Friday, May 22, 2009

HUKUM JUALBELI TANPA AQAD



Kuliah Ust HairulAzam jumaat malam sabtu di masjid At-Taqwa Kg. Awah baru saja selesai,apa yang menarik untuk dikongsi bersama tentang topik yang dibincangkan iaitu keharusan meninggalkan aqad jualbeli:

Menurut mazhab Shafie aqad jualbeli adalah diwajibkan,oleh itu jualbeli Muaatah(beri memberi)tidak dibenarkan

-Namun Menurut Imam Nawawi (salah seorang ulama masyhur dalam mazhab Shafie)berpendapat bahawa jualbeli muaatah (beri memberi)adalah sah kerana:

1. Tidak terdapat riwayat bahawa Rasulullah dan para sahabat berlafaz semasa amalan jualbeli

2. Amalan ini lebih memberi kemudahan kepada manusia khususnya bagi jualbeli barang-barang yang kecil dan remeh.

3. Bersesuaian dengan suasana hari ini dengan kewujudan mesin-mesin automatik.

*oleh itu,lafaz bukan perkara yang diwajibkan kerana apa yang penting ialah berlaku penyerahan dengan penuh kerelaan.

No comments: