Wednesday, May 27, 2009

RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN PADA MAHKAMAH?



SUBANG JAYA: Mereka hanya diberi sebuku roti untuk sajian selama seminggu manakala air diteguk daripada air paip tandas ketika dikurung dalam lokap buatan sendiri antara 17 hari hingga dua bulan akibat gagal melunaskan hutang along.

Dengan bilik sebesar tiga meter persegi, kaki, tangan dan leher ketiga-tiga mangsa along itu turut dirantai bagaikan binatang.

Begitulah nasib tiga lelaki terbabit yang terpaksa menjalani hukuman dalam lokap buatan sendiri yang dibina di tingkat bawah sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan PBS 14/2, Perindustrian Bukit Serdang di sini, selepas gagal melunaskan pinjaman berkenaan.

Malah, ketika ditahan dalam lokap umpama Penjara Guantanamo di Cuba itu, semua ‘banduan’ terbabit diseksa dengan kaki, tangan dan leher dirantai pada sebatang tiang dalam dua lokap berkeluasan tiga meter persegi setiap satu.

APAKAH RAKYAT SUDAH HILANG KEPERCAYAAN KEPADA SISTEM KEHAKIMAN DIMALAYSIA,SEHINGGA SANGGUP MEMBUAT HUKUMAN DAN PENJARA SENDIRI.KALAU INI BERLAKU KITA CUKUP TAKUT KERANA KESELAMATAN DAN KEADILAN RAKYAT TIDAK ADA JAMINAN LAGI.

PULIHKAN SISTEM KEHAKIMAN KITA SEBELUM IA SEMAKIN PARAH..

No comments: