Thursday, May 28, 2009

100,000 Kakitangan Kerajaan KETAKUTAN

Melalui Slogan Malaysia cermelang gemilang terbilang mengambarkan betapa indahnya hidup di bumi bertuah Malaysia.Ditambah pula oleh Slogan 1 Malaysia mengambarkan banyaknya khazanah, kekayaan,kemudahan yang hendak dibahagi sama rata sama rasa agaknya.

Tidak pernah terfikir oleh akal bahawa hakikat sebenar penghuninya adalah sebaliknya.inilah yang terjadi kepada rakyat Malaysia ramai yang hidupnya dalam kesusahan,kemiskinan.Kenaikan kos sara hidup disamping bermacam-macam bayaran yang perlu dijelaskan...

Pinjaman ALONG mungkin bukan pilihan mereka tapi bila keadaan memaksa,apa boleh buat..mudah dan cepat dapat..

Pendedahan Cuepacs oleh Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin,kira-kira 100,000 kakitangan awam hidup dalam ketakutan selepas diburu kumpulan along kerana gagal melunaskan pinjaman mereka. berkata jumlah itu (kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan kakitangan awam) amat membimbangkan kerana ia boleh menjejaskan produktiviti dan perkhidmatan.

"Akibatnya pekerja terbabit diganggu along hampir setiap hari termasuk ada yang menunggu di pintu masuk pejabat.

"Ada pekerja yang ponteng dan sanggup dikenakan tindakan disiplin semata-mata hendak mengelak diganggu along di tempat kerja," katanya dihubungi, semalam.

Kalau dibiar berlarutan keadaan akan menjadi lebih parah..

Islam adalah jalan penyelesaian kepada semua masalah manusia di bumi.Sudah sampai masanya kita menyokong PAS yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya..



100,000 peminjam ketakutan

KUALA LUMPUR: Cuepacs mendedahkan kira-kira 100,000 kakitangan awam hidup dalam ketakutan selepas diburu kumpulan along kerana gagal melunaskan pinjaman mereka.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata jumlah itu (kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan kakitangan awam) amat membimbangkan kerana ia boleh menjejaskan produktiviti dan perkhidmatan.

Katanya, hasil kajian pihaknya mendapati kakitangan awam terbabit mula mendapatkan pinjaman along sejak tiga tahun lalu dan sehingga kini majoriti daripada mereka masih tidak mampu melunaskan pinjaman terbabit.

"Akibatnya pekerja terbabit diganggu along hampir setiap hari termasuk ada yang menunggu di pintu masuk pejabat.

"Ada pekerja yang ponteng dan sanggup dikenakan tindakan disiplin semata-mata hendak mengelak diganggu along di tempat kerja," katanya dihubungi, semalam.

Ahmad Shah berkata, kebanyakan kakitangan awam meminjam wang daripada along adalah pekerja kumpulan profesional dan ke bawah.

1 comment:

anonymous said...

Berita Tergempar - sila klick disiniklick