Tuesday, August 25, 2009

Bukti UMNO Memang Tak Mahu laksana Hukum Islam

Inilah bukti yang paling jelas UMNO BN memang tidak pernah berhasrat untuk melaksanakan undang-undang syariah.Dalam keadaan Hakim dah jatuhkan hukuman ,pesalah pula begitu bersedia untuk dirotan pun,pimpin UMNO bercakap macam2 mengeluarkan isihati 'jahat' mereka terhadap Islam.Sahrizat kata kalau laksanakan hukuman tu nampak Islam tu ZALIM.

Hari ini mereka kata takde pakar merotan pulak ...dah 51 tahun merdeka ,seorang penjawat jawatan 'Perotan'pun takde..kata UMNO nak laksana Islam..takan pelik namaya tu.Kalau setakat nak lahirkan seorang perotan takpayah tunggu 52 tahun merdeka,1 jam pun boleh..

Jabatan Penjara tiada pakar sebatan syariah

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui, Jabatan Penjara tidak mempunyai kepakaran melaksanakan hukuman sebat syariah bagi dilaksanakan terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pelaksanaan hukuman sebat mengikut syariah itu hanya dapat dilaksanakan apabila kakitangan Jabatan Penjara mempunyai kepakaran berbuat demikian.

"Ya, kita tak ada pengalaman, saya kena akui. Dari segi tanggungjawab saya difahamkan mengikut undang-undang memang kita (KDN) dipertanggungjawabkan (melaksanakan hukuman) tapi tak mungkin saya benarkan pelaksanaan hukuman itu kalau tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran dari segi hukum dan cara ditetapkan dan ini kita perlu bincang dengan pihak berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat pertama Pasukan Petugas Kepemimpinan Negara bagi menjayakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berkaitan usaha menangani masalah jenayah di pejabatnya di sini, semalam.

Hishammuddin diminta mengulas keputusan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menangguhkan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi kerana kesalahan meminum arak di khalayak umum yang sepatutnya dilaksanakan minggu ini.

Hishammuddin berkata, Jabatan Penjara perlu bersedia menjalankan tugas berkenaan dan jika beliau masih tidak berpuashati dengan tahap kesediaan kakitangan jabatan, hukuman berkenaan mungkin tidak dapat dilaksanakan walaupun selepas Ramadan.

"Kita kena mengikut hukum, bukan seperti sebat kes dadah dan rogol yang tak ada kena mengena dengan hukuman syariah. Paling penting ialah kemahiran, tanggungjawab melaksanakan amanah dan tugas, ada perkara mengikut akta yang kita tak boleh elak untuk melaksanakannya, nak laksanakan sesuatu kena ada kemahiran.

"Terus terang... ini kes pertama kita kena hadapi dalam konteks Jabatan Penjara dan saya minta mereka tengok, kaji dan maklum kepada pihak berkenaan," katanya.

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
bhnews@bharian.com.my


'Saya masih rela disebat'

Kartika tertekan, akur jika Jaip rayu batal hukuman

SUNGAI SIPUT: Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno tidak akan merayu terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadapnya dan tetap dengan keputusan menerima enam sebatan walaupun terpaksa menunggu sehingga selepas Aidilfitri.

Namun, beliau akur jika Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) merayu kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan bagi membatalkan hukuman berkenan.

Ibu dua anak itu berkata, selepas melalui proses perbicaraan lebih setahun sejak Julai tahun lalu, beliau menghormati tindakan Jaip dan Jabatan Kehakiman Syarie Pahang yang bersungguh-sungguh menegakkan syariat Islam.

"Sejak kes saya pertama kali disebut di mahkamah Julai tahun lalu dan perbicaraan ditangguh beberapa kali hingga keputusan hakim bulan lalu, saya mengalami penderaan mental yang sukar dijelaskan.

"Akhbar tempatan juga menyiarkan kes saya sejak hari pertama hingga memalukan kami sekeluarga. Saya sedih sangat. Sebelum hakim menjatuhkan hukuman bulan lalu, saya sebenarnya sudah insaf dan bersedia disebat.

"Sampai hari ini (semalam), saya masih rela disebat," katanya ketika ditemui di rumah ibu bapanya di Kampung Jawang Utara, dekat sini semalam.

Kartika Sari berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam dia boleh membuat rayuan dan tidak sepatutnya reda untuk dihukum.

Najib berkata, bagi Kerajaan Pusat, soal Islam tidak boleh persoalkan yang bermakna agama Islam adalah adil dan saksama, manakala pihak berkuasa peka serta sedar segala implikasi terhadap kes itu.

Mengulas lanjut, Kartika Sari berkata, beliau menghormati saranan Perdana Menteri dan menghargai keprihatinannya, tetapi nekad dengan keputusan dan bersedia menanti hukuman.

Katanya, selepas hakim menjatuhkan hukuman denda dan sebatan bulan lalu, beliau ada mendapatkan pandangan orang alim mengenai tindakannya yang enggan membuat rayuan.

"Saya bimbang masyarakat menganggap saya tidak waras tetapi orang alim ini mengatakan saya membuat keputusan yang waras," katanya.

Kartika Sari bagaimanapun mengakui fikirannya bercelaru semula selepas pakar undang-undang mempertikaikan prosedur penahanan di Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman sebatan.

No comments: