Tuesday, July 7, 2009

Kerajaan Palestin Berusaha Melahirkan Generasi Al-Quran


Selasa , 07/07/2009 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menegaskan bahawa apa yang disaksikan oleh perkhemahan al-Furqan merupakan suatu kebanggaan dan kemuliaan yang besar bagi kerajaan dan rakyat Palestin, sebagaimana ia adalah mahkota kemuliaan dan kelebihan daripada Allah SWT. Beliau seterusnya menambah seraya berkata: “Alangkah indahnya kerana kita dapat berjumpa di atas hidangan al-Quran dan memulakan hari ini dengan bertemu dengan para ahli al-Quran.”

Haneyya juga menegaskan bahawa kerajaan Palestin sentiasa berusaha untuk melahirkan generasi al-Quran bagi meneguhkan pegangan rakyatnya dan demi pembangunan masa depan yang lebih mapan. Beliau juga mengatakan bahawa pihak musuh yang mensasarkan bumi dan akidah rakyat Palestin itu hendaklah dihadapi dengan suatu generasi bertamadun yang berpegang teguh dengan al-Quran dan segala ajarannya, dan ia merupakan antara strategi paling penting yang dilaksanakan oleh kerajaan, kerana al-Quran dan kekuasaan tidak boleh berpisah. Apabila kedua-duanya berpisah, ummat akan musnah.

Ucapan Haneyya itu disampaikan ketika beliau melakukan lawatan dan tinjauan pada hari Isnin (6/7) ke perkhemahan ‘al-Furqan’ dan ‘Kanz al-Huffaz’, di samping lawatan yang sama dilakukan ke Radio al-Quran al-Karim.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

No comments: