Sunday, September 6, 2009

Baru 1 hari duduk dah BANJIR


Baru semalam dirasmikan oleh PM Najib rumah 'Sejahtera Pintar'(waris tak boleh terima pusaka) untuk rakyat miskin di Teluk Melati dah pun ditenggelami air.Menurut sumber hujan lebat yang bermula awal pagi ahad 6.9.09 telah menyebabkan 4 biji rumah di masuki air separas lutut.

Timbul persoaalan, apakah kerajaan BN benar-benar hendak membantu rakyat termiskin di Maran? atau sekadar melepaskan batuk ditangga saja..

Rumah baru dilanda banjir kilat (laporan sinar harian)

CHENOR – Baru sahaja menginap dua hari dan belum sempat memunggah keseluruhan barang ke rumah baru mereka, 10 peserta projek perintis program Sejahtera di Kampung Telok Melati di sini dilanda banjir kilat bersama lumpur, awal pagi semalam.

Walaupun hujan tidak begitu lebat, tetapi ia berlarutan hingga tiga jam, menyebabkan 10 daripada 20 buah rumah yang baru dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu dinaiki air setinggi kira-kira 0.7 meter.

Perumahan program Sejahtera itu di bawah naungan Jawatankuasa Bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG) yang memperkenalkan pendekatan lestari dalam membasmi kemiskinan tegar.

Ketiadaan longkang di sekeliling perumahan itu memburukkan lagi keadaan, selain kedudukannya yang rendah berbanding rumah penduduk berhampiran.

Mangsa, Mahyuddin Ahmad, 48, berkata, kejadian jam 4 pagi itu hanya disedari ketika bangun untuk menyiapkan hidangan sahur.

Menurutnya, niat untuk bersahur terpaksa dilupakan apabila dia bersama dua anaknya terpaksa berusaha menyelamatkan barang keperluan supaya tidak dihanyutkan air.

“Bukan setakat air pada paras lutut, malah lumpur turut masuk ke dalam rumah yang baru dua hari saya duduki.

“Tilam, sofa dan beberapa perkakas lain basah dan kami terpaksa menunggu sehingga hari siang bagi mengambil tindakan selanjutnya, selepas air surut pada jam 10 pagi,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

:Mangsa, Rashidah Abdullah, 51, berkata, dia tersedar dari tidur pada jam 4.30 pagi apabila tilamnya basah dan bergegas bangun lalu mengejutkan empat anak yang lain.

Menurutnya, tiada apa yang dapat dia bersama jiran yang lain lakukan selain menunggu hari siang kerana hujan masih berlarutan.

“Selepas hujan berhenti jam 8 pagi, air mulai surut, tetapi air dalam rumah saya masih belum menunjukkan sebarang perubahan.

“Walaupun sudah jam 2 petang, air di rumah saya sahaja yang masih bertakung kerana tiada ruang atau longkang yang membolehkan air itu dialirkan keluar,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kerja membuat longkang dilakukan menggunakan sebuah jengkaut di kawasan berisiko tinggi untuk takungan air.

Sementara itu, penduduk lain masih meneruskan kerja membersihkan sisa lumpur. Pada masa sama, masing-masing meluahkan rasa bimbang dan menjangkakan kejadian itu akan berulang berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

No comments: