Wednesday, June 10, 2009

Majlis perasmian bangunan baru PAS Pahang Bakal Menyemarakkan Lagi Semangat Perjuangan

Copy kat -11 Jun 2009 — paskabut



TEMERLOH – Kira-kira 3,000 orang ramai telah hadir pada majlis perasmian bangunan baru PAS Pahang oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat petang semalam. Bangunan berharga RM600,000.00 itu terletak di Jalan Datuk Bahaman 3, dekat sini. Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang iaitu Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Perhubungan PKR Pahang Dato’ Fauzi Abd Rahman, Pengerusi DAP Pahang Lip Tuck Chee dan kesemua ADUN Pakatan Rakyat Pahang. Perasmian bermula dengan ucapan ringkas Nik Aziz, menandatangani plak tanda perasmian bangunan dan seterusnya melepaskan belon ke udara sebagai simbolik kebebasan rakyat. Majlis di akhiri dengan jamuan minum petang. Pada sebelah malamnya pula Menteri Besar Kelantan itu berceramah bersama Tuan Ibrahim, Datuk Fauzi dan ADUN Bahau ,YB Teo Kok Seong yang menggantikan Ketua Pemuda DAP (DAP) Kebangsaan, Loke Siew Fook. Ceramah yang berlangsung di tapak Kompleks PAS Pahang, Simpang 4 Kerdau, itu telah dihadiri hampir 10,000 orang. Pada majlis tersebut juga Tuan Guru turut diberi penghurmatan menyampai cek kepada empat waris peserta Dana Taqwa Etiqa yang menerima manfaat berjumlah RM24,000.

Justeru itu dengan perasmian bangunan baru ini, ianya akan menyemarakkan lagi perjuangan PAS di bumi Pahang Darul Makmur.

No comments: