Friday, January 23, 2009

Ramallah lancar kempen burukkan Hamas.

Written by admin from on January 23rd, 2009 |

Jumaat, 23/01/2009 - Hamas menyatakan satu kempen yang dilancarkan oleh pemerintah boneka Dayton yang secara sistematik memburukkan Hamas dan kumpulan pejuan lain berikutan kemenangan Hamas dan pejuang lain ke atas Zionis-Israel. Sebaik sahaja Zionis-Israel memberhentikan operasi mereka, media-media terus digunakan untuk memburuk-burukan Hamas. Beberapa pemimpin kerajaan boneka Dayton secara terbuka menghamburkan fitnah(kerajaan boneka Dayton merujuk kepada kerajaan yang dibentuk oleh Jeneral Amerika Keith Dayton. Antara pimpinan mereka Salam Fayad, Mahmud al Habbash dan Yasr Abu Rabi).

Antara tuduhan mereka terhadap Hamas ialah pemimpin Hamas korup, mencuri dan merompak harta rakyat Palestin. Tujuan propaganda in dilancarkan adalah kerana di saat ini banyak bantuan kewangan yang datang untuk membantu Hamas dan membangunkan semula Gaza. Ini kerana seluruh masyarakat dunia tahu bahawa kerajaan Hamas adalah sebuah kerajaan yang dipilih secara demokratik oleh rakyat Palestin. Mereka juga terkenal dengan amanah, komited dan bersungguh-sungguh membantu rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif

No comments: