Mengapa jadi begitu?setiap hari ada saja isu yang melibatkan orang Islam yang menyedihkan kita.Sebagai orang Islam kita yakin hanya dengan peraturan Allah saja mampu membendung gejala negetif ini..
KOTA TINGGI: Gara-gara khayal, tiga lelaki dipercayai penagih dadah tergamak meninggalkan dua rakan mereka yang terbunuh serta-merta serta dua lagi yang parah di tempat kejadian selepas pondok tempat mereka melepaskan gian dalam ladang sawit di Felda Pasak di sini dipanah petir ketika hujan lebat dan ribut, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, dua penagih termasuk seorang warga emas meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi (HKT) tidak lama kemudian selain seorang lagi yang parah di kaki masih dirawat di HKT.
Difahamkan, penagih yang cedera di kaki itu sempat menghubungi keluarganya untuk meminta bantuan sebelum kedua-dua yang cedera itu dibawa ke HKT untuk mendapatkan rawatan sebelum seorang disahkan meninggal dunia.
Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Md Ehsan Harun, 58, Arif Abu Asa, 34, dan Nordin Mohamed, 45.
No comments:
Post a Comment