Wednesday, July 29, 2009

Minum pagi bersama Pokyas


Semalam saya berkesempatan minum pagi bersama dengan sdr Alias bin Abd Rahman seorang warga emas yang cacat penglihatan sejak kecil lagi.Beliau dilahirkan pada tahun 1936 di Kg. Awah,umurnya sekarang 73 tahun,tinggal bersama isteri didepan Masjid At Taqwa Kg. Awah. Beliau berkerja sebagai tukang urut.

Semasa mudanya beliau sangat handal memukul gendang di majlis-majlis perkahwinan.Pendek kata kalau pokyas (nama gelamour dia)tak begendang,tak meriahlah majlis perkahwinan tu.

Ketika hendak balik ,sempat juga dia melawak dengan saya, ada orang silap cakap dengannya.Mereka berkata "lama tak nampak" katanya memang dia tak nampak sejak kecil lagi.

Pejabat Baru Yayasan Amal Malaysia (Pahang)



29.7.2009 Pejabat Pentadbiran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang telah dirasmikan oleh Presiden Amal Malaysia Tuan Hj. Husain bin Ismail.Pejabat tersebut terletak berhampiran pasaraya Tunas Manja jalan Batu Hitam Kuantan.

Majlis perasmian bermula jam 9.00 malam dengan dimulakan dengan ucapan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang Dr Nilam bin Ab Manaf.Turut hadir ALP Yayasan Amal Pahang serta orang ramai.

Monday, July 27, 2009

Ziarah Keluarga Mangsa Kemalangan Ngeri




Rombongan PAS Kawasan Maran yang diketuai TYDP bersama sdr Samsuri,Hj Fatah dan Ikhwan telah menziarahi keluarga yang terlibat dengan kemalangan ngeri yang meragut 5 nyawa ahad lalu

Keluarga kepada Nasarudin mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut menetap di Felda Jengka 5.Rombongan disambut oleh En Wan Jaafar 60 ayah tiri kepada Nasarudin Abdul Aziz.

PAS Kawasan Maran merakamkan ucapan simpati dan Takziah serta menghulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa.

------------------------------------------------------------------------------------



MARAN - Lima sekeluarga termasuk seorang ibu mengandung dan bayi lelakinya berusia 10 bulan terbunuh selepas kereta Perodua Kenari yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori kontena bermuatan tong gas di Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kompleks Rakan Muda di sini semalam.

Empat ahli keluarga berkenaan termasuk bayi tersebut dipercayai tercampak keluar dari kenderaan manakala seorang lagi mangsa tersepit di tempat duduk. Kesemua mereka maut di tempat kejadian.

Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta, Nasarudin Abdul Aziz, 32, pembantu rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Purun, isterinya, Fatmawati Harun, 30, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Purun yang mengandung tiga bulan dan anak sulung mereka, Mohd. Nadzif Iman Nasarudin, 10 bulan. Mereka tinggal di Felda Purun, Triang dekat Bera.

Turut maut ialah ibu Fatmawati, Sepiah Mohamad, 60, dan anak bongsunya yang kurang upaya, Mohd. Syakirin, 23. Kedua-duanya tinggal di Felda Jengka 5.

Pemandu lori kontena berusia 39 tahun hanya mengalami cedera ringan di kaki dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan manakala kelindannya yang berusia 17 tahun tidak cedera.- KOSMO

Sunday, July 26, 2009

ZIARAH BUKA PEKUNG BN


Program ziarah saya bersama sahabat daripada Badan kebajikan Surau Mayban Kuala Lumpur begitu membekas rasa sempati dan marah hingga ke saat ini.Ada 6 buah rumah yang kami ziarahi,cuma disini saya paparkan rumah terakhir yang kami pergi tanpa teman-teman daripada Surau Mayban kerana mereka berehat di rumah Sh Ali warga Emas yang cacat penglihatan di kampung teluk Sentang Kertau.Terimakasih sahabat-sahabat..

Apa tidak simpatinya..Seorang ibu tunggal Pn Miah binti Abu Bakar 78 tahun daripada kampung Sungai ling luar,bersama anaknya zahar bin Jambi 36 tahun ,menantu dan seorang cucu hanya tinggal disebuah pondak usang bersebelahan rumah yang hendak dibina oleh anaknya.


Menurut anaknya En. Zahar bin Jambi beliau bersama keluarganya telah menetap disitu hampir setahun yang lalu.Hasratnya untuk membina sebuah rumah untuk ibu serta isteri dan anaknya tidak pernah pudar namun katanya beliau hanya menoreh getah orang sahaja.Pendapatan tidak menentu,kadang-kadang ada duit lebih boleh beli satu beg simen pun saya akan beli ujurnya sayu.


Pondok ini mempunyai dua bilik serta tempat memasak.


Disinilah tempat mereka sekeluarga mandi,sebuah perigi kecil yang bersumberkan air daripada paip yang bocor.


Disini pula sebuah perigi kecil tempat mereka mengambil air untuk dijadikan air minuman.


Sekadar menyampaikan sumbangan daripada sahabat surau Mayban yang tidak sempat untuk meneruskan XPDC Ziarah itu.



Apa tidak marahnya..Rumah Ahli Parlimen Maran Dato'Ismail Mutalib tidak sampai 200meter daripada rumah makcik miah nih..Rumah Dato ini sedang dalam proses baik pulih.mungkin kos garajnya saja melebihi daripa kos rumah yang dicita-citakan oleh saudara zahar..


Rumah makcik miah..


Apa tak marahnya..Ini pula rumah ADUN Chenor Dato Tan Aminuddin bin Ishak,jaraknya sekitar 5 batu saja daripada rumah makcik miah.mungkin kos tiangnya saja melebihi daripa kos rumah yang dicita-citakan oleh saudara zahar..

Inikah dasar BN yang kata hendak bela rakyat tu..tidak mampu lagi untuk saya menulis tentang keluarga ini..hingga saat ini, saya betul geramkan pemimpin-pimpin BN yang pandai berlakon mengalahkan pelakon hindustan didepan orang ramai..kamu jawablah nanti didepan mahkamah Allah..


Memandang dengan penuh harapan ketika kami pulang..moga-moga ada sinar Insyaalah.

Tuesday, July 21, 2009

Gerhana matahari - AKUI KEBESARAN ALLAH DENGAN BERJIHAD

Allahamdulilah Di Masjid Attaqwa pagi ini kita dapat melaksanakan solat sunat Gerhana Matahari dan mendengar dua Khutbah.Antara isi Khutbah yang disampaikan oleh Khatib :

Sekali lagi kita mengalami fenomena gerhana matahari.ahli-ahli dalam bidang falak/astronomi berduyun-duyun ke negara china untuk menyaksikan gerhana penuh yang berlaku.
Cukupkah sekadar hanya kita merakam detik-detik gerhana untuk koleksi ilmu tanpa memikir kebesaran Allah s.w.t.

Didalam Al Quran Allah telah menceritakan tentang peredaran matahari dan bulan.Sebagai contoh ayat dalam surah Yassin ayat:

37. Dan lagi dalil Yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka Dengan serta-merta mereka berada Dalam gelap-gelita;
38. Dan (sebahagian dari dalil Yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat Yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengetahui;
39. Dan bulan pula Kami takdirkan Dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan Yang kering.

Ambillah iktibar untuk kita tidak lupa tentang tugas kita sebagai Kalifah Allah dimuka bumi.Kita ada tanggungjawab menzahirkan Agama Allah dan mentadbir bumi dengan peraturan Allah.Kalaulah makhluk Matahari dan Bulan yang besar pun tunduk dibawah perintahNya ,mengapa kita yang kerdil ini begitu sombong dalam hidup yang sementara ini..


Gerhana matahari separa di Malaysia pagi ini


Pelajar Vietnam Dang Anh Tuan menunjukkan satu imej suria yang dicerap di balai cerap di Universiti Kebangsaan Hanoi, Vietnam. Fenomena astronomi dapat disaksikan oleh penduduk Bumi di mana laluan gerhana itu meliputi hampir separuh kawasan Bumi.

KUALA LUMPUR: Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi tadi.

Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

"Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan semasa Gerhana Separa itu berlaku," kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd Fairos Asillam, dalam satu kenyataan semalam.

Kawasan Utara Semenanjung Malaysia merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu, katanya.

Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019, katanya.

Kejadian gerhana itu berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.

Fenomena astronomi yang juga akan berlaku esok akan dapat disaksikan oleh penduduk Bumi di mana laluan gerhana itu meliputi hampir separuh kawasan Bumi.

Mhd Fairos berkata bayangan umbra bulan (bahagian bayang yang sangat gelap) akan mula memasuki laluannya di India dan seterusnya akan melalui Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China.

Apabila laluan gerhana itu melepasi benua Asia, ia akan melalui Pulau Ryukyu di Jepun dan melalui Lautan Pasifik dengan masa maksimum semasa gerhana penuh mencapai 6 minit 39 saat, katanya.

Mhd Fairos berkata ANGKASA akan menghantar tiga orang pegawai untuk membuat penyelidikan dan pengambilan data dan imej gerhana (fotografi dan videografi) semasa berlakunya fenomena gerhana matahari itu di Jinshan, Shanghai, China.

Ini kerana mengikut statistik, cuaca dan litupan awan di China lebih baik berbanding dengan kawasan lain.

Selain daripada ANGKASA, beberapa kumpulan daripada Malaysia akan turut menyertai Ekspedisi Gerhana di beberapa kawasan di China antaranya Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Falak Syarie Malaysia, Stargazer Scientific dan Falak Online, katanya.

Rakyat Malaysia boleh bersama-sama menyertai dan menikmati Gerhana Matahari Penuh itu esok dengan melayari laman web yang membuat siaran langsung secara webcasting seperti www.exploratorium.edu/eclipse/2009/index.html, www.saros.org/index.html, www.liveeclipse.org dan www.eclipsetv.com. BERNAMA

GERHANA MATAHARI 22 JULAI 2009

Insya Allah kalau benar gerhana matahari berlaku seperti yang diramal,ambilah kesempatan untuk kita bersolat gerhana dan menginsafi tentang dosa-dosa kita...


Gerhana Matahari Separa di Malaysia sekali lagi pada 22 Jul 2009
Submitted by shahgazer on Sun, 19/07/2009 - 00:41.

* Astrofotografi
* Berita Tempatan dan Nusantara
* Gerhana, Hijab, Transit

Sekali lagi rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa yang dijangka akan berlaku pada awal pagi 22 Julai 2009 nanti. Berdasarkan kiraan Skymap Pro 8, di Kuala Lumpur, waktu kemunculan gerhana matahari adalah seperti berikut:

Waktu sentuhan pertama : 8:29 AM

Waktu Puncak Gerhana: 9:07 AM

Waktu Tamat Gerhana : 9:48 AM

Hanya 17% matahari sahaja akan dilindungi Bulan kali ini. Namun begitu ia tetap sebuah fenomena yang cukup menarik untuk dicerap.

Sementara itu, beberapa kumpulan dari Malaysia, NETT, Falak Online, Persatuan Falak Syarie Malaysia, USM dan lain-lain, akan berada di Tanah Besar China, untuk menyaksikan Gerhana Penuh Matahari. Oleh itu tunggulah laporan daripada mereka apabila pulang kelak. Mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan mereka dan dilindungi dari segala kemudaratan kesihatan.

Thursday, July 16, 2009

Sunat Dhuha Murah Rezeki Tolak Papa

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : ” Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :

“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”

(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :

” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”

( Riwayat At-Thabarani )

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.

Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :

Ertinya : ” Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala “

Doa’ sembahyang Dhuha ialah:

اللَّهُمَّ اِنَّ الضَّحَاءَ ضَحَاءُكَ وَالبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالجَمَالَ جَمَالُكَ وَالقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ اللَّهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي السَّماَءِ فَاَنْزِلْهُ وَ اِنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي الاَرْضِ فَاَخْرِجْهُ وَ اِنْ كَانَ مُعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَ اِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضَحَاءِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِيْ مَا آتَيْتَ بِهِ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ

Maksudnya : ” Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh .”

Khutbah Pilihan:Islam DiUtama Nasib Umat Terbela

Posted on Julai 17, 2009 by ekhutbah

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ :
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Kita kini berada pada minggu terakhir bulan Rejab yang pernah mencatatkan suatu perjalanan yang hebat ke atas batang tubuh Rasulullah s.a.w dalam peristiwa Isra’ iaitu perjalanan malam dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjid al-Aqsa, Palestin seterusnya Mikraj dari situ ke Sidratul Muntaha. Kesannya yang masih boleh dilihat sampai hari ini antaranya batu tergantung yang mahu turut naik bersama nabi Muhammad s.a.w yang terletak dalam kubah emas hadapan Masjid Aqsa. Kesan yang paling besar Isra’ Mikraj ialah kewajipan solat 5 waktu itu sendiri yang merupakan sumber kekuatan utama umat Islam yang semakin hari semakin diabaikan sehingga umat Islam terkapai-kapai mencari kemuliaan dan kemuliaan hidup. Peristiwa bersejarah yang melangkaui akal pemikiran biasa manusia tetapi ianya boleh terjadi atas kehendak dan kuasa Allah turut meninggalkan banyak pengajaran berharga buat umat Islam antaranya tentang betapa penting dihidupkan peranan masjid yang semakin sepi daripada jemaah terutama anak muda serta terbatasnya program dalam memakmurkan masjiid samada kekurangan tenaga dalam menggerakkannya atau sekatan daripada pihak yang tidak suka dengan kesedaran rakyat tentang betapa sempurnanya system Islam dalam memberi kebahagiaan hidup kepada umat manusia di dunia dan akhirat. Tidak berjaya umat Islam yang hanya bangga kerana membina masjid yang banyak dan indah sahaja sedangkan usaha dalam menyuburkan peranan masjid diabaikan. Renungilah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas bin Malik :
قال الرسول  : لاتَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَبَاهَى النَّاسُ فِى المَسَاجِدِ
Maksudnya: Tidak akan berlaku qiamat sehingga umatku hanya bermegah-megah dengan binaan masjid sahaja

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 107 surah al-Taubah :
وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِمَنْ حَارَبَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ مِنْ قَبْلُ ۚ ……
Maksudnya : Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) kekufuran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. ……
Ketika berada dalam bulan Rejab juga mengingatkan kita tentang suatu peperangan besar yang berlaku pada 9 Hijrah iaitu Peperangan Tabuk yang turut menyaksikan bagaimana golongan munafik cuba memecahbelahkan umat Islam dengan membina masjid yang digelar oleh Allah sebagai Masjid Dhirar yang mempunyai 4 ciri utama iaitu Ciri pertama yang ada pada masjid Dhirar ialah mendatangkan kemudharatan terhadap ummah, kedua untuk mengkufurkan kaum muslimin, ketiga untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan umat Islam dan keempat ia menjadi pusat intipan untuk memerangi Allah dan rasulNya. Pastikan masjid kita tidak mempunyai ciri-ciri yang merbahaya ini. Suburkan masjid kita, tambahkanlah ahli jemaah, perbanyakkanlah program yang bermanfaat
Sedarilah bagaimana masjid di kebanyakan negara yang lain sedang berdepan dengan keganasan musuh Islam. Belum reda pembunuhan kejam di Masjid Selatan Thailand kini kita dapat menyaksikan bagaimana adanya umat Islam Uighur, China ditembak di depan masjid secara rambang. 6 Julai sahaja menyaksikan hampir 200 umat Islam ditembak mati oleh polis China secara rambang, 800 cedera dan lebih seribu yang dipenjara. Perlu diketahui bagaimana umat Islam berbangsa Uighur telah dijajah semenjak 1949 sehingga dipaksa menganut fahaman komunis dengan meninggalkan Islam. Sesiapa yang didapati sembahyang akan dikupas kulit kepala, tapak kaki dan dicabut kaki dan kepala menggunakan trak, diseksa dalam penjara tanpa diberi mandi dan melihat cahaya matahari selama 1 – 2 tahun, dimasukkan bom dalam kemaluan perempuan. Kekejaman ini seolah mahu dimulakan kembali terhadap umat Islam sehingga umat Islam dilarang menunaikan haji bermula 2007, umat Islam bawah 18 tahun dilarang ke masjid dan ada masjid ditutup daripada solat Jumaat dan Fardhu atas alasan bimbang membangkitkan semangat untuk merusuh. Malangnya kekejaman China tidak diambil tindakan sewajanya oleh pemimpin negara umat Islam kecuali di Iran dan Turki adanya tunjuk perasaan dengan membakar barangan China dan sebagainya

Sidang Jumaat Yang diberkati Allah ,
Kembali kita untuk menyentuh tentang pengajaran Isra’ Mikraj di mana nabi Muhammad s.a.w ketika bersama malaikat Jibril naik ke langit semasa telah menghidu bau yang begitu harum yang keluar daripada bau Masyitah iaitu penyikat rambut puteri Firaun yang telah direbus hidup-hidup dalam kawah yang menggelegak airnya bersama keluarga tercinta demi mempertahankan keimanannya. Begitu juga nabi diperlihatkan segolongan manusia yang menanam dan mengetamnya setiap hari tetapi tanaman itu kembali sebagaimana biasa dan kemudian diketam lagi begitulah seterusnya dimana ia merupakan kelebihan yang dianugerahkan kepada pejuang yang berjuang pada jalan Allah. Benarlah janji Allah sebagaimana dalam ayat 169 surah Ali ‘Imran :
وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ
Maksudnya : Dan janganlah sekali-kali engkau menyangka bahawa orang-orang yang gugur syahid pada jalan Allah itu telah mati. Bahkan mereka terus hidup di sisis Tuhan mereka dengan mendapat rezeki
Perjuangan Masyitah terus dilakukan oleh pejuang-pejuang Islam yang takutkan Allah dan cintakan syahid. Dunia dikejutkan dengan pembunuhan kejam pada 1 JUlai lalu terhadap seorang ibu muda bernama Marwah Syarbini yang berasal dari Mesir di mana beliau yang sedang mengandung 3 bulan ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman berbangsa Rusia dalam Mahkamah Jerman ketika membicarakan kes pemuda tersebut yang mengganggu dan menghina beliau semata-mata kerana bertudung. Apa yang lebih kejam apabila suaminya yang ingin membantu isterinya daripada ditikam, telah ditembak oleh pasukan keselamatan Jerman sehingga cedera parah dengan alasan tersilap tembak. Umat Islam diperlakukan lebih hina daripada binatang oleh musuh Islam. Namun sedihnya dunia cuba menyembunyikan pembunuhan kejam ini dan Marwah Syarbini disemadikan di Mesir dengan kehadiran umat Islam yang agak ramai walau pun tidak sehebat dunia meratap kehilangan Raja Pop Michael Jackson.

Sidang jumaat yang dikasihi Allah ,
Panggilan yang turut menganggu nabi Muhammad s.a.w ketika Isra’ Mikraj ialah panggilan yahudi dan Kristian. Oleh itu tidak hairanlah bagaimana usaha daripada kedua agama ini terutamanya dalam memurtadkan Islam terus berlangsung. Dunia dikejutkan dengan berita kematian Bertha atau nama Islamnya dulu Natrah yang pernah meninggalkan nostalgia berdarah pada tahun 1950 apabila dia dirampas daripada keluarga angkat dan suami tercinta seterusnya dimurtadkan oleh keluarga asal di Belanda. Kini bukan lagi anak angkat berbangsa Inggeris yang dimurtadkan tetapi anak orang Islam sendiri sebagaimana peristiwa pemurtadan secara terancang Aisyah Bukhari, Kartina Kamarudin dan ramai lagi, tidak terkecuali Lina Joy. Kita mengucap syabas dan tahniah kepada mahasiswa kita di Universiti Putra Malaysia (UPM) kerana berjaya menangkap 9 penganut Kristian termasuk dua pelajar berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut. Mereka dilihat berada beberapa hari di beberapa kolej kediaman UPM dengan bergerak dari bilik ke bilik untuk menyampaikan ajaran mereka disamping menyebarkan risalah kepada warga kampus dan bergerak di tiga buah kolej iaitu Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Sepuluh, dan Kolej Sebelas. Walau pun mereka telah dibebas dengan dakwaan tidak melakukan perkara tersebut namun kita mesti berhati-hati supaya golongan yang cuba melanggar Undang-undang negara yang melarang seseorang bukan Islam menyebarkan agama kepada seorang Muslim dapat disekat. Beringat sebelum kena, cegah sebelum parah, sekat sebelum merebak.
Firman Allah dalam ayat 109 surah al-Baqarah:
وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya : Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Difailkan dalam: Isra' Mikraj & Qiblat | Leave a Comment »

Monday, July 13, 2009

SEORANG DIRI BERMOTOSIKAL SEJAUH 300KM UNTUK KE PRK MU

Semalam 'mak wok'bergegas berjumpa saya ketika bertemu semasa hendak mengerjakan solat maghrib di masjid AtTaqwa Kg. awah.Dia bertanya tentang anaknya Hasbullah atau panggilan glamournya 'capet'yang pergi ke PRK MU menaiki motor dengan siapa.aku agak terkejut mendengar pertanyaan itu hanya menjawab,mungkin 2 orang, bersama kawannya Nordin (nit).

Sebenarnya nit ada memberitahu yang dia berhasrat pergi semula ke Manik Urai dengan menaiki motosikal bersama capet.Jadi pertanyaan mak wok itu tidaklah mengundang rasa bimbang di hati.Rupa-rupanya nit tidak jadi pergi,Hasbullah ke Manik Urai seorang diri bermotosikal bertolak sekitar jam 5.00ptg.Jam 8.00 saya menaliponnya dia sedang berhenti disurau dekat Gua Musang.Saya hanya berpesan kalau letih berihatlah dulu jangan memandu juga.

Apa yang menarik yang hendak dikongsi ialah tentang semangat Jihad yang ada dalam diri pemuda-pemuda ini.Sebenarnya PAS Maran telah menghantar mereka bertugas ke MU sejak 1.7.2009 lagi.Beliau balik pada hari ahad 11.7.09 hanya untuk menghadiri temuduga di Kuala Lumpur pada hari Isnin 12.7.09 dan bertolak semula ke manik urai seorang diri dengan motosikal yang jaraknya hampir 300km.Hebat juga bukan..

Nit,Capet dan Gedang berkampung di Manik Urai


PRK manik Urai benar-benar menonjolkan semangat jihad petugas Maran,baik pemuda dan Muslimat.6 petugas muslimatnya hanya menaiki kereta api untuk menyempurnakan tugasan yang diamanahkan.

Tahniah kepada Hj Mohd Nor serta petugas-petugas yang hingga kini sedang berjuang di medan jihad PRK Manik Urai ..Ya Allah berilah kemenangan kepada kami dengan keikhlasan petugas-petugas kami berjuang..amin ya Rabbi..

Wednesday, July 8, 2009

KERETA HUTANG- PAKAI BUANG- DENGARLAH RINTIHAN RAKYAT


Seorang anak muda bernama sahrul(Gambar) menalifon saya pagi ini.Dengan marah beliau menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang dasar baru kerajaan yang ('rakyat didahulukan)'tidak lagi membenarkan syarikat insuran memberikan perlindungan kepada kereta yang berusia 10 tahun keatas.

Apa tidaknya sudah habis satu bandar Temerloh dia pusing hendak cari syarikat insuran kot-kot ada yang boleh keluarkan perlindungan untuk keretanya."Kereta koi dah berusia 15 tahun,hari ini adalah hari terakhir untuk hidupkan roadtax,tanpa insuran macamana JPJ hendak keluarkan roadtax" katanya dengan nada terkilan.(SETELAH PUAS MENCARI akhirnya beliau dapat juga hidupkan insuran keretanya dengan syarikat TOH INSURAN)



Semalam pun ada sahabat bernama Mohd Amin mengadu yang dia punyai 2 buah kereta yang semuanya berusia 10 ke atas.Kerja kampung, kereta ini macam-macam boleh angkut,daripada buhan seperti pisang durian sampailah kepada alat binaan rumah seperti simen dan lainnya macamana hendak pakai kereta baru katanya.

Beliau juga menyatakan kebimbangan tentang dasar kerajaan ini.KALAU DILAKSANAKAN Beliau mencadangkan supaya buat demostrasi dengan meletakan semua kereta-kereta yang tidak dapat dihidupkan roadtax di atas jalanraya.

Sebenarnya inilah gambaran kebimbangan rakyat terhadap dasar ini.Saya pun tidak dapat mengambarkan dengan harga kereta yang tinggi termasuk kereta tempatan dan keadaan ekonomi rakyat bawahan yang semakin tertekan kerajaan BN boleh fikir hendak buat satu dasar yang begitu bodoh banggang..yang akan mempercepatkan kemampusan BN ini.

Saya sungguh simpati kepada diri saya yang juga punya kereta berusia 10 tahun,kepada teman-teman di atas bahkan kepada seluruh rakyat Malaysia,yang saya percaya begitu tertindas dengan dasar ini..jika dilaksanakan juga.

Manek Urai: Peraih, peniaga ikan dakwa diperlekeh Umno



Jimadie Shah Othman
Jul 8, 09
12:35pm
Kira-kira 1,000 peraih dan peniaga ikan akan mengadakan perhimpunan Jumaat ini untuk membantah tindakan Umno yang didakwa telah memperlekehkan profesyen mereka.

Mereka mendakwa, Umno dalam ceramahnya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai, telah perlekehkan profesyen peraih dan peniaga ikan.

Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, juga seorang peraih ikan.

Kenyataan yang dianggap memperlekehkan mereka itu, didakwa dibuat oleh ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan dalam ceramahnya malam tadi.

Perkara itu dinyatakan oleh penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam satu sidang akhbar pagi tadi.

Ketika ditemui kemudiannya, beliau berkata, bantahan tersebut akan diketuai oleh Presiden Persatuan Peraih dan Peniaga Ikan Kelantan, Ahmad Tarmizi Salleh.

Mereka akan berkumpul mulai jam 5 petang di pasar Laloh.

Tuesday, July 7, 2009

Kerajaan Palestin Berusaha Melahirkan Generasi Al-Quran


Selasa , 07/07/2009 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menegaskan bahawa apa yang disaksikan oleh perkhemahan al-Furqan merupakan suatu kebanggaan dan kemuliaan yang besar bagi kerajaan dan rakyat Palestin, sebagaimana ia adalah mahkota kemuliaan dan kelebihan daripada Allah SWT. Beliau seterusnya menambah seraya berkata: “Alangkah indahnya kerana kita dapat berjumpa di atas hidangan al-Quran dan memulakan hari ini dengan bertemu dengan para ahli al-Quran.”

Haneyya juga menegaskan bahawa kerajaan Palestin sentiasa berusaha untuk melahirkan generasi al-Quran bagi meneguhkan pegangan rakyatnya dan demi pembangunan masa depan yang lebih mapan. Beliau juga mengatakan bahawa pihak musuh yang mensasarkan bumi dan akidah rakyat Palestin itu hendaklah dihadapi dengan suatu generasi bertamadun yang berpegang teguh dengan al-Quran dan segala ajarannya, dan ia merupakan antara strategi paling penting yang dilaksanakan oleh kerajaan, kerana al-Quran dan kekuasaan tidak boleh berpisah. Apabila kedua-duanya berpisah, ummat akan musnah.

Ucapan Haneyya itu disampaikan ketika beliau melakukan lawatan dan tinjauan pada hari Isnin (6/7) ke perkhemahan ‘al-Furqan’ dan ‘Kanz al-Huffaz’, di samping lawatan yang sama dilakukan ke Radio al-Quran al-Karim.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Monday, July 6, 2009

BABI HUTAN LANGGAR LARI

Sdr Fabli bin Yahya kemalangan akibat dirempuh babi hutan ketika beliau sedang memandu motosikalnya menuju ke tempat kerja.Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Kabut hanya mengalami cedera ringan sahaja.Sdr Azlan Ibrahim Ketua Pemuda PAS Paya Bedong menghantarnya ke klinik Pekan Awah.

Kejadian berlaku sekitar jam 8.00 pagi didepan kedai Air Gau Ent. berhampiran kedai makan Mak cu.Dua ekor babi tiba-tiba meluru daripada arah seberang jalan,seekornya tepat menuju kearah motosikal yang dipandu oleh fabli yang mengakibatkan beliau tumbang bersama motosikanya.

Keadaan menjadi gawat seketika apabila babi tersebut menuju arah kedai makan makcu yang penuh dengan orang ramai,namun orang ramai menarik nafas lega apabila babi tersebut membatalkan 'serangan keduanya' dan menuju arah lain..

Thursday, July 2, 2009

CAWANGAN BARU KEDAI AGE BANDAR TEMERLOH

Air Gau Enterprise atau lebih dikenali dengan panggilan AGE.Syarikat yang dimiliki oleh dua orang sahabat iaitu Ramli bin Ab Rahman dan Mustaza bin Mat Yusoh mula beroperasi sekitar tahun 2000.

Memulakan perniagaan dengan memasarkan air minuman jenama GAU dan sekarang mengembangkan perniagaan dalam bidang permakanan sunnah seperti pelbagai jenis kurma,buah tin,buah zaitun ,disamping produk IKS tempatan seperti ubat gigi Halalgel,stokis ECPI,jus kismis Muslimah shop,Toner mata keluaran Permata hijrah,Jus Tok Guru, mee kuning dan bandung keluaran muslim,serta herba tradisional kesihatan,kosmetik dan kecantikan.

Sehingga kini terdapat tiga buah kedai AGE yang beroperasi.iaitu di Kg. Awah jalan Temerloh Maran,di taman Bahagia Makmur Temerloh dan terkini di No 2 Blok 2 Jalan Dato Bahaman 4,temerloh Pahang.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan barangan halal tempatan dan timur tengah di alu-alukan untuk mengunjungi kedai AGE.Begitu juga kepada yang berhasrat untuk berniaga kurma di bulan Ramadhan ini juga boleh mendapatkannya dengan harga borong.


Perasmian cawangan baru AGE dibandar Temerloh telah disempurnakan oleh Dato Tuan Ibrahim bian Tuan Man Naib Presiden PAS Puasat.





KEPADA SAHABAT-SAHABAT BANTULAH AGE DENGAN MENYEBARKAN KEPADA KAWAN DAN TEMAN IKLAN INI.TERIMA KASIH

Wednesday, July 1, 2009

AKSI YB PAS



Santai Kelihatan YB Syed Hamid ADUN Semantan sedang membantu seorang pemandu wanita yang ingin keluar daripada parking.Beliau yang baru saja turun daripada bangunan PAs Pahang tidak kekok membantu sesiapa saja..tahniah YB

Kesibukan lalulintas jalan Dato Bahaman 4 Temerloh kian ketara sejak PAS Pahang menduduki bangunan barunya.Jalan yang satu ketika dulunya lengang tiba-tiba menjadi sibuk.Islam tetap menjadi Rahmat dan penyelamat kepada peniaga-peniaga yang menjadi jiran-jirannya

Perpaduan Pemuda UMNO hanya Bernilai 10 sen je


Posted on Julai 1, 2009 by HermanSamsudeen

10 senLawak juga bila membaca komen Ketua Pemuda Umno Serdang, Engku Salleh Engku Abdul Jamal berhubung cadangan supaya setiap ahli pemuda Umno membayar 10 sen bagi tujuan membayar denda RM 4000 yang dikenakan ke atas beliau dan 3 orang lagi Ketua Pemuda Bahagian yang didenda oleh Jawatankuasa Khas Parlimen.

“Saya setuju dengan cadangan supaya setiap ahli Pemuda membayar 10 sen seorang kerana inilah masanya untuk mereka menunjukkan perpaduan di kalangan ahli,” -begitulah komen beliau yang dipetik oleh Malaysiakini.

Semalam jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menjatuhkan hukuman denda RM 1000 masing-masing kepada Latt Sharizan Abdullah (Petaling Jaya Utara), Megat Zulkarnain Omar Din (Gombak), Azahari Shaari (Shah Alam) dan Ungku Md Salleh Ungku Abd Jamal (Serdang) kerana melakukan jenayah kekasaran terhadap ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh pada 26 Februari lalu.

Lucunya, dalam menangani isu pembayaran denda itu, setiap pemuda Umno diminta beri 10 sen sahaja sebagai tanda Perpaduan.

Ya! 10 sen sahaja. Itulah nilai perpaduan yang ada dalam diri setiap ahli pemuda Umno.

Saya ulangi..Persahabatan dan perpaduan mereka nilainya hanya 10 sen. Inilah cara Umno menilai ikatan Perpaduan. Bukan pada roh persahabatan, tapi pada roh duit yang nilainya hanya 10 sen.

Siswa UM bertindak jika dipecat

Abdul Rahim Sabri
Jul 1, 09
12:39pm
kemaskini 2.58pm Kumpulan mahasiswa bersedia melancarkan bantahan besar jika Universiti Malaya mengambil tindakan tatatertib terhadap dua pelajarnya yang diseret ke mahkamah semalam.

Sehubungan itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM juga berharap pentadbiran kampus tidak mengambil tindakan pecat seperti yang pernah dialami oleh tujuh mahasiswa institusi pengajian tinggi awam yang dituduh terbabit dalam satu perhimpunan haram pada 2001.

"Di pihak universiti pula, penulis ingin memberi peringatan supaya jangan sesekali mengambil tindakan dengan menghukum mereka sebelum mereka dibuktikan bersalah," kata presidennya Shazni Munir Mohd Ithnin di blognya hari ini.

"Jika seandainya hal yang pernah berlaku pada mangsa-mangsa ISA 7 berulang, penulis dan seluruh mahasiswa yang di dadanya kejap dengan perjuangan kemahasiswaan, tidak akan teragak-agak untuk membuat bantahan di segenap sudut."

Kes tujuh pelajar itu - yang dikenali "ISA 7" kerana membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri - berlarutan hingga 18 Jun lalu apabila lima daripada mereka bersalah dan didenda RM3,900 tiap seorang.

Seorang daripada mereka - yang menyertai perhimpuan di Masjid Negara pada 8 Jun 2001 - dilepaskan, sementara seorang lagi tidak menghadiri perbicaraan.

Shazni Munir, kini sedang dicari polis bagi membantu siasatan berhubung kes menconteng dan cubaan membakar dewan Akademi Pengajian Islam, juga berharap proses mahkamah berjalan dengan adil.

"Penulis dengan pengharapan yang menggunung, masih lagi mengharapkan proses perbicaraan berlangsung tanpa 'tangan-tangan ghaib' yang mengganggu, dan hakim mengadilinya dengan penuh adil serta saksama," katanya lagi.

Semalam, dua pelajar UM dituduh di mahkamah atas dakwaan menconteng dan cubaan membakar dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, 24 Jun lalu.

Mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyertai kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dibebaskan hari ini selepas dijamin RM5,500 tiap seorang.

Satu sumber polis memberitahu Malaysiakini semalam, kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu, .

Selain Shazni Munir, polis juga sedang menjejaki Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani - kedua-duanya dipercayai pelajar akademi Islam - bagi membantu siasatan.

Menurut tulisannya itu, Shazni Munir juga menyatakan kerisauan berhubung perjalanan perbicaraan terhadap dua rakannya itu.

"Masakan tidak, siapakah yang dapat memberikan jaminan kepada penulis yang mereka berdua akan dibicarakan dengan seadil-adilnya?" katanya.

"Bukanlah ingin menimbulkan kesangsian secara membuta-tuli, akan tetapi perbicaraan-perbicaraan sebelum ini yang melibatkan orang penting negara, pastinya berakhir dengan keputusan yang mengecewakan sekelian banyak pencinta kebenaran".

Dalam tulisannya semalam, Shazni pula berkata, PMIUM memutuskan untuk memberikan bantuan guaman kepada kedua-duanya.