Thursday, October 29, 2009

Awas Pokok Tumbang



Inilah akibatnya kalau pokok yang ditanam bertujuan untuk mencantik pemandangan tetapi tidak dijaga dan dibiarkan terlalu tinggi, akhirnya merbahayakan nyawa pengguna jalan raya.

Menurut saksi Ikhwan 21th,kejadian tersebut berlaku sekitar jam 11.30am 21.10.2009 lokasi depan Jabatan Pertanian Bukit Lada.Pokok tersebut tumbang secara tiba-tiba diatas jalan raya.Menurutnya ada sebuah kereta dalam jarak lebih kurang 50 meter saja ketika pokok tersebut tumbang,nasib baik tidak kena kereta itu tambahnya.

Beliau yang juga Setiausaha Kerja PAS Maran bertindak melaporkan kepada pihak Polis dan juga Roadcare untuk kerja-kerja pemotongan dan pembersihan.

Beliau juga berharap agar pokok-pokok yang masih tinggal disitu ditebang atau diselenggara dengan baik agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini sehingga merbahayakan nyawa pengguna jalan raya.

Wednesday, October 28, 2009

Burung Hantu Masuk Masjid



Jemaah masjid At Taqwa Kg. awah dikejutkan dengan kemunculan 2 ekor burung hantu (nama lain helang ketok ketanpi) yang masuk kedalam masid ketika hendak menunaikan solat subuh.

Menurut sdr badrul yang sampai ke masjid jam 5.20pagi beliau terperanjat apabila menyedari kehadiran burung hantu tersebut apabila memasang lampu masjid.

Burung terbabit akhirnya berjaya keluar sekitar jam 6.45pagi.

Difahamkan ini adalah kejadian pertama yang berlaku sejak masjid At taqwa didirikan sejak tahun 70an

Sunday, October 25, 2009

PASTI Al Hidayah Tg. Perang..Selangkah Didepan..

Hari ini 26.10.2009 bermula peperiksaan PASTi seluruh Msia termasuk di PASTI Al Hidayah Tg. Perang.

Jamuan Hari Raya anjuran PASTI Alhidayah semalam mendapat sambutan hebat daripada ibubapa dan penduduk sekitar.Tahniah Guru,AJK dan semua yang terlibat menjayakan majlis tersebut.

Rombongan ke Petro sain bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar PASTI.

Sukan PASTI peringkat Daerah dan Negeri menjadi agenda PASTI

Ziarah dan menghulurkan sumbangan kepada anak/ibubapa PASTI yang ditimpa musibah

Sambutan setiap hari kebesaran Islam menjadi agenda tahunan.

Pembangunan Guru yang menjadi tulang belakang kekuatan PASTI sentiasa dititik beratkan agar tidak ketinggalan disemua sudut.

Thursday, October 22, 2009

Khutbah Pilihan Masjid Attaqwa Kg. Awah

Diedit drp blog khutbah pilihan

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 1 – 6 surah al-Waqi’ah :

Maksudnya : Apabila berlaku hari kiamat itu, Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan. Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran

Kita kini dapat menyaksikan bagaimana umur dunia kini sudah semakin tiba ke penghujungnya. Bukit dan gunung yang dulu teguh berdiri kini sudah ada hancur musnah. Tanah yang tetap terhampar kini bergegar dan runtuh yang menelan bangunan dan manusia.
Angin pula bertukar menjadi ribut ganas yang memusnahkan harta dan meragut nyawa manusia. Laut bergelora begitu kuat sehingga memusnahkan daratan. Air hujan melimpahkan air yang begitu banyak sehingga berlakunya banjir yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda. Api yang dulu jadi kawan kini membakar hutan dan bangunan. Manakala manusia mula merusuh tidak tentu hala sehingga keamanan yang dikecapi selama ini mula hancur dan musnah. Kesemua peristiwa yang berlaku mestilah diambil pengajaran yang sepatutnya terutama dalam mengingatkan kita bagaimana dunia semakin dekat kepada hari qiamat.
Keadaan pada hari ini sudah begitu teruk apatah lagi bila berlakunya qiamat nanti. Masa berlalu begitu pantas tanpa menunggu umat manusia samada telah bersedia untuk menuju akhirat atau terus terpedaya dengan tipuan dunia. Ingatlah kita kepada suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Anas bin Malik katanya :
Maksudnya : Tidak akan berlaku qiamat sehingga masa menjadi terlalu singkat. Setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seumpama seminggu, seminggu pula dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seolah-olah satu jam sahaja dan satu jam berlalu bagaikan satu percikan api sahaja
Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Rasulullah s.a.w pernah menyatakan kepada kita bagaimana keadaan umat akhir zaman dengan qiamat terlalu dekat ibarat dua jari yang bersebelahan sahaja. Bila kita lihat apa yang berlalu disekeliling kita menunjukkan bahawa hampir kesemua alamat atau tanda-tanda qiamat yang diberitahu oleh Allah melalui nabi Muhammad s.a.w telah pun berlaku antaranya sebagaimana tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada Anas:

: مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَقِلَّ العِلْمُقال الرسول وَيَظْهَرَ الجَهْلُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا وَتَكْثُرَ النِّسَاء ُوَيَقِلَّ الرِّجَالُ حَتَّى يَكُوْنََ لِخَمْسِيْنَ امْرَأَةً القَيِّمُ الوَاحِدُ

Maksudnya : Antara tanda qiamat itu ialah ilmu agama sedikit, kejahilan semakin jelas, perbuatan zina dilakukan terang-terang, jumlah perempuan cukup ramai manakala jumlah lelaki berkurangan sehingga bandingan 50 orang perempuan dijaga oleh seorang lelaki
Akibat buta agama dan lari daripada melaksanakan perintah Allah dalam kehidupan seharian maka pelbagai jenayah dan kerosakan yang berlaku dalam masyarakat kita. TV dan akhbar tidak sunyi daripada menyiarkan berita tentang rompakan, pembunuhan dan buang anak akibat penzinaan yang semakin parah. Walau pun sudah terlalu banyak peringatan Allah terutama yang terbaru selsema babi, rebut taufan Filipina dan gempa bumi Indonesia namun pengajaran yang sepatutnya mengetuk hati manusia tidak digunakan. Manusia sentiasa mencari alasan bahawa itu semua adalah bencana alam kerana gempa bumi contohnya berlaku kerana Indonesia berada dalam kawasan ‘Lingkaran Api Pasifik’ sedangkan Malaysia berada di luar kawasan bahaya itu. Ingatlah bahawa ia tidak mustahil berlaku terutama berdasarkan rekod dari 2000 hingga Mei 2009, sebanyak 69 kali gempa bumi dilaporkan berlaku di Malaysia iaitu masing-masing 31 kali di Semenanjung dan Sabah, manakala tujuh lagi di Sarawak walau pun tidak sekuat dan sedahsyat negara lain.
Jangan tunggu bala musibah menimpa atas batang hidung sendiri baru mahu insaf dan bertaubat kepada Allah. Takutlah kepada Allah sepanjang masa dan tempat bukannya takut kepada kepada penyakit dan bencana alam.
Pilihlah samada kita terus membiarkan maksiat dan menunggu bala yang dahsyat atau kita bangkit menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar dan mendapat keberkatan serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 179 surah al-A’araf :

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.


Mimbar Jumaat pada hari ini tidak ketinggalan untuk mengajak kita untuk merenungi beberapa peristiwa pelik yang berlaku sekeliling kita seperti sejadah berdiri seolah-olah sedang solat di beberapa tempat di Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang yang terus disiasat samada ia betul-betul terjadi atau pun bahan permainan budak nakal. Jika benar-benar berlaku maka ambillah iktibar bukannya dijadikan bahan khurafat.
seperti untuk menyedarkan umat Islam agar sentiasa menjaga solat terutama secara berjemaah. Kita mesti menangani masalah meninggal solat yang semakin parah dalam masyarakat kita pada hari ini terutama bila mendengar suatu kajian di mana 95 peratus pelajar sekolah menengah dan sekurangnya 60 peratus pelajar universiti tidak lengkap solat.
Kita juga tertarik dengan komen Majlis Mufti Rusia yang menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia 9 bulan di selatan Rusia merupakan amaran Allah kepada semua penduduk Islam di Rusia dan seluruh dunia agar mengikuti perintah Allah dengan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan membersihkan diri daripada dosa yang membolehkan kita mendapat keampunan dan keredhaan Allah.

Jadilah kita sebagai hamba Allah yang sentiasa hidup hatinya iaitu diberitahu tentang pahala dan syurga maka berebut untuk mendapatkannya manakala bila disebut tentang bahaya dosa dan neraka maka gementar hati memikirkannya. Jangan sekali-kali kita menjadi manusia yang mati hati walau pun telah banyak peringatan yang didatangkan oleh Allah namun dia bukan sahaja tidak mengambil iktibar malah yang lebih malang bertambah jahat melawan Allah s.w.t.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Wednesday, October 21, 2009

minyak oh minyak


kereta abih minyak tengah berjalan! biasalah tu..tak terkecuali ketua wanita o'mano..

yalah minyak hijau 07 pun dah naik harga tanpa disedari.lagi pun petronas kat sini tak jual minyak hijau ron07 ni..ron05 kuning je ada..isi jelah ron05 pun ok dia kata..rakyat semakin nak diperbodohkan,kalau dah sama buat apa ada ron05/07 buat satu ron jelah..

Sunday, October 18, 2009

Hari Raya di Seri Jaya

Ahad 18.10.09 -PAS MTD Luit bersama Lajnah Perpaduan Nasional PAS Maran menganjurkan sambutan Hari Raya aidil fitri bersama masyarakat cina di Seri jaya semalam.Majis dimulakan dengan ucapan Ust Ramli TYDP PAS Maran,Hj Mat Nor Salleh Pengarah MTD Luit serta Pengerusi DAP Serijaya En. Ah Sang.

Sambutan luarbiasa yang diberikan oleh masyarakat cina mengambarkan PAS telah berjaya memecahkan tembok perkauman.

Program yang bermula jam 3 petang itu turut menyediakan kaunter pemeriksaan kesihatan percuma oleh Dr Efandi bin Abd Aziz.Masyarakat cina tidak melepaskan peluang tersebut setelah menikmati makanan yang disediakan.





waba UMNO bagi biskut dah abih tarikh



'waba' UMNO bagi biskut dah luput tarikh begitulah luah penduduk sekitar Kg.Pesagi chenor.Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg. Pesagi pada hari ahad 18.10.09 ke rumah penduduk.

Menurut Sdr Najmuddin bin Mat Nor 45 tahun biskut tersebut adalah diantara bahan makanan yang disediakan oleh Kerajaan untuk menghadapi kemungkinan banjir pada tahun 2008.Oleh kerana banjir tidak berlaku pada tahun itu biskut beserta bahan makanan lain hanya tersimpan di Sekolah Kebangsaan Pesagi.

Menurut sumber yang boleh dipercayai sebenarnya bantuan banjir itu telah lama diistiharkan lupus,tetapi tidak diagihkan kepada penduduk setempat,sehinggalah baru-baru ini hendak diagihkan.

Ekoran daripada itu penduduk telah bertindak menemui semula Ketua pemuda UMNO Kg Pesagi bagi melahirkan rasa kecewa diatas pemberian yang dianggap tidak ikhlas kepada orang kampung itu.

Hari Raya PAS Maran Meriah


Pemuda PAS Maran sentiasa menunjukan komitmen yang tinggi dalam melakukan kerja-kerja Amal.
Sedang menyembelih 'gaya ramai tu macam kerbau..'je.Biri-biri ini sebenarnya menu tambahan,kerana ada ahli yang berhajat untuk sumbangkan.tkasih..

Dr Efandi bukan saja pakar dalam perubatan tapi juga pandai melapah kulit biri-biri,dia buat sampai siap bukan hanya lakonan macam pemimpin... petua kalau tak nak daging kambing berbau tangan yang pegang kulit luar tu jangan pegang daging pulak..katanya

120 batang lemang disediakan buat tetamu..
Muslimat kena sediakan buah dan kuih muih..tak menang tangan,tetamu datang tak putus-putus..

Golongan remaja tak lepaskan peluang untuk bersama-sama PAS..

Kehadiran golongan Veteran PAS menyuntik semangat kami..Ahli PAS sentiasa hormatkan pemimpinnya walaupun dah 'bersara'drp jawatan.

Tetamu-tetamu yang hadir..

Kehadiran Wartawan siasah sdr Khairil Ab Rahim menambahkan seri majlis..

Persembahan kumpulan nasyid drp Darul Fikri cukup menghiburkan..

Bergambar kenangan..'kalau boleh masukan dalam sinar' kata kumpulan cikgu ni..

Wednesday, October 14, 2009

Sudilah Kiranya Hadir Ke Majlis..


Saya mewakili teman-teman Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Maran dengan sukacitanya mempersilakan dengan hormatnya Tuan/Puan/Saudara/i hadir ke majis jamuan Hari Raya PAS Maran.Kehadiran semua amat-amat kami nantikan dan hargai,moga-moga merapatkan lagi tali persaudaraan kita..

-Ramli bin Awang Abdul Rahman-
TYDP PAS Maran

Monday, October 12, 2009

Takuti Doa orang yang dizalimi..

Kalah dan menang dah lali bagi pendokong perjuangan Islam..tapi kalau nak menang pun biarlah dengan cara yang halal dan baik..

Petugas PAS terkena balingan batu samseng BN di Teluk Kemang


Moga Hadis Rasulullah dapat kita renungkan..,semua dalam catatan malaikat..mahkamah Mahsyar akan diadili..

Ada tiga orang yang tidak ditolak do'a mereka: (1) Orang yang berpuasa sampai dia berbuka; (2) Seorang pemimpin yang adil; (3) Dan do'a orang yang dizalimi (teraniaya). Do'a mereka diangkat oleh Allah ke atas awan dan dibukakan baginya pintu langit dan Allah bertitah, "Demi keperkasaanKu, Aku akan memenangkanmu (menolongmu) meskipun tidak segera." (HR. Tirmidzi)

Thursday, October 8, 2009

Apa Dah Jadi ni..

UMNO BN betul2 terdesak,mereka sangka boleh menang mudah,tapi apa dah jadi ni?Kalau dalam masyarakat koboi bila 'syarif' takut ambik tindakan akan muncul hero.
Tapi ini lain pulak jadinya, syarif takut samseng pulak berkuasa..mungkin hero tak keluar lagi..sabar.

Dalam pertembungan politik,kesabaran amat penting,Rasululah mengingatkan kita orang yang paling kuat adalah orang paling kuat dapat menahan kemarahannya,bukannya mereka bertindak membabi buta,kerana terperangkap dengan provokasi samseng2 macam ni.

Pesanan Rasullulah itu amat tepat sekali dalam suasana politik sekarang ini.Insyallah rakyat akan terbuka mata dengan kebodohan samseng2 UMNO ni..




Bagan Pinang bagai zon perang malam kelmarin
Azamin Amin
Fri | Oct 09, 09 | 3:16:21 am MYT

TELOK KEMANG, 9 Okt : Dalam keadaan mabuk, kumpulan pemuda samseng Umno ini melakukan sekatan jalan raya di Batu 4 dekat sini dan menahan beberapa buah kereta yang dilihat mempunyai lambang-lambang atau logo PAS sekaligus membelasah pemandu-pemandu terbabit sehingga cedera.

Lebih teruk, sebilangan mereka menceroboh masuk ke beberapa buah rumah kampung khususnya di Bagan Pinang dan melakukan tindakan yang sama ke atas penghuni rumah yang dipercayai penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Ada kawasan tertentu yang tercetusnya kes yang sama, seorang tua diselamatkan oleh sekumpulan anggota tentera daripada terus menjadi sasaran samseng ini.

Dan lebih dasyat, kejadian sekumpulan samseng Umno membelasah dan menetak dengan parang seorang petugas PAS berlaku betul-betul di depan Balai Polis Telok Kemang.

Demikian dakwa Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin.

Beliau menyifatkan kelakuan samseng pemuda Umno pada 7 Oktober lalu memukul dan menyerang petugas Pakatan Rakyat hanya menjadikan Bagan Pinang kini bagai 'zon perang'.

"Saya hairan bagaimana ada kejadian sebegini berlaku di hadapan Balai Polis Telok Kemang.

"Ketika 'ketegangan' memuncak sekitar jam 3.00 pagi hingga 5,00 pagi, saya sendiri beberapa panggilan dibuat kepada pihak polis, namun setiap panggilan tidak berjawab," katanya kepada Harakahdaily di Markas Utama PAS Bagan Pinang.

Badrul juga turut menahan sebuah kereta peronda polis untuk meminta bantuan seorang anggota berpangkat kostabel namun polis terbabit memohon maaf kerana tidak dapat berbuat apa-apa dan meninggalkan beliau begitu sahaja.

Ada anggota polis yang menjawab panggilan kecemasan yang dibuat beliau tetapi memberitahu bahawa mereka merupakan anggota dan pasukan polis luar yang tidak tahu selok belok jalan dan kawasan untuk menangani kes terbabit, kata Badrul.

"Mereka yang diganggu termasuk petugas Pakatan Rakyat yang berusia.

"Saya tahu pemuda Umno ini mabuk dan mereka ini keluar dari Umno Command Centre, mereka buat 'road block' sendiri di Batu 4, mereka tahan siapa sahaja yang lalu yang pakai logo PAS," ujarnya.

Beliau turut mendakwa, salah seorang anak pemimpin tinggi Umno di Negeri Sembilan terbabit dengan keganasan ini.

Beliau menamakan anak pimpinan Umno yang terbabit itu sebagai 'Bob' yang dibayangkan seorang yang bertubuh besar dan berkulit cerah.

Tindakan samseng jentera Umno itu sebenarnya hanya menjadikan suasana pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang yang pada awalnya tentera, kini seperti 'zon perang'.

Justeru beliau menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membuat 'onar' iaitu Pemuda Umno.

"Jangan sampai mengasak atau meberi tekanan kepada Pemuda Pakatan Rakyat sampai ke dinding. Kesabaran kami ada hadnya," jelasnya tegas dan tidak menolak kemungkinan insiden ini akan berlaku dalam dua tiga hari lagi.

Sehingga kini, difahamkan terdapat 9 laporan polis telah dibuat berhubung tindakan ganas samseng Umno ini dan gambar-gambar mangsa belasah parang dan pedang samurai itu telah tersebar di papan-papan poster markas, internet, rakaman telefon dan diedarkan sebagai risalah.

Malah ada sms yang meminta Pemuda Pakatan Rakyat dan PAS untuk tingkatkan keselamatan dan siap siaga bagi mendepani sebarang kemungkinan yang tidak diingini beberapa hari menjelang hari pengundian Ahad ini.

Gempa Kat Pahang..jaga2

Gempa bumi di Bukit Tinggi

KUALA LUMPUR: Sebanyak lapan gegaran lemah dikesan dan dilaporkan dirasai berlaku oleh penduduk tempatan di sekitar daerah Bukit Tinggi, Pahang, dari 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari semalam.

Bagaimanapun, sehingga 12 tengah malam tadi, tiada lagi gegaran dikesan di daerah itu.

Jabatan Metereologi Malaysia, dalam satu kenyataan, berkata ia akan sentiasa memantau perkembangan gempa bumi di rantau ini dan akan memaklumkan keadaan terkini. - Bernama

Jangan Ajar Rakyat Jadi Hakim Sendiri.

"Secara peribadi, saya tahu siapa yang menimbulkan masalah yang berkaitan provokasi. Mereka kemudian menuduh pihak lain dan juga polis, sedangkan kejadian yang berlaku disebabkan tindakan mereka sendiri.-kenyataan Hishammudin Menteri Dalam Negeri.

Petugas PAS kena belasah hingga berdarah ,PAS pula dituduh provokasi sehingga
perbuatan petugas BN menyerang petugas PAS dalam markas mengunakan senjata pun salah petugas PAS juga.Lebih malang lagi Hishammudin seakan menyokong tindakan tersebut.

Bila ada sms yang meminta petugas datang membantu mengawal markas disebabkan Menteri dalam negeri & Polis sudah memihak,maka isu sms itu pulak yang dibesarkan.Salahkah PAS mengarahkan petugas mengawal markas dan keselamatan petugas setelah diserang dengan parang dalam markas hinga berlumuran darah?

Jangan ajar jadi hakim sendiri!!!

Wednesday, October 7, 2009

Terbukti BN Samseng

Ini bukan berlakon macam 'hero tamil' tu.Memang dah lama kita kenal dengan UMNO BN ni,bunuh org(memali & lubuk merbau) pun dia sanggup utk kekalkan kuasa dia..

Polis pulak bila melibatkan geng UMNO ni buat pejam mata je..tengok kat selongor dah lah,bawak kepala lembu sampai kat SUK pun Polis buat dont no je..tapi bila libatkan Pakatan Rakyat,baju dlm beg pun kena geladah..tangkap masuk lokap..pakai warna hitam masa demo ISA pun kena cekup..

udahlah BN UMNO ajal ko dah dekat jgnlah buat samseng pulak..rakyat pun ada tahap kesabarannya..




Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditetak
Nazri Abdullah
Thu | Oct 08, 09 | 9:56:04 am MYT
BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Image(GambarSalah seorang mangsa yang ditetak dengan parang)

Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

Ekoran kejadian tersebut, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.

"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

Image"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.

Harakaydaily bagaimanapun dalam usaha mancari kesahihan maklumat tersebut.

Berikutan itu DPP akan mengadakan satu sidang media tergempar dai Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, jam 11 pagi ini.

Sidang media tersebut akan diketuai Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan dan Suhaizan sendiri.

Turut akan didedahkan dalam sidang media tersebut adalah berkaitan maklumat terbaru penyelewengan undi pos.

Tuesday, October 6, 2009

Berjuang walaupun susah..



Setelah menerima maklumat petugas Maran akan meneruskan tugasan di Bagan Pinang sehingga hari mengundi.Pagi ini ana luangkan masa untuk menziarahi rumah salah seorang petugas iaitu saudara Najmuddin bin Mat Nor.

Beliau yang tinggal bersama isteri dan 4 orang anak serta bapa mertua (gambarIdris bin Dong 78tahun)di kampung Sekara Chenor.

Saudara Najmuddin sangat dikenali oleh masyarakat Chenor kerana sering membantu orang-orang yang miskin dan ditimpa musibah,walaupun dia bukan dikalangan orang yang berada dan senang tetapi itu semua tidak menjadi halangan untuk beliau berjuang.

Melalui perbualan talifon beliau menyatakan "koi tak jadi balik hari ni bila mengenangkan gaji buruh estet (orang India) hanya RM 18.00 sehari,koi ingat koi dah susah rupanya org2 ni lagi susah.katanya yang sepatutnya balik pada hari semalam setelah tugasan selesai.

Ya Allah berilah kemenangan kepada PAS di Bagan Pinang dengan keikhlasan petugas-petugas kami..ya Allah

Monday, October 5, 2009

PAS Maran Berjaya Kumpul RM 30,000.00..


PAS Maran anjur majlis makan malam bagi membeli sebuah bangunan di bandar Maran.Sejumlah Rm 30000.00 telah berjaya dikumpul pada malam tersebut.

Ust Yusof Embong telah merasmikan pelancaran tersebut.Hadir sama En AH San Pengerusi DAP Srijaya,En Bostamin Ketua PKR Bahagian Maran dan kepimpinan PAS Maran.

Persimpangan Masjid At Taqwa Kg. Awah Bahaya

Cerita 2-
Persimpangan masuk masjid At Taqwa Kg. Awah merbahaya dan sering berlaku kemalangan.
Walaupun perkara itu telah beberapa kali dibawa kepada pihak berwajib ,namun setakat ini keadaan masih belum berubah.Pihak ahli kariyah sangat berharap satu persimpangan yang benar-benar selamat(Standard JKR)dapat diwujudkan demi keselamatan penduduk kampung dan penguna jalanraya.

Menurut ahli kariah En. Zainufitri bin Jantan 24Tahun.Menurut beliau pernah berlaku kemalangan di antara seorang ahli kariyah yang hendak menunaikan solat dengan seorang anggota Polis.Keadaan jalan yang tidak mempunyai laluan dibahu jalan menyebabkan keadaan menjadi bahaya ketika ada kenderaan yang ingin memasuki persimpangan Masjid tersebut daripada arah Temerloh tambahnya.

Thursday, October 1, 2009

Bahaya Menanti Penduduk Di Simpang Kg. Kabut

Kematian akibat kemalangan jalanraya sepanjang ops sikap xx ,ketika sambutan hari raya baru-baru ini wajar diberi perhatian.Angka kematian yang mencatatkan 210 orang telah mengalahkan kematian akibat H1N1 yang kekal 77 orang.

Seringkali bila bercakap soal kemalangan , penguna jalanraya akan dituduh cuai,tidak bertimbang rasa dan sebagainya.Apakah pihak kerajaan tidak langsung bersalah dalam soal ini?

Keadaan jalan berlubang, beralun ,tiada tanda persimpangan,jalan sempit,jambatan sempit ,papan tanda mengelirukan pengguna dan banyak lagi faktor penyebab berlaku kemalangan yang menjadi tanggungjawab pihak kerajaan untuk menyelesaikannya.


cerita 1: Penduduk Awah Indah,kg. Kabut ,Jalan Panjang, dan sekitarnya terdedah kepada bahaya ketika keluar masuk mengunakan persimpangan Kg.Kabut.Tanda 'diveder crossing'yang berada tepat dipersimpangan tersebut menandakan penguna jalanraya tidak dibenarkan membelok ke persimpangan kabut sekiranya daripada arah Temerloh,dan juga tidak boleh membelok ke arah Maran jika keluar daripada persimpangan tersebut.

Keadaan ini menyukarkan penduduk kampung yang sentiasa mengunakan persimpangan tersebut untuk keluar masuk.Sekiranya berlaku kemalangan penduduk kampung akan berhadapan dengan kesalahan melanggar undang-undang jalanraya.

pemandangan daripada arah Temerloh jelas menunjukan garisan berkembar dan diveder crossing yang menandakan tidak boleh masuk.Timbul persoalan apakah penduduk terpaksa masuk dulu ke Pusat Perhidmatan Pekan Awah kamudian mengambil jalan daripada arah Maran untuk masuk ke Kg.Kabut.


Pandangan daripada arah Maran menunjukan 'diveder crossing'tepat dipersimpangan Kabut.Macamana pula penguna yang hendak keluar ke arah Maran adakah mereka perlu keluar kearah Temerloh dulu?

Menurut seorang penduduk yang ditemui En.Mustafa bin Daud 53tahun yang merupakan seorang pemandu lori berpengalaman berkata "jika berlaku kemalangan dilaluan tersebut penduduk tidak dapat dilindungi oleh undang-undang kerana tiada tanda masuk persimpangan yang dibenarkan,dan tidak mustahil kalau melibatkan kematian akan dikelaskan seumpama 'mati katak'.


Hj. Husain bin Mat Nor 72 tahun berharap satu kajian dibuat oleh pihak berwajib bagi memastikan keselamatan penguna yang mengunakan persimpangan tersebut.