Saturday, May 23, 2009

RAPATKAN SAFF PERJUANGAN



23.5.09 ana bersama sahabat cikgu nan dan hj.mohd Nor luit mewakili PAS Maran menghadiri sambutan jubli Perak Dewan Ulama PAS di Taman Melewar.

Program sehari suntuk itu berhasil dilaksanakan setelah beberapa kali tertunda.Pesanan daripada Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang supaya semua ahli merapatkan saff perjuangan jangan ada ruang kosong kerana dibimbangi dimasuki syaitan.Seumpama dalam mengerjakan solat seperti yang dipesan oleh Rasulullah supaya merapatkan saff.

Tiada golongan yang dipinggirkan dan masing-masing berperanan untuk menegakkan Islam
PAS menerima semua golongan untuk memasukinya termasuk orang samseng yang akan ditarbiah bagi mempertahankan Islam dikala ulama dan profesional tidak mampu menghadapinya katanya.

No comments: