Friday, September 25, 2009

Doa Buat Ibu...dan Ayah..

Doa anak kepada ibubapa adalah penyambung pahala dan kebaikan buat mereka dialam barzakh..Itulah jaminan daripada Rasulullah s.a.w,moga di kabulkan Allah..


Ayahku Awang Abdul Rahman Bin Talib meninggal- 1911 - 1995


Ibuku Rosimah binti Awang Kenek meninggal pada 23.9.1978

Hari ini genap 31 tahun ibu meninggalkan aku.Walaupun setiap hari aku panjatkan doa buat ibubapaku tapi subuh ini aku terkenangkan mereka yang telah banyak berjasa membesarkan aku.

Ibu pergi ketika usia aku 10 tahun.Aku masih ingat,dia pergi setelah berbulan menjaga kami tiga beradik kerana diserang sakit yang panjang,seingat aku 3 bulan atau lebih.Aku yang mula-mula sekali diserang sakit, terlantar bagai mayat hidup dirumah,rambut gugur badan tinggal rangka.Begitulah keadaan aku mengikut cerita makcik ketika aku berkunjung kerumahnya pada hari raya lalu.

Ibu akhirnya jatuh sakit setelah melihat ketiga-tiga anaknya terlantar seorang demi seorang.tidak dapat aku bayangkan tekanan yang dihadapi olehnya,sehingga dia akhirnya meninggalkan kami.Pengorbanannya tidak aku lupakan..pesannya supaya aku mengaji Quran dengan Pok Leman telah aku tunaikan..Doa ku pohonkan kepada Allah..

Ya Allah Ampunkan dosa kedua ibubapaku,kasihani mereka sebagaimana mereka mengasihaniku semasa kecil..

ampunilah mereka..ya Allah.. Kasihani mereka ya Allah..Masukkanlah mereka ke Syurgamu Ya Allah..Jauhkan mereka daripada azab neraka mu ya Allah..amin ya rabalalamin

sekali lagi airmataku berlinang..

No comments: