Siapa yang tidak gembira mendengar Perdana Menteri Malaysia hendak datang ke melawat chenor,setidak-tidaknya tempias juga projek-projek segera seperti menukar karpet baru masjid ,sewaan knopy,membuat jalan ,membasuh jambatan daripada tahi kerbau,menyiapkan rumah PPRT dan macam-macam lagi peluang yang ada,maklumlah bukan senang PM hendak datang melawat.
Bagi dua buah keluarga yang sempat kami ziarahi semalam bukan sahaja mereka tidak tersenarai didalam mereka yang akan menerima kunci rumah Perkampungan PPRT Chenor (Ada 20 buah rumah je) yang digelar 'Sejahtera Pintar'yang akan dirasmi oleh PM petang ini bahkan mereka juga tidak mendapat peruntukan membuat rumah PPRT ditanah sendiri.Walaupun dikiri kanan rumah mereka orang lain mendapat rumah PPRT ditanah sendiri.
Semua jentera dikerah untuk menyiapkan rumah PPRT yang di panggil 'Sejahtera Pintar'.Rumah yang tidak boleh di pusakai,hanya duduk masa hidup sahaja.
En. Harun bin Zainuddin atau'Abg Jo'di depan RUMAHnya.Tiada bekalan letrik dan air kalau hendak mandi terpaksa berjalan ke masjid yang jaraknya lebih kurang 800meter.Status duda,tinggal bersendirian.Lokasi Kg. Pesagi Chenor.
Ruang dalam rumah, tempat tidur ,memasak masih mengunakan kayu api..
Menyampaikan sumbangan daripada PAS Maran
Ini pula Keluarga Hassan bin Majid.Tinggal bersama isteri dan 5 orang anak.kerja menoreh getah.pendapatan sekitar RM 400.00.Lokasi Kg. Lompat Pesagi Chenor.
Pandangan hadapan rumah..Didepan rumah mereka ada 3 buah keluarga yang mendapat rumah PPRT.Tetapi keluarga ini tercicir mengapa?Isteri abg hasaan berkata ketika DAto Tan ADUN chenor datang menyerah kunci rumah PPRT jirannya,dia rasa mahu memegang tangan Dato Tan hendak bawak dia tengok keadaan rumahnya itu,tapi apakan daya dia perempuan katanya kecewa.
No comments:
Post a Comment