Monday, August 10, 2009

Gotong Royong Membersih Tanah Perkuburan




9.08.09 Ahad Kg. Awah.Satu gotong ronyong membersihkan kawasan perkuburan Kg.Belimbing telah dilaksanakan oleh penduduk.Program bermula jam 8 pagi di mulai dengan majlis tahlil dan bacaan doa oleh Ust. Imran saidin.

Seramai 60 orang terdiri daripada pelbagai lapisan penduduk kampung Awah menyertai program gotong royong tersebut.

Serentak dengan masa dan tarikh itu juga program yang sama turut dilakukan di tanah perkuburan Kg. Charuk Taulang dan pada minggu sebelumnya di tanah perkuburan Kg. Kabut.

Persatuan Khairat Kematian Mukim Bukit Segumpal telah menyumbang sejumlah RM 300.00 bagi membantu penduduk kampung untuk menyediakan makanan dan minuman.

No comments: