اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ شَبَابُكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَصِحَّتُكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَغِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَفَرَاغُكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَحَيَاتُكَ قَبْلَ مَوْتِكَ
Mafhumnya: “ Rebutlah lima perkara sebelum kamu di datangi oleh lima perkara lain. Masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sempit, dan masa hidupmu sebelum mati.”
Seorang warga emas En. Sain bin Zainal 75 tahun telah meninggal dunia di kampung Paya Bedong Mukim Bukit Segumpal.Beliau yang tidak mempunyai anak meninggalkan seorang isteri.Beliau meninggal kerana sakit tua.
Seperti biasa aktivis PAS bersama masyarakat bertungkus lumus memyempurnakan tuntutan fardu kifayah.
Apa boleh buat air sudah tiga hari tiada,segalanya agak sukar,tapi alhamdulilah Pemuda PAS berjaya menyelesaikannya..
JBA Maran sedia membantu..tapi tuan rumah ketiadaan tong kosong
Air terpaksa diangkut daripada tangki simpanan ke tempat memandi jenazah.
Amalan membantu tanpa memilih bulu oleh Pemuda PAS amat dihormati oleh masyarakat.
Terpaksa berwuduk dalam tandas,bekalan air sudah habis..
Kepada yang telah hilang 4 peluang seperti yang dinyata Nabi,rebutlah peluang terakhir iaitu "masih hidup" untuk kita beriman beramal dan berjihad dijalan Allah.Peluang hanya sekali..menyesal selepas mati tiada gunanya..
1 comment:
tahniah pemuda pas!
Post a Comment