Saturday, June 13, 2009

PINTU 'ABU NAWAS'



Semasa kecil dahulu pernah juga kita mendengar cerita 'Abu Nawas' yang membina pintu tanpa bangunan.Puas juga memikirkan bagaimana keadaan itu boleh berlaku.

Setelah riuh seluruh negera negeri 'Pasir 2 butir'telah ditemui,maka hari ini "pagar Abu Nawas'turut ditemui ditanah perkuburan Islam Kg. Belimbing Mukim Bukit Segumpal.

Sudah lebih 50 th merdeka ini, tidak terfikir oleh kita bagaimana boleh wujud pintu pagar tanpa pagar ini.Risik-risik yang didengar bajet yang diberi hanya RM 5000.00,maka Tok4 pun membinalah sekadar duit yang ada.

Menurut sumber maklumat,bajet ini mungkin bajet YB atau PLB yang tidak boleh disiasat kemana ia dibelanjakan..

Mungkin YB Dato Tan ADUN Chenur beranggapan penduduk mukim Bukit Segumpal ini hanya layak menerima 'pintu' tanpa pagar sahaja.

1 comment:

Suhaimi Y said...

Tahniah dah buka cawangan ke-3 Air Gau Enterpise.....