Friday, May 29, 2009

JAHILIYAH MODEN

Islam sejak daripada awal lagi telah meletakkan hukuman hudud bagi kesalahan zina.Ini bertujuan untuk menjaga asal usul keturunan dan kebaikan kehidupan manusia itu sendiri.Apabila peraturan ini ditolak maka berleluasalah kefasadan,kezaliman dan kemusnahan kepada kehidupan manusia itu sendiri.

Ibarat sebuah kereta yang perlu kepada minyak petrol untuk mengerakkannya,tapi oleh kerana tuannya degil,dia hendak isi air bagi mengantikan petrol,maka sudah tentu kereta tersebut akan rosak binasa dan tidak mampu untuk bergerak.

Allah yang mencipta alam ini,Dialah yang Maha mengetahui tentang ciptaannya..

-Pelawat Bumi-

Pelajar perempuan mengaku buang bayi

KUANTAN:Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah agama ditahan selepas mengaku membuang bayi lelaki yang mayatnya ditemui di perkarangan sebuah rumah di Balok Makmur semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata pelajar berusia 16 tahun terbabit telah dibawa oleh ibunya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada 11 pagi tadi.

"Pelajar terbabit mengaku perbuatannya itu dan kini ditahan di bawah seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Dia telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk menjalani rawatan susulan selepas melahirkan anak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pelajar perempuan itu membuat laporan polis bahawa dia
dirogol seorang kenalannya sehingga melahirkan bayi yang dibuangnya itu.

"Polis sedang menyiasat laporan pelajar itu," katanya.-Bernama

No comments: