Monday, June 1, 2009

Tuan Guru Presiden hadiri Kongres Antarabangsa Komuniti Muslim ke-18

Drp Blog Presiden PAS
Monday, 01 June 2009

Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS telah menghadiri Kongres Antarabangsa Komuniti Muslim ke-18 (18th International Congress of Muslim Communities) yang dianjurkan oleh Ekonomik ve Sosyal Arastirmalar Merkezi (Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial – ESAM) di Istanbul pada28 – 30 Mei 2009.


Dato Seri Tuan Guru sedang ditemuduga mengenai perkembangan kegiatan dakwah dan politik di Malaysia dan dunia oleh Wartawan Agensi Media Ajans5 di Turki.

Tuan Guru telah diberi peluang sebagai penyampai ucapan dalam Sesi Protokol, selepas dari ucapan Prof Dr Numan Kurtulmus (Presiden Saadat Party) dan Prof Dr Burhanuddin Rabbani (Mantan Presiden Afghanistan). Dalam ucapan beliau, Tuan Guru telah menjelaskan mengenai krisis ekonomi yang melanda dunia dan penyelesaiannya di kalangan dunia Islam.

Terjemahan dalam Bahasa Melayu ucapan beliau dapat dilihat dalam Harakah versi cetak keluaran akan datang.


Dato’ Seri Tuan Guru Presiden makan malam semeja dengan Prof. Dr Necmettin Erbakan (Bekas Perdana Menteri Turki), Mr Recai Kutan (Presiden, Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial), Prof. Dr Numan Kurtulmus (Presiden Saadat Party), dan Ustaz Rashid Ghanoushi.
Last Updated ( Monday, 01 June 2009 )

No comments: