lahir sekitar tahun 1931,usianya telah mencecah 78 tahun,menyertai PAS sekitar tahun 1950 dan alhamdulilah istiqamah hingga sekarang.

Apa yang menarik yang ingin dikongsi bersama ialah tentang pengorbanan beliau kepada perjuangan PAS.Mungkin dia diantara ribuan aktivis PAS diseluruh Negara yang sanggup berkorban dan menyumbang sejak sekian lama kepada PAS,tujuannya tidak lain hanya hendak melihat Islam dapat ditegakkan dibumi Malaysia.

Benar seperti yang diucapkan oleh Salahuddin Ayub ketika Program Sambutan Jubli Perak Dewan Ulama PAS,agar tidak melupakan pengorbanan golongan dianggap sebagai aktivis Parti yang berjuang ikhlas kerana Allah bukan kerana pangkat atau lainnya.

Bila sebut sahaja nama Pak anjang Md seh semua orang di UPU Bukit Segumpal tahu tentang beliau yang begitu komited dengan program parti dan begitu pemurah untuk menyumbang.Sebut saja apa program yang memerlukan wang ringgit beliau tidak pernah sekali pun tertinggal daripada menyumbang.

Pendek kata sebut saja apa nama program Lot Wakaf RM 500.00,Tabung bangunan RM 500.00,Tabung Pilihanraya Kecil,Dana Bangunan,Tabung Makmur dan terbaru Bulan Infak PAS Pahang beliau menyumbang RM 2000.00.Itu tidak termasuk program yang dulu era aku belum lahir lagi dan program yang kecil-kecil masa kini..

Kalau melihat kepada kehidupan beliau bukanlah seorang yang kaya,hanya berkerja kampung,beliau membuat gula kabung,untuk mendapat nira kabung bukan senang terpaksa panjat pokok kabung yang tinggi,malah beliau pernah terjatuh daripada pokok kabung ketika mengabil nisan kabung.

Kalau sekadar hendak makan tidak perlu beliau bersusah payah memanjat pokok kabung,kerana anak-anak semua sudah bekerja lagi pun beliau juga mempunyai kebun getah.Beliau bersusah payah memanjat kabung dalam usia emas hanya hendak memastikan beliau dapat menyumbang kepada Islam.

Begitulah kehidupan seorang aktivis Parti dicawangan yang sentiasa berusaha mengumpul wang demi untuk melihat Islam dapat ditegakkan dibumi bertuah ini.Pada mereka siapa pun memimpin tidak pernah ditanya yang penting mereka memperjuangkan Islam..

No comments: