Monday, June 22, 2009

6 BUAH LORI KEHILANGAN BATERI


En.Mustafar bin Daud


Bandar Baru Pekan Awah

Pekan Awah 22.6.2009- 6 buah lori sekitar Kg. Awah kehilangan beteri.Kehilangan serentak satu malam disekitar Pekan Awah mengingatkan semula bagaimana penduduk Mukim Bukit Segumpal pernah menghantar memorendum kepada MB Pahang kerana kecurian dan samun yang sering terjadi.

Menurut mangsa En Mustafar bin Daud 52 th,beliau menyedari kehilangan bateri 2 buah lorinya ketika pekerjanya sampai waktu pagi.Beliau yang kerugian RM 800.00 telah membuat repot di balai Polis di Kg. Awah.Seramai 4 orang lagi yang kehilangan bateri lori turut membuat repot dihari yang sama.

Beliau turut terkilan dengan kehilangan serentak itu,kerana menurut beliau untuk membuka satu-satu bateri itu memakan masa yang agak lama,macamana pihak Polis tidak menyedari ketika membuat rondaan pada malam tersebut katanya

No comments: