Monday, June 29, 2009

229 tahanan, termasuk Malaysia di Guantanamo: Pentagon




WASHINGTON: Ketika ini 229 tahanan membabitkan lebih 20 negara masih menghuni pusat tahanan Guantanamo, menurut angka terbaru yang dikeluarkan Pentagon, semalam.

Daripada jumlah itu, tahanan terbesar kira-kira 100 lelaki adalah dari Yamen.

Tahanan membabitkan warga negara paling dikenali ialah dari Afghanistan dan Algeria yang masing-masing mempunyai 20 tahanan.

Sementara itu, Pentagon mengesahkan 10 tahanan Arab Saudi dan 13 muslim dari etnik Uighurs, China sudah dikeluarkan dari pusat tahanan di pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di selatan Cuba itu.

Negara lain yang mempunyai tahanan di Guantanamo ialah antara lima dan 10 orang membabitkan warga Libya, Pakistan, Syria dan Tunisia.

Selain itu warga Azerbaijan, Kanada, Mesir, Indonesia, Iraq, Kenya, Kuwait, Malaysia, Mauritania, Morocco, Palestin, Tajikistan, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Uzbekistan.

Sejak Presiden Barack Obama mentadbir Amerika Syarikat pada 20 Januari lalu, seorang tahanan Yamen dilaporkan membunuh diri, seorang warga Tanzania dipindahkan ke Amerika Syarikat untuk perbicaraan dan seorang penduduk tetap British berasal dari Ethiopia dipindahkan ke penjara Britain, manakala empat warga China etnik Uighurs dihantar ke penjara Bermuda. - AFP

No comments: