Tuesday, May 26, 2009

ADUN BN LUIT NAK BELA RAKYAT?

Betul ke Dato Munawar ADUN BN Luit nak bela orang miskin? Sinar Harian melaporkan Dato Munawar Abd Jalil sebagai berkata::

“Pelbagai bantuan yang disalurkan kepada rakyat membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan mana-mana golongan sebaliknya sentiasa membantu mereka keluar daripada garis kemiskinan,” katanya pada majlis penyerahan kunci rumah kepada empat penerima PBR serta bantuan nelayan sungai di Kampung Baru Sungai Chedung, di sini.

Ahmad Munawar berkata, penduduk luar bandar perlu berusaha keras memajukan diri dan keluarga dalam bidang ekonomi tanpa terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata.

Menurutnya, penduduk luar bandar yang mempunyai tanah sendiri jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh akan menghasilkan pulangan lumayan.

“Banyak kejayaan telah dibuktikan oleh penduduk luar bandar apabila mereka berusaha memajukan tanah terbiar dengan pelbagai projek pertanian dan ternakan,” katanya.

Dato tak tau ke yang pejabat tanah daerah & Galian maran pergi tebang pokok kelapa sawit, getah dan dusun orang kampung di ulu luit selepas PRU 12.Tanggal 13,14,15 April 2008 masih segar dalam ingatan rakyat luit.

Tak cukup dengan tebang ,bubuh racun supaya pokok mati pun ada.alasannya mudah kerana penduduk kampung ini meneroka tanah kerajaan.Jadi kita nak tanya tanah haram Song Lee 'tokeh panjang' yang terletak dipermulaan masuk itu mengapa lansung tidak kamu usik!! takut ke atau sudah kena bayar @ dapat tiket pergi Medan.

Tanah-tanah kerajaan di Sri Jaya berjumlah beratus ekar yang diteroka secara haram kamu tak halang tidak ada tindakan daripada Pejabat Tanah pun.Saya berkesempatan meninjau tanah tersebut yang boleh saya gambarkan saujana mata memandang begitu luas,penat naik jep.kebun sawit ,kebun sayur,tanaman limau dll termasuk kandang babi(Dato tak takut Selsema babi ke)Semua ini tidak diusik.Jangan kata nak tebang dan diracun..

Janganlah kata nak bela orang miskin...

1 comment:

abgBro said...

itu lah tradisi membela dan menolong melayu...tolong musnahkn pokok!!