Tuesday, June 30, 2009
Kisah 'Swine Flu' dan penternakan khinzir
H Fansuri
Wed | Jun 24, 09 | 5:21:27 am MYT
Mutakhir ini, virus H1N1 menyerang. Selepas selesema burung menyerang kita, kini negara diserang selesema babi. Barat memanggilnya 'swine flu', bukan 'pig flu'.
Sebelum ini, kita pernah dengar virus J.E. Baik 'swine flu' dan J.E, kedua-dua virus ini bermuara dari asal-usul keturunan dan susur-galur silsilah yang sama; babi.
Bahasa yang lebih lunak ialah khinzir. Ada riwayat menyebutkan bahawa ketika bahtera Nabi Nuh telah penuh dengan kekotoron najis yang dilemparkan musuh-musuhnya, ketika itu muncul haiwan babi yang dikatakan, kononnya telah memakan segala timbunan najis-najis itu.
Pada suatu hari, seorang lelaki yang diserang sejenis penyakit kulit jatuh ke atas bahtera Nuh. Dengan tidak semena-mena, penyakit kulitnya sembuh. Berita itu tersebar pantas, sehingga ramai kalangan mereka yang diserang penyakit yang sama telah datang melumur najis dari bahtera itu ke atas tubuh badan mereka.
Dipendekkan cerita, akhirnya, lama-kelamaan, hilang lenyaplah segala bau dan najis itu kerana mereka mencuci sehingga bersih bahtera itu semata-mata kerana inginkan saki-baki 'air penawar' yang masih terpalit di atas bahtera tersebut. Wallahu'alam..
Kalau riwayat ini benar, maka sejarah permulaan kemunculan makhluk Allah ini mungkin bermula sejak zaman Nabi Nuh a.s lagi. Sejak Nabi Adam, kita hanya mengenali kambing, lembu sebagai haiwan ternakan. Kita tidak pernah tersua dengan kisah kaum-kaum Aad, Tsamud, masyarakat Iram di padang pasir yang menternak babi. Mereka hanya menternak unta, kambing di gurun sahara.
Dalam al-Qur'an, surah al-Baqarah yang mendapat namanya ekoran kisah seekor lembu sapi betina Bani Israel yang digunakan dalam kes pembunuhan. Dan, Nabi Musa ketika itu menjadi hakimnya.
Maka, babi sebagai haiwan ternakan sangat asing dalam kisah-kisah al-Quran dan malah tamadun-tamadun, kaum-kaum yang sangat ingkar kepada Tuhan pun, barangkali tidak menternak haiwan ini.
Sejak bila dikomersialkan penternakan babi?
Tidak diketahui sejak bilakah babi dijadikan haiwan ternakan? Dan, tamadun mana pula yang menjadikan khinzir sebagai haiwan ternakan, lalu menjadikan daging haiwan itu sebagai produk dagangan antarabangsa.
Zaman berlalu menyaksikan peradaban demi peradaban runtuh, digantikan dengan negara bangsa. Daging khinzir mula dijadikan hidangan, dan makanan-makanan bernilai komersial. Di Malaysia hari ini, babi juga menjadi haiwan ternakan warganegara kita.
Dengan tidak semena-mena, penyakit yang bermuara daripada babi ini mengancam kemanusiaan sejagat. Bagaikan air yang mengalir deras, penyakit yang bermuara dari Mexico ini telah mengalir cepat, meluncur laju ke lembah Amerika Syarikat dan gelombang tsunami penyakit itu, kocakannya membadai ke Malaysia pula.
Mengancam alam sekitar dan maruah
Namun, setakat ini, tiada lagi kita mendengar penyakit 'swine flu' itu berasal daripada babi di Malaysia. Yang kita dengar J.E atau Virus Nipah sahaja. Itu jelas. Selain itu, Karam Singh Walia kerap melaporkan isu-isu pencemaran air sungai yang terkait dengan penternakan babi di Malaysia.
Ringkasnya, Virus Nipah oleh khinzir di Malaysia tidak melebarkan empayar serangannya ke serata dunia. Tapi, 'swine flu' ini berawal dari Mexico, USA dan kini hinggap ke negara kita. Itu bezanya. Penyakit boleh datang dari pelbagai arah. Tapi, babi itulah punca asal kepada masalah merebaknya penyakit ini.
Selain pencemaran air sungai, babi menjadi simbol pergaduhan dan penghinaan ke atas pihak-pihak tertentu. Misalnya, telah wujud kes menggantung kepala babi di atas pagar seorang pemimpin parti politik. Dalam surau di sebuah kampus di Lembah Klang, kepala babi dibalut lalu diletakkan di atas bendera sebuah parti pembangkang.
Maka, sekurang-kurangnya, ancaman babi ke atas kemanusiaan dalam konteks Malaysia, ada dua - iaitu, pertamanya penternakan babi merosakkan alam sekitar melalui pencemaran sumber takungan dan tadahan air seperti tasik dan sungai-sungai. Kedua, babi disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, guna menjatuhkan maruah orang dan sesebuah organisasi parti.
Antara rumusan dan kesimpulan awal yang kita boleh susun di sini ialah - penternakan babi mengundang parah yang lebih banyak dan musibahnya berbanding keuntungan. Yang rugi adalah alam sekitar dan maruah manusia (termasuk parti). Yang untung adalah sebilangan kaum pemodal, kapitalis bukan Melayu, bukan Islam.
Jika salah tafsiran, orang akan menganggap isu ini sensitif kerana melanggar tebing sensitiviti ras dan agama tertentu. Tapi, ketepikan dulu soal agama, soal perkauman. Kita menulis untuk membicarakan soal pemeliharaan alam sekitar, maruah dan nyawa manusia.
Apatah lagi dengan kehadiran virus H1N1 dan 'swine flu' hari ini, termasuk Virus Nipah, pencemaran sungai, maka penternakan babi mesti dijadikan perbahasan utama dalam Parlimen termasuklah di warung-warung kopi di celah-celah pelusuk kampung.
Sebenarnya, masalah selesema babi ini juga menggugat industri pelancongan negara. Bagaimanakah kita mahu mengukur kelembapan industri pelancongan ini? Perkara yang paling mudah dikesan ialah berkurangannya para pelancong yang berlibur di dalam negara kita.
Kejatuhan ekonomi dunia tidak ganggu industri pelancongan
Kesan ekonomi global sebenarnya tidak menghalang para pelancong daripada terus berpusu-pusu masuk, membanjiri negara. Tapi, dengan keadaan wabak kerisauan yang menular ke dalam jantung hati manusia berikutan selesema babi ini, para pelancong semakin berawas jika mahu berlibur ke mana-mana.
Menurut laporan, tempahan menginap di hotel telah mengalami penurunan penempahan sebanyak 10 peratus. Malah, penularan wabak ini turut menghempap kepada sektor makanan dan pengangkutan.
Kalau mahu dihimpunkan keburukan selesema babi ini cukup banyak. Sedangkan kita cuma membangkitkan satu persoalan saja, iaitu benarkah pada akhir riwayat dunia akhir zaman ini, babi-babi akan dibunuh seperti yang terangkum dalam sabda junjungan besar kita itu?
Mungkinkah sekarang, dengan tibanya H1N1 yang telah merebak ke seluruh dunia, menyebabkan sudah tiba masanya untuk membuat keputusan menutup dan menghapuskan segala ladang penternakan babi di seluruh dunia atas nama keselamatan awam?
Najis dan sisa kumbahan babi yang dibuang ke dalam sungai boleh merosakkan sumber air, membawa pencemaran alam sekitar. Hal sama keadaannya dengan H1N1 ini yang mengalir dalam pembuluh darah kita. Air sungai dalam sesebuah negara bagaikan darah yang mengalir dalam tubuh; mengalirkan kekotoran untuk kesihatan tubuh.
Bayangkan jika darah dicemari H1N1 seperti mana air sungai dicemari najis kumbahan babi. Sihatkah tubuh, bersihkah negara?
Haiwan tidak dibunuh kerana mereka berdosa atau tidak. Tiada konsep dosa pahala dalam kehidupan haiwan. Setiap haiwan diburu, diternak sebagai makanan manusia. Itu sunnatullah, fitrah. Itu lumrah alam dan menjadi amalan dalam kehidupan manusia.
Tapi, apabila khinzir mula membawa masalah. Setiap 'hembusan' nafasnya dengan tak semena-mena mendatangkan jangkitan selesema untuk manusia, maka kehadiran haiwan itu perlulah diambil tindakan serius demi menyelamatkan manusia dan kemanusiaan.
Diriwayatkan dalam hadis akhir zaman bahawa akan ada watak akhir zaman yang akan membunuh haiwan. Maka membunuh babi bukanlah kesalahan walaupun sesebuah negara Islam seperti Malaysia telah meletakkan penternakan babi ini sebagai salah satu perusahaan yang mengukuhkan sendi ekonominya sendiri.
Perlu keputusan segera
Maka, negara kita dalam tempoh terdekat mesti merumuskan suatu sikap yang penting ke atas penternakan babi tanpa memperhitung kepentingan politik dan maslahat ekonomi kapitalis yang terlibat dengan perternakan babi di negara kita.
Membunuh khinzir bukanlah bererti ia dilakukan di atas dorongan kebencian ke atas pihak tertentu, sebaliknya ia dibuat untuk mengatasi masalah pencemaran air, udara, tanah dan alam sekitar seluruhnya. Apatah lagi mutakhir ini, babi dengan selesemanya berpotensi besar mengancam manusia dan kemanusiaan.
Mungkin kita tak perlu menunggu insan yang dijanjikan itu tiba terlebih dahulu untuk turun melenyapkan haiwan berkenaan. Kita boleh membentuk suatu suruhanjaya yang mengkaji ancaman selesema babi ke atas masyarakat kita sendri.
Sebenarnya, kita tak perlu bertanya-bilakah insan yang dimaksudkan akan turun melenyapkan haiwan berkenaan pada akhir zaman? Menurut lojik akal, insan tersebut bersendirian ketika membunuh babi-babi itu.
Pemimpin itu tentulah tiba secara berkumpulan. Watak-watak jernih akhir zaman sebagai yang dijanjikan ini mungkin hadir dalam bentuk organisasi tersusun seperti kekuasaan, kerajaan, negara atau pertubuhan NGO. Tapi, apa persediaan kita untuk menyambut watak-watak jernih akhir zaman yang bakal melenyapkan haiwan-haiwan tersebut?
Tentulah mereka terpaksa bertembung dengan kilang-kilang pemprosesan daging khinzir yang dimiliki kapitalis, penguasa negara tertentu. Ladang ternakan babi pula tentunya dilindungi oleh kekuasaan besar dan meluas pula. Jadi, sekali lagi, mustahillah watak akhir zaman yang dijanjikan itu akan berjuang bersendirian.
Pemimpin Islam dan negara Islam yang 'berjuang' mempertahan ladang ternakan babi perlu memikirkan semula, sama ada mereka itu benar-benar Islam mengikut acuan Nabi Muhammad s.a.w atau tidak?
Kalau orang bukan Islam yang mempertahan kilang pemprosesan dan ladang ternakan babi, hal itu tidak perlu dibahas lagi. Kita sudah sedia maklum akan hal tersebut.
Jika kita boleh membentuk rangkaian kerjasama untuk membasmi ladang-ladang khinzir yang bermasalah dalam negara, maka mungkin tiba masanya kelak, negara kita akan termasuk dalam rangkaian perjuangan watak-watak jernih akhir zaman yang bergabung untuk melenyapkan ladang khinzir sekali gus membunuh dajjal.
12:18 a.m, 3 Jun
Sekolah Pemikiran Kg Baru
Segala pandangan dan maklumbalas, boleh dimajukan lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya _
Monday, June 29, 2009
229 tahanan, termasuk Malaysia di Guantanamo: Pentagon
WASHINGTON: Ketika ini 229 tahanan membabitkan lebih 20 negara masih menghuni pusat tahanan Guantanamo, menurut angka terbaru yang dikeluarkan Pentagon, semalam.
Daripada jumlah itu, tahanan terbesar kira-kira 100 lelaki adalah dari Yamen.
Tahanan membabitkan warga negara paling dikenali ialah dari Afghanistan dan Algeria yang masing-masing mempunyai 20 tahanan.
Sementara itu, Pentagon mengesahkan 10 tahanan Arab Saudi dan 13 muslim dari etnik Uighurs, China sudah dikeluarkan dari pusat tahanan di pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di selatan Cuba itu.
Negara lain yang mempunyai tahanan di Guantanamo ialah antara lima dan 10 orang membabitkan warga Libya, Pakistan, Syria dan Tunisia.
Selain itu warga Azerbaijan, Kanada, Mesir, Indonesia, Iraq, Kenya, Kuwait, Malaysia, Mauritania, Morocco, Palestin, Tajikistan, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Uzbekistan.
Sejak Presiden Barack Obama mentadbir Amerika Syarikat pada 20 Januari lalu, seorang tahanan Yamen dilaporkan membunuh diri, seorang warga Tanzania dipindahkan ke Amerika Syarikat untuk perbicaraan dan seorang penduduk tetap British berasal dari Ethiopia dipindahkan ke penjara Britain, manakala empat warga China etnik Uighurs dihantar ke penjara Bermuda. - AFP
Menggempur Umno di Manek Urai
Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakahdaily.net.my
Mon | Jun 29, 09 | 10:17:11 am MYT
Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Manek Urai, Kuala Krai bermula 6 Julai ini harus dijadikan titik mula untuk membenam Umno-Barisan Nasional dipersada politik negara.
Dengan sokongan dan dokongan semua pihak, dari kalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama, terutamanya daripada rakan-rakan Pakatan Rakyat, PAS seharusnya berada dalam kedudukan yang selesa berbanding Umno-BN.
PAS memperolehi keselesaan, apabila sudah tiada lagi isu-isu dalaman mahu pun luaran yang boleh dipergunakan Umno-BN untuk menyerang atau memecahbelahkan PAS, khususnya dalam isu yang berkaitan dengan Kerajaan Perpaduan.
Kepimpinan dan anggota Pakatan Rakyat, khususnya Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim juga sudah memberi akujanji untuk turun habis-habisan membantu kemenangan calon PAS.
Kesepaduan saf kepimpinan PAS sudah mulai terjalin. Tiada lagi kedengaran suara-suara teguran terhadap kepimpinan, lantaran kebijaksanaan Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden merungkaikan isu Kerajaan Perpaduan.
Di kalangan rakan-rakan Pakatan Rakyat juga, sudah tiada lagi pandangan negatif terhadap PAS dan mula memahami sedikit sebanyak fungsi dan peranan PAS sebagai parti tonggak orang-orang Melayu yang bertunjangkan Islam.
Dalam konteks Manek Urai, sebuah kawasan majoriti Melayu-Islam. Sudah tentu isu-isu berkaitan agama, bangsa, pembangunan dan keadilan sosial bakal mendominasi kempen.
PAS dalam isu-isu berkaitan agama, jauh lebih terkehadapan daripada Umno.
PAS juga dalam isu-isu berkaitan kepentingan bangsa Melayu, juga lebih diyakini dan semakin mendapat kepercayaan rakyat, khususnya dalam memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan pembahagian ekonomi orang-orang Melayu.
PAS beruntung kerana keperibadian dan kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan, begitu disanjungi dan dihormati rakyat dari tahun 1990, kekal sehingga kini.
Namun, petugas-petugas PAS tidak seharusnya terlalu yakin dengan kelebihan yang ada. Mereka harus bekerja lebih keras untuk mempertahankan kemenangan PAS di Dun Manek Urai.
Mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar daripada merebut kerusi yang dikuasai parti lawan.
PAS tidak seharusnya memandang ringan keupayaan Umno-BN. Sebagai sebuah parti yang mendominasi Kerajaan Pusat sekian lama, sudah tentu Umno-BN begitu mahir dan licik mengeksploitasi peluang.
Sejak sekian lama, sama ada Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil, Umno-BN sentiasa mengambl peluang untuk mengeksploitasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menyebarkan propaganda menerusi media arus perdana untuk menyerang PAS dan Pakatan Rakyat dan mempergunakan jentera kerajaan termasuk polis untuk kempen BN.
Semua institusi ini dipergunakan untuk mencemar dan memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat yang dilabel sebagai pembangkang.
Setakat ini, alhamdulillah, walaupun kita sering bertembung 'di padang yang tidak sama rata', namun Pakatan Rakyat berjaya memenangi hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Kecil.
PAS dan Pakatan Rakyat tidak harus berdiam diri, harus dituntut supaya Pilihan Raya Kecil ini dianjurkan secara adil, telus dan saksama.
PAS juga harus membuktikan bahawa ianya merupakan sebuah parti yang benar-benar bersedia untuk menggantikan Umno-BN.
Semua ahli, penyokong PAS serta Pakatan Rakyat harus mengambil peluang untuk menyanggah doktrin Umno-BN di Manek Urai, bekerja keras untuk memenangkan calon PAS, sekaligus memperkukuhkan pengaruh PAS di Kelantan Darul Naim._

Saturday, June 27, 2009
Kenapa Umno tolak Islam' - Nik Aziz ajak Najib berdebat
Muhammad Yusri Amin
Sat | Jun 27, 09 | 4:37:19 pm MYT
KOTA BHARU, 27 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bertekad untuk berdepan secara terbuka dengan Presiden Umno, DatO' Seri Najib Razak dalam masa terdekat menerusi 'mujadalah' (debat).
Beliau berkata, untuk tujuan itu draf surat rasmi telah pun disiapkan dan akan dikirimkan dengan kadar segera kepada Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia itu.
"Hari ini saya nak beritahu bahawa saya sudah siapkan draf surat khusus untuk Presiden Umno.
"Saya nak minta Presiden Umno berdepan dengan saya bulat-bulat, secara terbuka, tidak secara sulit kerana perkara ini telah terbuka secara umum sejak 1951, tak habis-habis.
"Saya mahu penjelasan kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS sedangkan PAS ini guna Islam (dalam dasar parti, perjuangan dan pemerintahannya).
"Saya nak tahu, tak kena di mana (ajaran) Islam menyebabkan Umno menolak Islam, sebaliknya guna (mengambil sistem) sekular dan kebangsaan," jelasnya pada sidang media selepas mengimamkan Solat Dhuha sempena Sambutan Bulan Sembahyang Peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Masjid Al-Baraah, Pasar Besar Siti Khadijah di sini pagi tadi.
"Saya berhasrat benar-benar ingin tahu kenapa Umno yang sudah Islam 500 tahun, Melayu pun sudah Islam 500 tahun, menolak Islam, sedangkan Islam menyebut, 'rahmatan lil-'aalamin', rahmat bagi seluruh dunia, bukan laknatan,"katanya.
Tambahnya,Islam kini dianggap semacam satu 'laknat', (dan membawa kepada) pecah belah, dan (sekiranya) melaksanakan Islam itu tidak maju dan membawa kemunduran.
Image"Tuduhan seperti itu tidak akan selesai melalui suratkhabar, bahkan mesti berdepan dengan saya sebagai seorang pemimpin Islam di sini, dan dengan Presiden Umno sebagai pemimpin sekular, (secara) berdepan-depan.
"Ini (program dilakukan seperti ini) cara Nabi-nabi di mana Nabi Ibrahim berdepan dengan Namrud, Nabi Musa berdepan dengan Firaun dan Nabi Muhammad berdepan dengan Abu Jahal.
"Mengenai cara demokrasi, Amerika pun telah mengadakan debat terbuka di kalangan calon-calon Presidennya termasuk (yang dihadapi) Obama sendiri berdepan dengan calon Presiden Amerika dari parti lawannya, dan cara itu kini digunakan negara jiran, Indonesia.
"Pengamal demokrasi melakukan demikian oleh kerana negara ini disebut bukan (mengamalkan cara) Komunis.
"Cara mujadalah ini bukan pandai-pandai saya. Ini kerja Nabi, (oleh kerana perkara ini) ada Hadisnya dan ada Sirahnya.
"Oleh itu tidak ada sebab tidak mahu bermujadalah dalam satu saja isu iaitu 'Kerana Apa Umno Menolak Islam'.
"Saya nak tahu itu saja. Biar rakyat pun faham, biar masyarakat jelas oleh kerana (ketika berada) di akhirat kelak, tak selesai dengan mahkamah (dunia).
"Takkanlah dalam kubur nanti, saya nak kata; 'Ini keputusan Mahkamah Malaysia'.
"Apabila masuk kubur, (berdepan dengan) kerajaan lain, kerajaan Tuhan betul-betul. Tidak ada langsung sama ada Kerajaan Kelantan atau Kerajaan Kuala Lumpur, bahkan yang ada Kerajaan Allah SWT dan pada masa itu tidak laku keputusan yang dibuat dan bercanggah dengan Islam," tegasnya. - mks._

Friday, June 26, 2009
Kematian Jacko gemparkan peminat
VIDEO yang dirakam stesen televisyen KNBC4 menunjukkan mayat Michael Jackson dibawa turun dari helikopter untuk dihantar ke rumah mayat di County Los Angeles untuk bedah siasat, semalam.
Berita mengejutkan turut lonjak jualan album
LOS ANGELES: Peminat Michael Jackson di seluruh dunia menerima berita kematiannya dengan penuh kesedihan, namun ramai yang enggan percaya ikon pop itu meninggal dunia secara mengejut awal pagi semalam.
Kematian Jackson di California mendorong badan penyiaran dari Sydney ke Seoul - yang menerima berita itu awal semalam - mengganggu program pagi, bagi mengumumkan berita yang tidak disangka itu.
Di Malaysia, berita berkenaan mula ke udara menerusi radio dan televisyen sejak awal pagi dan deejay radio memainkan lagunya sehari suntuk dan menerima panggilan pendengar yang merakamkan perasaan sedih mereka di atas pemergian 'Raja Pop' dunia itu yang mula menceburi bidang nyanyian dengan menyertai kumpulan adik-beradik, Jackson 5.
Selepas berita kematiannya mula diketahui di seluruh dunia, albumnya mencatatkan jualan yang meningkat begitu tinggi dan menduduki 15 tangga teratas bagi album paling laris dalam tempoh beberapa jam di pasaran Amazon.com Inc.
Album Thriller adalah album paling besar dalam kariernya dan mencatat jualan 50 juta keping cakera padat di seluruh dunia. Sony Music yang menerbitkan semua albumnya, berkata Michael Jackson menjual kira-kira 750 juta rekod di seluruh dunia dan mengeluarkan 13 album solo nombor satu.
PEMINAT Michael Jackson bersedih di luar Pusat Rawatan UCLA sebaik menerima berita kematian 'Raja Pop' itu , semalam.
Pengerusi dan Presiden Sony Music, Sir Howard Stringer, berkata "gayanya mengubah landskap muzik buat selama-lamanya".
Legenda Michael Jackson bukan saja dikenali oleh generasi lama dan seangkatan dengannya, malah anak muda zaman kini mengenalinya menerusi lagu seperti Beat It, Black and White dan Billie Jean serta gaya persembahannya yang tersendiri.
Beberapa pemimpin dunia yang turut memberi pandangan mereka selepas mendengar berita kematiannya termasuk Presiden Venezuela, Hugo Chavez, yang menyifatkannya sebagai 'berita amat mendukacitakan' walaupun pernah menyatakan media memberi perhatian keterlaluan kepadanya.
Bekas Presiden Korea Selatan, Kim Dae-jung, yang pernah menemui Jackson, berkata: "Kita kehilangan wira dunia."
ORANG ramai membanjiri pekarangan Pusat Rawatan UCLA di Los Angeles selepas berita kematian Michael Jackson tersebar, semalam.
Beberapa minit selepas ketibaan Jackson dengan ambulans di Pusat Perubatan UCLA di Los Angeles, orang ramai mula membanjiri pekarangan hospital berkenaan. Sebaik berita kematiannya disebarkan, peminatnya menangis manakala sebahagian lagi seolah-olah tidak percaya.
Di Times Square di New York, orang ramai meratap sebaik berita kematiannya disiarkan di skrin televisyen gergasi. � AP/Reuters
Peniaga diisytiharkan calon PAS di Manek Urai
Sat | Jun 27, 09 | 8:02:34 am MYT
KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - Seorang peniaga, Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi.
Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Kampung Manek Urai Lama, yang sendat dengan ribuan manusia.Image
Hadir sama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Kawasan padang bola Manek Urai Lama sesak sejak petang lagi apabila penduduk tempatan dan petugas parti bertali arus menuju ke tempat ceramah.Image
Ketika diumumkan nama calon tersebut, suara takbir sambut menyambut mengiringi pengisytiharan tersebut. Kelihatan ramai yang setuju dengan ketokohan yang ditampilkan.
Biarpun Mohd Fauzi tinggal di Guchil, namun mempunyai keluarga yang ramai di Dun Manek Urai.
Kakak sulungnya, Mariam isteri kepada seorang pesara polis kini tinggal di Kampung Laloh.
Keluarganya berasal dari Bukit Marak berhijrah ke Kuala Krai ketika beliau berusia lima tahun.
Beliau merupakan anak keenam daripada lapan adik beradik. Empat daripadanya mendapat pendidikan tinggi sehingga ke luar negara.
Image Seorang lagi kakaknya, Prof Dr Aminah pensyarah kanan di UKM; ketiga, Ibrahim seorang peniaga buah-buahan; keempat, Sabariah ketua jururawat di Hospital Temerloh.
Kelima, Mohd Yazid, pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya. Manakala dua adiknya iaitu Razali memiliki syarikat perunding di Pulau Pinang dan adik bongsu, Zaidi lepasan bidang IT di universiti, Australia.
Mohd Fauzi mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup dengan Aminah Mahmood.
Terbabit dengan PAS sejak muda lagi. Beliau juga Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai, Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil.
Beliau juga anggota jawatankuasa PIBG Maahad Rahmaniah, Kuala Krai. Kelibatnya tidak jauh berbeza dengan Allahyarham Haji Ismail Yaacob kerana pergaulan yang luas.
Orang ramai mudah menemuinya di kedai-kedai kopi. Hampir kesemua penduduk di sembilan peti di Manek Urai mengenalinya.
Biar pun kenderaan disekat melintasi jambatan merentangi Sungai Lebir menghala ke Manek Urai Lama mulai jam 7 petang semalam, namun banyak kenderaan masih lagi tersangkut untuk keluar ke jalan besar jam 1 pagi. - mj _
Wednesday, June 24, 2009
Aduan polis Umno terhadap Nik Aziz
Jun 25, 09 12:46pm
Pemuda Umno Kelantan membuat aduan polis berhubung satu kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis.
Kenyataannya, yang juga mursyidul am PAS, didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat, lapor Bernama.
Aduan itu dibuat oleh ketua Pemuda, Anuar Safian, di balai
polis Kota Bharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kira-kira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lepas menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan menolak Islam, adalah "tidak berasas".
"Pemuda melihat tuduhan ini sebagai mengetepikan sejarah dan perlembagaan negara kerana sekiranya disamakan Umno dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.
"Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin, berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno, dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara
ini," Anuar dipetik berkata.
Tambahnya, kenyataan Nik Aziz itu mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa dalam kalangan ahli Umno dan rakyat, dan beliau perlu dikenakan tindakan.
-MALAYSIAKINI-

Tuesday, June 23, 2009
Damai di Bermuda
Oleh Mohamed Juhari Shaarani
bminggu@bharian.com.my
Gugusan 9 pulau indah: Pasir pantai merah jambu janjikan percutian mengasyikkan di Bermuda
SEBUT saja Bermuda, pasti mengingatkan kita kepada pulau yang penuh mistik dengan kisah kehilangan kapal dan pesawat di kawasan dikenali Segi Tiga Bermuda, terus terlintas di fikiran.
Atau paling tidak pun, mereka yang meminati muzik, pasti terkenangkan lagu popular Barry Manilow yang bertajuk Bermuda Triangle.
Namun bagi penulis, bukan soal mistik atau misteri Bermuda yang melekat di minda, sebaliknya pengalaman menempuh perjalanan untuk sampai ke pulau yang sungguh indah ini terbukti bukanlah sesuatu yang mudah.
Perjalanan yang dilalui menghampiri 20 jam tanpa mengira waktu transit, tetapi jika dicampurkan waktu menanti transit di Lapangan Terbang Heathrow, London, ia sebenarnya mengambil masa 29 jam kerana hanya ada satu penerbangan ke pulau ini.
Sebaik menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Bermuda, sesiapa pun pasti terkejut melihat bangunannya amat jauh ketinggalan zaman serta uzur dan luntur warnanya, namun apa yang dilihat seterusnya boleh menjadi kenangan seumur hidup kerana pulau ini sangat indah.
Tembok yang dibina British pada awal 1800.
Bermuda yang merangkumi sembilan pulau dikelilingi Lautan Atlantik dihasilkan daripada letusan gunung berapi dan percayakah anda, di sebalik keindahan lautan serta daratannya, pulau ini cuma didiami kira-kira 60,000 orang.
Budaya pulau ini, khususnya muzik dan tarian pula sarat dengan pengaruh Afrika berikutan ramai golongan hamba abdi dari benua itu dibawa ke Bermuda yang dikatakan mendapat nama daripada seorang kapten berbangsa Sepanyol, Juan Bermudez.
Bermudez dikatakan menjumpai pulau ini pada 1503 dan pada 1609, Laksamana Sir George Somer berdepan masalah kapal karam berhampiran Bermuda lalu di pulau inilah beliau membina kembali kapal dan cuba untuk menuntut Bermuda yang dimiliki British selain cuba menamakannya sebagai Pulau Somers, tetapi gagal.
Bagi penulis, keunikan di pulau ini jelas terasa sepanjang perjalanan dari Lapangan Terbang Bermuda ke ibu kotanya, iaitu Hamilton.
Bandar St George, diiktiraf Bandar Warisan Dunia oleh Unesco.
Ini dari segi barisan rumahnya yang menggunakan bumbung diperbuat daripada ‘limestone’ atau batu kapur berwarna putih untuk menakung laluan air hujan.
Kaedah ini digunakan sejak ratusan tahun lalu kerana masalah air bersih sememangnya menjadi satu masalah utama kepada penduduknya.
Air hujan yang melalui celah bumbung ini dikumpulkan dalam kolam besar yang dibina di bawah tanah setiap rumah yang menjadi usaha mendapatkan sumber bekalan air bersih sepanjang tahun bagi kegunaan harian penduduk Bermuda.
Satu perkara yang menarik tentang Bermuda, tidak ada satu pun bangunan tinggi di pulau ini dan jika ada pun, sebuah bangunan yang kini dalam pembinaan setinggi 10 tingkat di bandar Hamilton yang bakal menjadi bangunan tertinggi di Bermuda.
Jangan lupa melawat Bermuda Aquarium Museum dan zoo yang ditempatkan dalam sebuah bangunan 3 dalam 1, menggabungkan tiga tarikan utama di sini, malah koleksi hidupan laut di akuarium itu sememangnya menakjubkan.
Bersebelahan akuarium, terletak bangunan muzium yang menempatkan fakta asal usul Bermuda yang lebih terperinci dan dipenuhi kemudahan seperti interaksi bersama pengunjung menggunakan teknik robotik, audio visual, skrin sentuhan, kios dan hologram.
Sebuah zoo kecil yang terletak di tepi laut pula menempatkan binatang jinak yang dibiarkan berkeliaran bersama pengunjung.
Bagi penulis, antara keunikan yang harus dikongsi bersama pembaca adalah pantai di Bermuda yang pasirnya berwarna merah jambu, dikatakan terhasil daripada kehancuran hidupan laut ‘foram’ di lautan Bermuda.
Pasir-pasir ini boleh dibawa pulang kerana boleh dibeli pengunjung dalam botol kecil.
Peringatan lain - pastikan melawat Bermuda di musim panas. Ini disebabkan pengalaman melucukan penulis yang menjerit kerana tidak sabar turun ke laut tetapi sebaliknya ditertawakan pengunjung kerana suhu air ketika itu yang dingin.
Hanya selepas itu, penulis menyedari tiada sesiapa pun yang mandi disebabkan suhu airnya itu.
Tarikan lain adalah sebuah pulau menarik dan unik namanya, Nonsuch Island yang memerlukan pengunjung menaiki kapal ke pulau ini yang pada asalnya digunakan sebagai habitat burung.
Namun kini, pulau itu terus dipulihara bagi mengekalkan flora dan faunanya yang dikatakan tidak ada di pulau lain dan semasa menaiki kapal, pengunjung akan berasa kagum kerana pulau ini amat indah sewaktu dilihat daripada lautan.
Awas! ada amaran kepada mereka yang mudah mabuk laut - anda perlu membuat persediaan awal kerana gelombang ombaknya agak mencabar.
Sebagai pulau yang mempunyai hidupan laut yang mungkin tiada di kawasan lain, Bermuda Under Water Exploration Institute (BUEI) menempatkan saintis dari seluruh pelusuk dunia membuat kajian mengenai hidupan dan masa depannya, termasuk menyelamatkan spesis sedia ada daripada pupus.
Salah satu pulau yang popular dan menjadi kunjungan ramai pelancong ialah Bandar St George yang diiktiraf bandar warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2000.
Ia menjadi penempatan awal yang memperlihatkan ‘ketuanan’ British di pulau ini, juga ibu kota lama Bermuda menempatkan bangunan Vermond Bermuda National Craft Museum dibina pada 1710 yang mempamerkan banyak koleksi artifak dunia barat dan China.
Satu lagi keistimewaan Bermuda ialah deretan hotelnya di tepi laut yang banyak bercirikan bangunan lama Inggeris seperti tempat penginapan penulis, Hotel Fairmont Hamilton Princess hingga pekerjanya juga berpakaian bercirikan ketuanan British.
Bagi peminat seni tampak, pastikan mengunjungi Bermuda National Gallery dan Masterworks Museum of Bermuda Art yang menempatkan karya pelukis pulau ini, selain Bermuda Institute of Ocean Sciences dan Bermuda Historical Society Museum.
Jika berkesempatan, Bermuda boleh menjadi destinasi pilihan terutama pasangan yang ingin berbulan madu atau meraikan ulang tahun perkahwinan kerana ia menjanjikan satu percutian yang penuh nostalgia dan mengasyikkan.

Pulo: Pondok tidak latih pengganas
Jun 24, 09 9:44am
Kumpulan pemisah, yang berjuang bagi kemerdekaan tiga wilayah bermajoriti penduduk Islam di Selatan Thailand, menafikan sistem sekolah pondok digunakan untuk menyebarkan keganasan.
Mengulas laporan Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG), Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (Pulo) menyifatkan laporan seumpama itu bertujuan memburuk-burukkan sistem sekolah agama di wilayah selatan, lapor Bernama.
Ketua Hal Ehwal Antarabangsa Pulo Kasturi Mahkota berkata, kehidupan aman di pondok yang menjadi pusat pendidikan dan institusi dihormati masyarakat kini banyak terganggu akibat campur tangan elemen Thai.
"Daripada campur tangan dengan institusi agama di Pattani yang menekankan pengajaran dan nilai moral, kenapa tidak kerajaan Thai melihat sendiri keadaan sistem pendidikannya," soalnya dalam satu kenyataannya semalam seperti di laman web Pulo.
Tambahnya, laporan "merekrut militan di selatan Thai" yang dikeluarkan NGO antarabangsa itu kelmarin nampak seolah-olah dibuat untuk kepentingan dan bagi pihak pergerakan ultra-nasionalis Thai yang jelas menunjukkan mengenai kekurangan etika kewartawanan yang neutral dalam membuat liputan mengenai konflik di Pattani.
Dalam laporan itu, ICG berkata sekolah swasta Islam atau pondok telah menjadi pusat latihan bagi pemberontak memandangkan kumpulan pemisah menggunakannya sebagai tempat untuk merekrut dan melatih remaja Islam, lapor Bernama lagi.
Lebih 3,500 orang terbunuh dalam siri keganasan sejak kumpulan
pemisah menyambung semula kempen bersenjata pada Januari 2004 bagi mendapatkan kemerdekaan Yala, Pattani dan Narathiwat.
-Malaysiakini-

Monday, June 22, 2009
6 BUAH LORI KEHILANGAN BATERI
En.Mustafar bin Daud
Bandar Baru Pekan Awah
Pekan Awah 22.6.2009- 6 buah lori sekitar Kg. Awah kehilangan beteri.Kehilangan serentak satu malam disekitar Pekan Awah mengingatkan semula bagaimana penduduk Mukim Bukit Segumpal pernah menghantar memorendum kepada MB Pahang kerana kecurian dan samun yang sering terjadi.
Menurut mangsa En Mustafar bin Daud 52 th,beliau menyedari kehilangan bateri 2 buah lorinya ketika pekerjanya sampai waktu pagi.Beliau yang kerugian RM 800.00 telah membuat repot di balai Polis di Kg. Awah.Seramai 4 orang lagi yang kehilangan bateri lori turut membuat repot dihari yang sama.
Beliau turut terkilan dengan kehilangan serentak itu,kerana menurut beliau untuk membuka satu-satu bateri itu memakan masa yang agak lama,macamana pihak Polis tidak menyedari ketika membuat rondaan pada malam tersebut katanya
SELSEMA BABI: PEMBOHONGAN KEMENTERIAN KESIHATAN.
BENARKAH BEGITU?
Saturday, June 20, 2009
Rakyat Malaysia telah di maklumkan menerusi media kunonnya WHO (World Health Organisastion) mahukan penyakit selsema babi ditukarkan panggilannya kepada wabak A(HIN1). Bagaimanapun akhbar akhbar di Barat dan juga BBC tetap menggunakan SWINE FLU.
Ini menimbulkan keraguan ramai terhadap kredebiliti Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apakah tidak terdapat kemungkinan Kementerian Kesihtan telah mempolitikan pekara ini dengan beberapa tujuan tertentu.
Antara kemungkinan paling Utama sekali ialah untuk mengawal supaya tidak terjejas teruk pasaran daging babi di negara ini. Ke dua, kerana tidak mahu babi dianggap sebagai makanan yang kotor dan hina. Ke tiga, tidak mahu menyebabkan masyarakat bukan Islam yang makan babi merasa bersalah. Ke empat untuk menolak kebenaran Islam.
Kementerian Kesihtan mestilah memberikan penjelasan segera dalam pekara ini kerana jika ini benar maka berarti Kementerian Kesihtan terutamanya sekali menterinya dalah menggadaikan nyawa rakyat untuk kepentingan perniagaan dan sentimen perkauman.
Sejauh ini Kementerian Kesihatan juga tidak memberikan maklumat lengkap samaada makan babi boleh menyebabkan wabah penyakit selsema babi . Tidak ada amaran dalam hal ini. Kenapa?
posted by Maharaja @ 7:42 PM

SELSEMA BABI - Lagi Sekolah ditutup
DITUTUP..Kementerian Kesihatan mengarahkan Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta 2 ditutup seminggu mulai hari ini setelah seorang daripada muridnya dijangkiti Influenza A (H1N1), menjadikannya sekolah kedua dikenakan tindakan serupa setakat ini.Foto THE STAR Oleh: KAMARUL ARIFFIN
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengarahkan Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta 2 ditutup seminggu mulai hari ini setelah seorang daripada muridnya dijangkiti Influenza A (H1N1), menjadikannya sekolah kedua dikenakan tindakan serupa setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, kementerian itu juga mengeluarkan arahan penutupan satu kelas bermula hari ini kepada tiga lagi sekolah iaitu Sri Cempaka International School di Cheras, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam, dan Sekolah Menengah Damansara Utama di Petaling Jaya bermula hari ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata arahan tutup sekolah dan tiga buah kelas itu berkuatkuasa selama satu minggu sejajar dengan langkah yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Untuk Menangani Wabak Selesema Babi (Influenza A)(H1N1).
Dr Mohd Ismail berkata ibu bapa kepada pelajar di sekolah-sekolah terbabit diminta memastikan anak-anak mereka berada di rumah dan tidak pergi ke tempat-tempat awam.
"Ibu bapa dan ahli keluarga kepada anak-anak yang diletak di bawah kuarantin di rumah boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Bagaimanapun ibu bapa dan ahli keluarga kepada kes yang disahkan positif hendaklah menjalani kuarintin di rumah seperti yang diarahkan oleh kementerian," katanya.
Sehingga ini sejumlah 42 kes daripada 58 yang disahkan positif selesema babi masih dalam rawatan di hospital iaitu Hospital Sungai Buloh (22), Hospital Kuala Lumpur (7), Hospital Tuanku Jaafar Seremban (3), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (4), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar (3), Hospital Pulau Pinang (2) dan Hospital Ipoh (1).
Dalam tempoh 24 jam lepas, sejumlah 80 notifikasi kes yang menunjukkan gejala jangkitan influenza diterima dari seluruh negara.
Sehingga pukul 9 malam tadi jumlah kes terkumpul yang disiasat adalah 1,320.Semalam, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK (C) Jalan Davidson di sini, dan satu daripada kelas di Sekolah Menengah Wangsa Maju juga di Kuala Lumpur, ditutup selama seminggu kerana wujudnya penularan tempatan selesema babi.
Mengenai murid Sekolah Assunta yang merupakan kes jangkitan tempatan ketujuh, Dr Mohd Ismail berkata pelajar itu kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Katanya murid itu mengadu demam, batuk dan sakit tekak dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh semalam dan disahkan positif hari ini.
"Kes ini adalah yang kedua di kalangan pelajar sekolah berkenaan tetapi berlainan kelas dan kementerian sedang mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kesihatan pelajar terjamin," katanya.
Dr Mohd Ismail menasihatkan pelajar Malaysia dan mereka yang baru kembali dari bercuti di luar negara yang berasa kurang sihat atau ada tanda-tanda awal jangkitan seperti batuk dan demam, supaya segera mendapatkan rawatan selain mengurangkan pergaulan termasuk mengelak daripada menghadiri kelas atau bekerja.
"Kita harap dengan cara ini ia dapat mengelakkan penularan penyakit di sekolah dan di tempat kerja yang boleh melibatkan penularan jangkitan tempatan," katanya. BERNAMA
Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Mon | Jun 22, 09 | 3:02:54 pm MYT
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.
Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.
ImageTurut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.
Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.
Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.
"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.
Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.
Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.
Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.
Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.
Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya./wann_
Sunday, June 21, 2009
PENGAJIAN PONDOK TEMPAT MILITAN???
Sekali lagi Islam menjadi mangsa.Apabila berlaku kekacauan Islam akan menjadi mangsa.
Tidak hairanlah kepada kita apabila isu militan meletup,kita akan dapati sekolah-sekolah tempat pengajian anak-anak umat Islam akan menjadi mangsa.
Inilah Perancangan jahat musuh-musuh Islam untuk memadamkan cahaya agama Allah.
Sekolah Pondok Islam Tempat Pengwujudan Pemberontak Thai Selatan
BANGKOK, 22 Jun (Bernama) -- Sekolah pondok telah menjadi tempat pengwujudan pemberontak di Selatan Thai berikutan kumpulan pemisah menggunakan mereka untuk merekrut dan melatih remaja Muslim, menurut laporan terkini International Crisis Group (ICG) yang beribu pejabat di Brussels, Belgium.
Dalam laporan "Merekrut Militan di Selatan Thailand", ICG menyatakan bahawa ada lebih 100,000 pelajar di sekolah pondok, kumpulan pengambilan yang dianggarkan 1,800 hingga 3,000 pejuang.
"Mereka yang merekrut merayu etnik Melayu agar berbangga dengan nasionalisme kesultanan lama Pattaninya. Mereka memberitahu pelajar di sekolah bahawa adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk mengambil balik tanah mereka daripada penganut Buddha yang kafir," kata penganalisis ICG Thai Rungrawee Chalermsripinyorat.
Beliau berkata kelas pondok merupakan permulaan kontak pengrekrut mencari pelajar yang alim, kuat bekerja dan berperangai baik untuk menyertai program penyemaian aktiviti luar sambil menambah pelajaran agama, aktiviti lawatan dan sukan menyediakan peluang bagi menilai pelajar dalam tempoh antara beberapa bulan dan setahun.
Laporan itu menyatakan jika ada pelajar yang dilihat sebagai rekrut berpotensi diminta mengangkat sumpah kesetiaan dan sesetengahnya menjalani pemantapan fizikal dan latihan ketenteraan sebelum ditugaskan bagi pelbagai peranan dalam operasi peringkat kampung.
Bagi mereka yang ditolak untuk perkhidmatan barisan hadapan, ada peranan sokongan dalam pertubuhan seperti perang saraf psikologikal di mana pelajar bawah 18 tahun kebanyakan diberi tanggungjawab sebagai pengintip, membakar rumah dan harta dan menulis perkataan "Bebaskan Pattani" di jalan raya.
Lebih 3,500 orang terbunuh pada keganasan setiap hari sejak kumpulan pemisah memulakan kempen mereka pada Januari 2004, menuntut kemerdekaan untuk tiga wilayah yang majoriti penduduk Muslim, Yala, Pattani dan Narathiwat.
Pihak berkuasa Thai melihat sekolah pondok sebagai tempat untuk merekrut militan. Sapae-ing Baso, bekas guru besar bagi 6,000 pelajar Sekolah Thammawittaya Mulnithi di Yala, melarikan diri pada 2004 apabila pasukan keselamatan menangkap bersiap sedia menangkap beliau atas pertuduhan pemimpin utama itu terlibat dengan kegiatan ini.
ICG menyatakan subsidi kerajaan kepada sekolah pondok sebagai sebahagian dasar untuk memperkenalkan pendidikan sekular ke dalam sekolah Muslim, telah menyediakan satu insentif untuk mereka menambahkan lagi bilangan beribu-ribu pelajarnya.
Pengambilan itu juga menyemarakkan lagi pelanggaran hak asasi manusia oleh kerajaan dan dengan kegagalan untuk menjadikan pasukan keselamatan dipertanggungjawabkan dengan penyalahgunaan kuasa sebelum ini, laporan itu menambah.
"Kerajaan telah terganggu dengan kekacauan yang berlaku di negara ini tetapi ia perlu memfokuskan perhatian kepada wilayah selatan. Keganasan itu tidak akan berakhir melainkan permasalahan Muslim Melayu ditangani," kata Jim Della-Giacoma, pengarah projek ICG Asia Tenggara.
-- BERNAMA

ISTERI NO 2 KETUA CAWANGAN PAS MENINGGAL DUNIA
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man mengucapkan Takziah kepada Hj. Ali bin Lasim.
Puan Usrah binti Kayat Isteri kepada Hj ALi bin Lasim Ketua Cawangan PAS Felda Jengka 2 telah meninggal dunia petang 20.6.2009.Beliau meninggal kerana penyakit kansel.
Semasa hidupnya beliau adalah seorang muslimah yang aktif berjuang.
Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Tuan Ibrahim hadir dimajlis pengkebumian beliau pada pagi ahad.Turut hadir pimpinan PAS Kawasan Maran dan masyarakat setempat.
Thursday, June 18, 2009
11 KES BARU SELSEMA BABI DI SINGAPURA
Singapura Lapor 11 Kes Baru Influenza A
SINGAPURA, 18 Jun (Bernama) -- Singapura hari ini melaporkan 11 lagi kes baru Influenza A (H1N1) termasuk seorang pengidap yang dijangkiti pendemik itu di dalam negara menjadikan jumlah keseluruhan 77 kes.
Daripada 11 kes itu, 10 daripadanya merupakan tujuh orang rakyat Singapura termasuk pemastautin tetap keturunan Filipina dan tiga rakyat asing masing-masing dari Filipina, Australia dan Kanada yang kembali ke republik daripada negara yang dijangkiti H1N1.
Menurut Kementerian Kesihatan, kes ke-73 melibatkan seorang lelaki berasal dari Malaysia berumur 26 tahun yang kini menjadi penduduk tetap republik ini.
Lelaki itu bertolak dari Singapura ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu persidangan pada 14 Jun lalu dan kemudian mengalami simpton semasa makan malam di sebuah restoran.
Beliau kemudian pulang ke Singapura dengan penerbangan semalam dan setibanya di Lapangan Terbang Changi, beliau meminta untuk dihantar ke hospital.
Kementerian itu berkata ia telah memaklumkan kes berkenaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk pergerakan pesakit tersebut semasa di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Nik Aziz temui pemimpin tertinggi PAS bincang kerajaan perpaduan
Jumaat Jun 19, 2009
KOTA BAHARU Isu kerajaan perpaduan yang hangat dalam Pas ketika ini sehingga Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta timbalan presiden parti itu Nasharudin Mat Isa melepaskan jawatan jika mahu meneruskan agenda itu akan dibincangkan dalam satu mesyuarat khas parti itu tidak lama lagi.
Nik Aziz berkata selaku Mursyidul Am Pas, beliau telah dipertanggungjawabkan untuk mengatur dan mempengerusikan mesyuarat yang hanya akan dihadiri pemimpin tertinggi Pas termasuk Nasharudin.
"Saya sendiri akan menjemput Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin Pas lain yang akan saya tentukan kemudian.
"Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini. Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan di sini hari ini.
Mengulas lebih lanjut kenyataannya semalam yang meminta Nasharudin melepaskan jawatan, Nik Aziz berkata beliau belum dihubungi Nasharudin.
Ketika ditanya mengenai kerajaan perpaduan mengikut kehendaknya, Nik Aziz berkata gabungan pakatan pembangkang ketika ini adalah yang sebenarnya kerajaan perpaduan.
"Kenapa perlu nak cari yang lain (kerajaan perpaduan)? Kelebihan gabungan Pakatan Rakyat telah menghilangkan "Islam phobia" oleh bangsa lain seperti Cina dan sebagainya dan inilah dianya kerajaan perpaduan," katanya.
Pada mesyuarat hari ini, semua penyandang jawatan parti dalam Pas Kelantan masih dikekalkan kecuali jawatan setiausaha yang kini dipegang Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Zaki Ibrahim, menggantikan Datuk Takiyuddin Hassan.
"Hari ini adalah mesyuarat yang pertama penggal baru dan saya masih memegang jawatan Pesuruhjaya Pas Kelantan," katanya.BERNAMA

SEMUA PENCINTA PAS DIMINTA BERTENANG
Kemelut yang berlaku mengundang berbagai pertanyaan daripada sahabat dan teman.apa yang boleh dikatakan 'awasi permainan BN yang mengunakan media bagi memerangkap kita'.Era sekarang adalah era teknologi maklumat maka pertempurannya berasaskan eksplotasi dan manipulasi maklumat.
Ahli PAS diminta bertenang, tunggu arahan rasmi
Idris Ahmad
Thu | Jun 18, 09 | 9:20:58 pm MYT
SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.
Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.
Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.
Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.
Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.
Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.
Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.
Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.
Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.
Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."
Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.
Bersandarkan nas syara'
Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.
Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.
Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.
Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.
Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.
Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat_

Wednesday, June 17, 2009
PERGINYA SEORANG SAHABAT
Haji Abu Hassan bin Mohamed al-Rawa (gambar semasa allahyarham menghadiri Bengkel Pengurusan Strategik Pas Kaw Lipis,pada15 Feb., 2009) ,Setiausaha PAS Kawasan Lipis telah pulang ke rahmatullah malam tadi di Hospital , Kuala Lipis.
Saya telah menerima berita kematiannya melalui "sms" daripada SU BPPNP Sdr. Roslan Zainal pada jam 10.04 minit malam ,17 Jun,2009.
Permergiannya merupakan kehilangan besar bukan sahaja kepada PAS Kawasan Lipis malahan tidak keterlaluan jika saya katakan satu kehilangan kepada PAS Pahang.
Allahyarham yang semasa hayatnya bertugas di RTM Pahang sebagai Juruteknik banyak menyumbang kepada PAS Pahang dalam bidang “ICT”.
Sebelum bergiat dengan PAS beliau aktif dalam ABIM di Kuantan.
Allahyarham juga telah dilantik sebgai Penyelaras Akademi Latihan PAS Pahang (ALiPP) bagi Zon Barat.
Kali terakhir saya bertemu dengannya ialah semasa Program Perasmian Bangunan PAS Pahang di Temerloh pada 09.06.2009 yang lalu.
Beliau juga sempat mengunjungi kedai AIR GAU Ent yang terletak bersebelahan Bangunan PAS Pahang.Masih teringat beliau berkata" mudahlah nanti ana nak beli air gau,anta dah ada kat sini"katanya yang sentiasa murah dengan senyuman .
Senyumannya masih terbayang dalam ingatan. Seorang yang bersedahana dalam banyak hal ,mudah mesra, tekun dan penyabar. Itulah memori yang tersimpan sejak berkenalan dan terus menjalin persyahabatan.
Semoga roh allahyaram di tempat bersama para pejuang dan syuhada, Ameen. Diedit drp Blog Sahabat Mazlan Mat Yassin
Setiausaha PAS Lipis meninggal dunia
Thursday : 18 June 2009 | 9:31 am | admin
Setiausaha PAS Kawasan Lipis Haji Abu Hasan Mohamad kembali ke rahmatullah di Hospital Lipis malam tadi (Rabu, 17 Jun) dalam keadaan memeranjatkan semua pihak.
Menurut YDP Lipis, Ustaz Ishak Sat, Allahyarham sebelum itu sempat bersembahyang jamaah di surau berhampiran rumahnya. Allahyarham kemudiannya mengadu sakit dada dan kira-kira jam 8 malam anaknya menghantar ke hospital Lipis.
Kira-kira jam 8.45 malam beliau menghembuskan nafas terakhir. Abu Hasan, 57, ialah bekas kakitangan teknikal RTM Pahang, Kuantan.
Menurut sumber terdekat, Solat jenazah akan bermula jam 10.30 pagi ini di rumahnya di Kampung Relong dan jenazah dijangka akan dikebumikan sebelum waktu Zohor.
Sementara itu, pemergian Abu Hasan yang juga Pengarah ICT Negeri dan ejen Dana Takwa disifatkan oleh kakitangan pejabat Perhubungan amat mengejutkan kerana pada tengahari itu beliau masih menghubungi pejabat ini untuk mendapatkan nombor kad pengenalan Pesuruhjaya PAS Pahang bagi membuat permit ceramah.
Pada hari yang sama beliau masih mengfaks salinan pencarum baru Dana Takwa bagi kawasan Lipis.
Warga SidangOnline dengan ini mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama para syuhada dan solihin… amin.

32 orang disahkan mati dalam letupan lombong Sawahlunto
Rabu Jun 17, 2009 Pasukan penyelamat dan penduduk kampung mencari mangsa-mangsa yang terlibat kejadian letupan lombong arang batu lama di Sawahlunto, Sumatera Barat, Indonesia. Setakat petang tadi seramai 32 orang disahkan terbunuh manakala seorang lagi masih hilang. --fotoAP
JAKARTA: Seramai 32 orang disahkan terbunuh manakala seorang lagi masih hilang dalam kejadian letupan lombong arang batu lama di Sawahlunto, Sumatera Barat, setakat petang ini.
Ketua Pusat Penanganan Krisis di Kementerian Kesihatan Indonesia, Dr Rustam S.Pakaya dalam SMS ringkas kepada media massa berkata sehingga pukul 6 petang ini mayat 32 mangsa telah ditemui.
Enam daripada sembilan orang yang cedera dalam kejadian itu masih dirawat di Hospital Jamil, Padang manakala tiga yang lain telah dibenarkan pulang.
Sementara itu media massa tempatan melaporkan letupan di dalam lombong di Bukit Bual itu dipercayai akibat litar pintas peralatan elektrik yang dibawa masuk pelombong tradisional terbabit ke dalam lubang lombong yang padat dengan gas itu.
"Itu hasil analisis sementara yang kita dapati setelah meninjau tempat kejadian. Sedikit saja percikan api dalam ruangan dengan konsentrasi gas metan (methane) tinggi, sudah cukup untuk membuat ledakan besar," kata Pengurus Paukan Penanganan Bencana Sumatera Barat, Ade Edward, seperti dipetik laman web detikcom.
Beliau berkata seharusnya gas dikeluarkan dahulu menggunakan 'blower' dari lubang lombong itu dan penggunaannya juga wajib untuk membuat udara beredar.
"Kita menduga, genset (set generator) yang digunakan para pekerja itu bermasalah sehingga menyebabkan blower tidak jalan, mengakibatkan gas metan terkumpul dan dengan percikan api yang kecil saja akan terjadi letupan besar," katanya. BERNAMA
'Kerajaan perpaduan' perlu libatkan Pakatan Rakyat - Mustafa Ali
Harakahdaily | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Wed | Jun 17, 09 | 3:14:26 pm MYT
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Hrkh) - PAS menegaskan sebarang perbincangan mengenai kerajaan perpaduan bersama Umno-BN perlu melibatkan komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata, BN perlu faham konsep kerajaan perpaduan yang sebenar iaitu perlu melibatkan parti-parti politik utama."
"Kalau nak buat kerajaan perpaduan, semua parti politik perlu terlibat.
"Oleh itu bincang dengan PAS sahaja untuk buat kerajaan perpaduan tak tepat," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurut laporan mstar online, beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang menaruh keyakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.
Bagaimanapun Mustafa berkata, PAS tetap dengan pendirian mereka sebelum ini untuk terus bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Image
"PAS menjadikan Islam sebagai dasar, oleh itu dalam Islam kita hormati perjanjian... PAS tidak akan mengkhianati kawan dalam perjanjian.
"Oleh yang demikian jika Najib cakap tentang kerajaan perpaduan, tak boleh hanya dengan PAS, tetapi perlu bersedia dengan PKR dan DAP juga... itu Najib dan BN perlu faham.
"Kalau Najib tak sedia (bincang) dengan PKR dan DAP, PAS pun tak sedia nak bincang dengan Umno-BN," katanya.
Mustafa juga menjelaskan isu perbincangan antara PAS dan Umno yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-12 sudah lama berakhir dan tidak perlu dibangkitkan lagi.
"Soal PAS-Umno dan BN dah lama selesai... kali ini perlu sertai semua sekali (Pakatan Rakyat)," katanya.
Walau bagaimanapun Mustafa berkata, PAS sentiasa bersedia untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan kerajaan BN jika melibatkan isu-isu yang perlu diselesaikan untuk kepentingan rakyat.
Jelasnya perbincangan seumpama itu tidak perlu melibatkan rakan dalam Pakatan Rakyat. Image
"Perbincangan adalah berbeza, kita boleh berbincang apa pun isu... walaupun tak disertai oleh PKR dan DAP.
"Kita boleh cakap untuk isu-isu kepentingan bersama... perlu bezakan antara perbincangan isu dan kerajaan perpaduan," katanya.
Tambah beliau, PAS juga mungkin mempunyai pandangan berbeza dengan PKR dan DAP mengenai beberapa isu.
"Dalam Pakatan Rakyat pun kita ada perbezaan pendapat, contohnya isu untuk bawa balik bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng... PKR dan DAP setuju tapi PAS tak setuju.
"Kalau tentang Sekolah Agama Rakyat (SAR) takkan kita nak bincang dengan DAP dan PKR, itu sikap masing-masing... PAS sedia bincang isu-isu nasional," katanya. _
Tuesday, June 16, 2009
AWAS JERAT NAJIB!!!
Mungkin melihat kepada ulasan demi ulasan yang dibuat tentang kerjaan perpaduan mendorong Najib melemparkan umpan yang begitu enak dan menawan untuk dimakan oleh kita...
Elok juga kita mengambil semangat semasa ketika mendengar khutbah jumaat.Kita dingatkan dengan hadis Rasulullah yang mahfumnya 'sesiapa yang berkata-kata atau menegah orang lain daripada berkata-kata dengan berkata diam maka hilanglah pahala solat jumaatnya.'
Eloklah engkau diam..
K'jaan perpaduan: Najib percaya PAS ikhlas
Jun 16, 09 12:15pm
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Perdana menteri berkata beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.
"Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS," katanya selepas merasmikan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Negara-negara Komanwel ke-17 di ibu negara hari ini, lapor Bernama.
Ditanya sama ada beliau yakin dengan cadangan itu, Najib berkata ini adalah satu titik permulaan tetapi beliau perlu juga melihat terlebih dahulu bentuk kerjasama yang sesuai antara kedua-dua parti itu.
"Kita kena risik-risik dulu. Macam kita nak kahwinlah, kena risik-risik dulu. Jadi tak jadi, kita tengoklah. Takdir menentukan, apa bentuk kita tak tahu lagilah.
"Kita tengok pada bentuk kerjasama yang sesuai. Selepas itu, kita boleh bincang. Tak ada masalah," katanya.
Cadangan Abdul Hadi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan itu disifatkan mampu untuk menyelesaikan pelbagai isu termasuk masalah politik negara secara menyeluruh.
Ketika diminta mengulas kekecohan yang ditimbulkan oleh ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semasa upacara mengangkat sumpah memegang jawatan di Dewan Rakyat semalam, Najib berkata perbuatan itu adalah disengajakan.
"Biasalah. Itu dia sengaja nak buat," katanya.
Nizar telah diperintah keluar oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana melanggar peraturan pakaian dewan dengan menggunakan lilitan pada songkoknya selain melaungkan "Hidup Rakyat, Bubar DUN" sebaik selesai mengangkat sumpah. Beliau juga dilarang menghadiri persidangan selama dua hari.
Beberapa anggota pembangkang lain yang melakukan kesalahan serupa juga dikenakan tindakan yang sama.

Monday, June 15, 2009
Azhan: Nak jadi 'public figure', kena jaga peribadi
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
"Nak jadi public figure kena ada dan jaga keperibadian untuk orang ikuti contoh dan jadi idola kepada orang ramai dalam memastikan ke mana arah tuju generasi akan datang,"- Azhan -foto The Star oleh CHAN TAK KONG
KEMENANGAN tidak mengenal usia begitu juga dengan Azhan Atan yang berjaya dinobatkan sebagai juara Akademi Nasyid musim pertama di usia 30-an.
Agak menarik juga untuk dikongsi mengenai Azhan, 36, selepas dia bergelar penyanyi dan kehidupannya sebagai artis.
Walaupun 'kurang upaya', dia yang sebelum ini bekerja sebagai pakar terapi tetap bersemangat untuk berjuang dalam industri hiburan tempatan.
Buktinya, dia masih aktif dalam dunia nyanyian dan telahpun tampil dengan album pertamanya.
Bagi Azhan, bukan mudah hendak menjadi seorang figura yang disukai ramai lebih-lebih lagi dalam usianya sekarang.
"Saya dah tua berbanding dengan artis Akademi Fantasia yang lebih popular.
"Nak jadi public figure kena ada dan perlu jaga keperibadian untuk orang ikuti contoh dan jadi idola kepada orang ramai dalam memastikan ke mana arah tuju generasi akan datang," ujar Azhan penuh hemah.
Azhan telah tampil dengan albumnya, Ku Milikmu edaran Hijaz Records.
Jelas Azhan, sebolehnya dia mahu menggerakkan minda dari batil kepada hak kepada para peminatnya yang terdiri dari kalangan pelajar institut pengajian tinggi, sekolah menengah dan kaum ibu.
"Saya juga mahu sampaikan dari sudut yang lain seperti pakaian dan perbuatan.
"Apa salahnya kita beritahu kepada masyarakat supaya orang bukan Islam tidak takut dengan Islam.
"Masyarakat bukan Islam mungkin lebih buka minda yang Islam tidak terlalu menyekat.
"Yang penting artis itu kena tahu pengetahuan am dan sedikit agama dan al-Quran agar bangkit daripada tak baik kepada baik," ulasnya.
Bercerita tentang kariernya pula, Azhan telah tampil dengan albumnya, Ku Milikmu edaran Hijaz Records.
Kata Azhan, dia sedang mencari suasana dan waktu yang sesuai untuk menerbitkan album berkos RM60,000 itu.
"Album ini berentak slow rock dan Jawa. Selepas ini, saya mahu buat lagu berentak ghazal yang bukan sahaja lagu memuji ciptaan Allah seperti alam semulajadi tetapi lagu ketuhanan," katanya.
Album Ku Milikmu memuatkan 10 buah lagu antaranya Ku Milikmu, Disebalik Bayangmu, Sinar Pasti Ada, Kemanisan Dunia dan Kerikil Jalanan.
Selain itu, Azhan berkata dia terlibat dengan aktiviti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Yayasan Aman Malaysia dan parti politik.
Azhan juga akui walaupun dia merupakan ahli PAS, namun tidak bermakna dia tidak boleh memeriahkan majlis yang dianjurkan oleh parti lain.
"Saya sudah banyak kali membuat persembahan untuk PAS. Orang tau yang saya memang ahli PAS tetapi bukan bermakna saya tak boleh duduk dengan orang Barisan Nasional.
"Kita kena neutral dan buka minda," jelasnya yang pernah mengadakan persembahan sempena Muktamar PAS ke-55 baru-baru ini.
Sunday, June 14, 2009
PERGINYA PERMATA GERAKAN ISLAM- FATHI YAKAN
Pada hari 14.6.2009 telah wafat pendakwah Islam Dr Fathi Yakan ketua Jabhah Amal Islami di lubnan ketika umurnya menjangkau 77 tahun kerana penyakit yang kronik.
Jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur raml.
Latar belakang Fathi Yakan
Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.
Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.
Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.
Al Fatihah..
ISLAM SEBAGAI 'UBAT'
Mengapa jadi begitu?setiap hari ada saja isu yang melibatkan orang Islam yang menyedihkan kita.Sebagai orang Islam kita yakin hanya dengan peraturan Allah saja mampu membendung gejala negetif ini..
KOTA TINGGI: Gara-gara khayal, tiga lelaki dipercayai penagih dadah tergamak meninggalkan dua rakan mereka yang terbunuh serta-merta serta dua lagi yang parah di tempat kejadian selepas pondok tempat mereka melepaskan gian dalam ladang sawit di Felda Pasak di sini dipanah petir ketika hujan lebat dan ribut, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, dua penagih termasuk seorang warga emas meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi (HKT) tidak lama kemudian selain seorang lagi yang parah di kaki masih dirawat di HKT.
Difahamkan, penagih yang cedera di kaki itu sempat menghubungi keluarganya untuk meminta bantuan sebelum kedua-dua yang cedera itu dibawa ke HKT untuk mendapatkan rawatan sebelum seorang disahkan meninggal dunia.
Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Md Ehsan Harun, 58, Arif Abu Asa, 34, dan Nordin Mohamed, 45.

Saturday, June 13, 2009
VAN UST MURAD SUDAH DIJUMPAI
Allahamdulilah, semalam 13.6.2009 saya menerima mesej daripada sdr Abd samad mengkhabarkan van ustaz Murad yang hilang semasa muktamar PAS telah ditemui semula dan mereka dalam perjalanan ke Shah Alam untuk mengambilnya kembali
Bagaimanapun Laptop serta handphone kepunyaan abg bro lesap disamun perompak van.Saya reply mesej dengan kalimah 'bersabarlah'..moga Allah mengantikan yang lebih baik.
PINTU 'ABU NAWAS'
Semasa kecil dahulu pernah juga kita mendengar cerita 'Abu Nawas' yang membina pintu tanpa bangunan.Puas juga memikirkan bagaimana keadaan itu boleh berlaku.
Setelah riuh seluruh negera negeri 'Pasir 2 butir'telah ditemui,maka hari ini "pagar Abu Nawas'turut ditemui ditanah perkuburan Islam Kg. Belimbing Mukim Bukit Segumpal.
Sudah lebih 50 th merdeka ini, tidak terfikir oleh kita bagaimana boleh wujud pintu pagar tanpa pagar ini.Risik-risik yang didengar bajet yang diberi hanya RM 5000.00,maka Tok4 pun membinalah sekadar duit yang ada.
Menurut sumber maklumat,bajet ini mungkin bajet YB atau PLB yang tidak boleh disiasat kemana ia dibelanjakan..
Mungkin YB Dato Tan ADUN Chenur beranggapan penduduk mukim Bukit Segumpal ini hanya layak menerima 'pintu' tanpa pagar sahaja.
Friday, June 12, 2009
NAIB PRESIDEN DI KG. AWAH
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Naib Presiden PAS singgah di Masjid Attaqwa Kg. Awah pada 12.6.2009.Kehadiran beliau yang kebetulan dalam perjalanan pulang daripada program parti telah dimanafatkan oleh penduduk kampung.Beliau telah diberi penghormatan untuk menyampaikan khutbah Jumaat sekaligus menjadi imam solat.
Selesai solat beliau dijemput ke majlis Aqiqah bagi 2 orang cucu Sdr abg tan saadan.
Begitulah kepimpinan PAS walaupun sibuk sempat juga memenuhi permintaan...syabas
Memotong rambut..
Menjamu selera..Kambing tu..

Thursday, June 11, 2009
Tempat 'KITAR SEMULA' YG.PERLU DI ' KITAR SEMULA'
Lokasi tapak pasar malam Pekan Awah berhampiran pasar pekan Awah.
Terbiar..sekerat jalan..gajah 'hitam'...
Amalan mebuang sampah ditempat pembuangan ditempat yang disediakan adalah amalan yang terpuji.Apatah lagi amalan kitar semula ia sudah amalan yang sangat sangat terpuji.
Orang kata kalau hendak buat sesuatu biarlah bersungguh-sungguh dan mempunyai perancangan yang baik.
Jangan kerja yang dibuat sekadar sekerat jalan seperti dikata orang dulu-dulu 'hangat-hangat tahi ayam',apatah lagi sekadar hendakan projek supaya dapat keuntungan dan membazirkan wang rakyat sahaja.
BUAT 'REMBAT' DIRUMAH YUSUP SHAM
sdr Yusup bin Sham
Berat sama di 'kandar' ringan sama dicubit
Pokok Teen hidup subur serta berbuah dilaman rumah sdr Yusup
Paya Bedong- 11.6.2009- Gotong royong atau orang dulu-dulu panggil buat 'rembat'dirumah sdr Yusup bin sham.
Besok 12.6.2009 beliau akan mengahwinkan anak beliau yang bernama Yusry.Kepada muslimin dan muslimat yang berkesempatan untuk menghadirinya jemputlah datang..
Presiden PAS umum saf kepimpinan baru
Irwan Muhamad Zain | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Thu | Jun 11, 09 | 2:47:07 pm MYT
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi mengumumkan perlantikan Dato' Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung yang baru menggantikan Dato' Kamaruddin Jaffar.
Pengumuman dibuat pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS sejurus selesai Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang bermula jam 10 pagi tadi.
Pada sidang itu, Ustaz Hadi mengumumkan Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dan mengekalkan Dr. Mohd Hatta Ramli sebagai Bendahari.
Tinbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik menggantikan tempat Mustafa sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.
ImageBekas-bekas Naib Presiden, Dato Husam Musa dan Mohamad Sabu yang tewas dalam pertandingan kerusi Timbalan Presiden dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa tambahan.
Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Wan Ubaidah Wan Omar ialah dua muka baru yang dilantik.
Dr Mariah Mahmod dan Anuar Tahir turut dilantik semula. - tmj/tajdid _

Subscribe to:
Posts (Atom)