Monday, January 12, 2009

Hamas: Kami tidak akan mengalah.

Written by admin from on January 13th, 2009 | 1 Comment

Selasa ,13/01/2009 - Hamas menegaskan bahawa operasi tentera Zionis gagal dalam mencapai matlamat mereka untuk menghancurkan Hamas. Hamas juga tidak akan berputus asa meskipun pelbagai sekatan dan keganasan Zionis. Dr. Ismael Ridwan salah seorang pemimpin Hamas menyatakan setelah 16 hari serangan Zionis terhadap masyarakat Palestin, tujuan mereka adalah untuk menjadikan rakyat Palestin akur dengan segala kehendak Zionis-Israel.

Beliau turut menyatakan bahawa gencatan senjata tidak mungkin berlaku sekiranya keganasan serangan Zionis masih berterusan, masih terus menduduki Gaza, tidak membuka sempadan secara keseluruhan terutama di Rafah.

Hamas turut meminta agar pemimpin Zionis-Israel di dakwa di Mahkamah Antarabangsa kerana keganasan yang meraka lakukan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif

No comments: