BAITULMAQDIS 27 Jan. – Calon pilihan untuk memenangi pilihan raya Israel bulan depan, Benjamin Netanyahu semalam berikrar akan memperluaskan kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat jika beliau dipilih menjadi Perdana Menteri baru.
Pendirian Netanyahu itu disiarkan oleh agensi berita AP yang antara lain melaporkan:
* Netanyahu akan membenarkan kawasan penempatan Yahudi diperluaskan bagi menampung ‘pertumbuhan’ semula jadi iaitu bercanggah dengan tuntutan pelan damai anjuran antarabangsa yang menjadi asas rundingan damai.
* ‘Pertumbuhan semula jadi’ merujuk kepada pembinaan perumahan baru bagi menampung keluarga yang semakin besar di kalangan pendatang Yahudi. Sikap Netanyahu itu dijangka cetuskan pertelagahan dengan Amerika Syarikat.
* Tinjauan pendapat di kalangan penduduk Israel menunjukkan pemimpin parti Likud itu memiliki peluang terbaik memenangi pilihan raya yang akan diadakan dua minggu lagi. Netanyahu pernah memimpin Israel pada 1996 hingga 1999.
No comments:
Post a Comment