Monday, January 19, 2009

67 buah sekolah telah dibedil sepanjang 23 hari serangan rejim Zionis.

Isnin ,19/01/2009 - Pusat hak asasi manusia Al Mizan melaporkan bahawa sepanjang 3 minggu kempen penyerangan Gaza, tentera yahudi telah membedil lebih dari 67 buah sekolah termasuklah 36 sekolah dibawah kelolaan UNRWA. Dalam satu kenyataan yang diterima oleh PIC, Al Mizan melaporkan bahawa tentera yahudi telah mengebom sekolah kelolaan UNRWA walaupun lokasi tersebut menjadi tempat perlindungan rakyat Gaza yang melarikan diri dari serangan bom tentera yahudi.

Selain itu, van-van kepunyaan UNRWA juga turut menjadi mangsa pengeboman. Kenyataan tersebut turut menggariskan bahawa serangan-serangan tersebut adalah sengaja dilakukan dan tidak ketinggalan markas UN di Gaza serta stor penyimpanan makanan juga turut menjadi sasaran pengeboman.

Kenyataan tersebut turut menggariskan bahawa serangan-serangan tersebut adalah sengaja dilakukan dan tidak ketinggalan markas UN di Gaza serta stor penyimpanan makanan juga turut menjadi sasaran pengeboman.
Al Mizan juga melaporkan bahawa pada hari ke 10 serangan, tentera yahudi telah mengebom sekolah UNRWA di Beit Lahiya yang menjadi lokasi perlindungan 1800 penduduk awam dengan bom kimia fosforus putih yang mengakibatkan kematian 2 kanak-kanak dan mencederakan ibu kanak-kanak tersebut yang kehilangan sebelah tangan dan sebelah kakinya.

Al Mizan merayu kepada UNRWA dan UN agar menghukum pemimpin-pemimpin Israel yang bertanggungjawab dalam melakukan jenayah perang ini selari dengan undang-undang antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : dakwatuna

No comments: