Seramai lebih daripada 60 orang terdiri daripada golongan miskin,OKU,ibu tunggal telah sempat kami ziarahi.Hasilnya memang hebat,kami diterima dengan begitu baik sekali.Berbagai masalah telah diluahkan kepada kami.
Bertanya khabar dengan Alias bin Abd Rahman seorang OKU cacat penglihatan.
Bila dah berjumpa berbagai masalah diluahkan.Menurut Puan Rosimah bt Bakar 60tahun beliau ada dipanggil untuk mengambil wang bantuan yang disampaikan oleh YB Dato Tan di masjid Kg. Jengka batu 13 pada 18.9.09,tetapi malangnya apabila tiba disana nama beliau tidak termasuk dalam senarai orang miskin yang menerima bantuan tersebut.Beliau melahirkan rasa terkilan kerana bukan mudah untuk beliau kesana disebabkan oleh masalah kesihatan yang dihadapinya.
No comments:
Post a Comment