Thursday, June 18, 2009

11 KES BARU SELSEMA BABI DI SINGAPURA


Singapura Lapor 11 Kes Baru Influenza A

SINGAPURA, 18 Jun (Bernama) -- Singapura hari ini melaporkan 11 lagi kes baru Influenza A (H1N1) termasuk seorang pengidap yang dijangkiti pendemik itu di dalam negara menjadikan jumlah keseluruhan 77 kes.

Daripada 11 kes itu, 10 daripadanya merupakan tujuh orang rakyat Singapura termasuk pemastautin tetap keturunan Filipina dan tiga rakyat asing masing-masing dari Filipina, Australia dan Kanada yang kembali ke republik daripada negara yang dijangkiti H1N1.

Menurut Kementerian Kesihatan, kes ke-73 melibatkan seorang lelaki berasal dari Malaysia berumur 26 tahun yang kini menjadi penduduk tetap republik ini.

Lelaki itu bertolak dari Singapura ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu persidangan pada 14 Jun lalu dan kemudian mengalami simpton semasa makan malam di sebuah restoran.

Beliau kemudian pulang ke Singapura dengan penerbangan semalam dan setibanya di Lapangan Terbang Changi, beliau meminta untuk dihantar ke hospital.

Kementerian itu berkata ia telah memaklumkan kes berkenaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk pergerakan pesakit tersebut semasa di Kuala Lumpur.

-- BERNAMA

No comments: