Chenor 28.8.09-Tanpa mempedulikan rayuan pemilik gerai didalam Sinar Harian bertarikh 27.8.09,pihak Kerajaan BN diwakili oleh MDM telah bertindak merobohkan gerai tersebut pada pagi jumaat ini.
Operasi roboh gerai tetap berjalan ,tidak seperti kes sebat model Kartika Dewi yang ditangguhkan pelaksanaannya kerana menghormati kedatangan bulan Ramadhan,.
Menurut sumber pembersihan ini perlu dilakukan segera (tak kira ramadhan) kerana minggu depan Najib hendak melawat pembangunan di DUN Chenor setelah diperintah oleh Dato Tan selama 4 penggal.
Penguatkuasa Majlis Daerah Maran yang ditugaskan oleh kerajaan BN bersedia untuk merobohkan gerai-gerai di Bandar Baru Chenor.
Jentolak digunakan dalam operasi Roboh Gerai Rakyat
Walaupun mendapat notis roboh yang sama dengan gerai rakyat tetapi kabin milik TNB yang juga berada ditempat yang sama tidak diusik pun..
No comments:
Post a Comment