Monday, July 27, 2009

Ziarah Keluarga Mangsa Kemalangan Ngeri




Rombongan PAS Kawasan Maran yang diketuai TYDP bersama sdr Samsuri,Hj Fatah dan Ikhwan telah menziarahi keluarga yang terlibat dengan kemalangan ngeri yang meragut 5 nyawa ahad lalu

Keluarga kepada Nasarudin mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut menetap di Felda Jengka 5.Rombongan disambut oleh En Wan Jaafar 60 ayah tiri kepada Nasarudin Abdul Aziz.

PAS Kawasan Maran merakamkan ucapan simpati dan Takziah serta menghulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa.

------------------------------------------------------------------------------------



MARAN - Lima sekeluarga termasuk seorang ibu mengandung dan bayi lelakinya berusia 10 bulan terbunuh selepas kereta Perodua Kenari yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori kontena bermuatan tong gas di Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kompleks Rakan Muda di sini semalam.

Empat ahli keluarga berkenaan termasuk bayi tersebut dipercayai tercampak keluar dari kenderaan manakala seorang lagi mangsa tersepit di tempat duduk. Kesemua mereka maut di tempat kejadian.

Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta, Nasarudin Abdul Aziz, 32, pembantu rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Purun, isterinya, Fatmawati Harun, 30, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Purun yang mengandung tiga bulan dan anak sulung mereka, Mohd. Nadzif Iman Nasarudin, 10 bulan. Mereka tinggal di Felda Purun, Triang dekat Bera.

Turut maut ialah ibu Fatmawati, Sepiah Mohamad, 60, dan anak bongsunya yang kurang upaya, Mohd. Syakirin, 23. Kedua-duanya tinggal di Felda Jengka 5.

Pemandu lori kontena berusia 39 tahun hanya mengalami cedera ringan di kaki dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan manakala kelindannya yang berusia 17 tahun tidak cedera.- KOSMO

1 comment:

MaranDaily said...

semoga Allah merahmati arwah dan memberi pengajaran kepada kita semua...