Friday, January 29, 2010

Usaha terancang Zionis untuk roboh al-Aqsa

Angkara Yahudi
Oleh Nurul Hazren Masitom

MENGIKUT sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud 'Masjid Paling Jauh', terletak di Baitulmaqdis atau 'Jerusalem' bagi orang Yahudi.

Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis.

Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj.

‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis.

Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.

Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya.

Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.

Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul Malik pada 705M.

Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.

Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan, mimbar, menara dan struktur dalaman.

Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin.

Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masa itu, Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk di selatan dan baratnya.

Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digali pula di bawah masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan, Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984.

Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis).

Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman. Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi.

Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umat Islam tidak perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa dan asasnya akan rosak dek kerja penggalian itu.

Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada penduduk Yahudi tidak difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung dari segi agama.

Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestin bersatu bagi membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatah mengancam menamatkan gencatan senjata dengan Israel.

Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru di bawah Masjid al-Aqsa.

Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu, percaya apa yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untuk menghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis.

Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu mereka melindungi Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata, perpecahan di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukan sesuka hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.

Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporan bahawa Israel mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowong baru di kawasan yang disebut.

Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian itu akan mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat dan Baitulmaqdis adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam.

Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordan berhubung hal ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkan duta Israel bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel.

Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya mengancam asas Masjid al-Aqsa.

Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi.

Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lif ialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa.” Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif.

Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009, hasrat Israel dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satu daripadanya sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagi menghubungkan lorong Al-Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis. Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967.

Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi.

Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat.

Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai Istana Umayyad.

Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktu malam terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasan bawah tanah masjid berkenaan. Yayasan memberi amaran mengenai risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid.

Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat daya berhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelar ruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.

Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam.

Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjid al-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar dilakukan Israel di bawahnya.

Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan masjid.

“Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan.

Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12 meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.

Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam bersolat.

Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian berterusan Israel.

Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di mana penggalian bertumpu.

Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang berlaku pada 2009. Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera.

JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein.

Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di kawasan terbabit.

Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.”

Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? Itulah antara persoalannya.

Tuesday, January 26, 2010

Pemimpin UMNO Dah lama pertikai Undang2 Islam...

Tahniah JAKIM ,tapi apa boleh buat buku ini memang sesuai dengan perjuangan UMNO yang telah lama mempertikaikan undang-undang Islam.Nasihat JAKIM amat baik.membaca pun kita kena berhati-hati,apatah lagi kita berjuang dengan kumpulan yang mempertikai dan tidak mahu pakai undang-undang Islam ni..pakat2 tukar kali ni..


-------------------------------------------------------------------------------------

Jakim: Waspada bacaan bercanggah syariat Islam
Jan 26, 10 9:00pm
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan pengharaman buku "Wanita Islam dan Cabaran Terhadap Fahaman Islam Yang Melampau" tetapi menegaskan ia juga bertanggungjawab memberi penjelasan mengenai kesalahan dalam mana-mana buku yang diedarkan di pasaran.

Ketua pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata buku tersebut boleh menimbulkan keraguan dan kegelisahan awam.

Menurutnya, kandungan buku itu didapati bercanggah dengan Garis Panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan jabatan itu pada tahun 1996.

"Beberapa kesalahan yang jelas telah ditemui," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, antara kesalahan yang jelas termasuklah mengatakan Undang-undang Keluarga Islam dan Jenayah Syariah bersifat menghukum dan mendiskriminasi wanita dan Pindaan Undang-undang Keluarga Islam dikatakan berat sebelah.

Buku itu turut mempertikaikan Institusi Fatwa dan larangan berbicara soal agama di kalangan mereka yang bukan ahli agama, serta mengutarakan idea pentafsiran semula ayat Al Quran khususnya yang "gender bias", katanya.

Wan Mohamad berkata buku itu telah diteliti, disemak dan dibentangkan dalam Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dipengerusikan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

"Sehubungan itu, saya menasihati semua umat Islam di negara ini agar berhati-hati terhadap sebarang bacaan yang mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan syariat Islam," tegasnya.

Beliau berkata sekiranya terdapat keraguan dalam bahan-bahan penerbitan berunsur Islam, penulis, penerbit dan umat Islam serta masyarakat awam juga perlu merujuk buku-buku garis panduan yang diterbitkan oleh Jakim.

Ia termasuk merujuk kepada Garis Panduan Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung Dengan Unsur-unsur Yang Bercanggah Dengan Akidah Dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

- Bernama-

Pengharaman buku Sisters in Islam ditarik balik
Hafiz Yatim
Jan 25, 10
4:04pm
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menarik balik pengharaman buku 'Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism' yang dikuatkuasakan lebih setahun setengah yang lalu.

Buku berkenaan diedit oleh pakar sosiologi dari Institut Pengajian Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Professor Norani Othman dan diterbitkan untuk NGO, Sisters in Islam (SIS).

Buku berkenaan adalah kumpulan esei nukilan aktivis dan para intelektual antarabangsa. Ia diharamkan oleh kementerian dalam negeri pada 31 Julai 2008 atas alasan ia boleh mengugat ketenteraman awam.

Ia juga dikatakan boleh menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam, khususnya wanita.

Dalam penghakimannya, petang tadi, hakim Mohamad Ariff Md Yusof berkata dia gagal melihat bagaimana buku berkenaan boleh menganggu ketenteraman awam seperti yang didakwa.

"Buku berkenaan berada di pasaran sejak 2005 tetapi hanya diharamkan pada 2008," kata Mohamad Ariff.

"Lagi
pun, hanya tujuh daripada 215 muka surat yang didakwa boleh memudaratkan."

Dalam reaksi spontan, Norani berkata penghakiman itu adalah berita baik bagi kebebasan berakademik.

"Buku itu tidak menyentuh prinsip Islam tetapi mengenai undang-undang keluarga Islam dan undang-undang jenayah Syariah." katanya.

Hampir separuh daripada 3,000 berkenaan telah terjual sebelum ia diharamkan.

Sunday, January 24, 2010

PAS Maran Rakam Penghargaan



Pemangku Yang Dipertua PAS Maran Ramli Abd Rahman mewakili PAS Maran merakamkan ucapan penghargaan dan terimakasih kepada pihak Polis ,Bomba,Jabatan Pertahanan Awam,Rela,Yayasan Amal,Kumpulan nelayan sungai,PAS Bukit Kening,orang kampung serta semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam gerakan mencari Mayat Ketua Pemuda PAS Cawangan Bukit Kening, Chenor, Mohd Khalil Khanurdin, 23 tahun, yang hilang di Sungai Pahang semasa menjaring ikan Jumaat 22.1.10.


Sebelum ini, Khalil didapati hilang di Sungai Pahang semasa menjaring ikan berhadapan Masjid Batu Bor, dekat sini.

Menurut ayah allahyarham, Khanurdin Abdul Manan, 49, kira-kira jam 3 petang, mangsa telah pergi menjaring bersama-sama dengannya dan beberapa orang lagi di pinggir pasir sungai.

Katanya, dalam keadaan asyik menarik jaring, mangsa tiba-tiba hilang dan disyaki terjatuh ke dalam sungai.

Menurut Ramli mayat Khalil di temui oleh anggota penyelamat Sdr Dahalan Sukur dan rakannya sekitar jam 11.00pagi 24.1.10 berhampiran Pulau Mat asin Kg. Pesagi lebih kurang 30 KM daripada tempat beliau dipercayai jatuh lemas.

Sunday, January 17, 2010

pakat2 tukarlah kali ni pakcu..



kenaikan harga barang...rakyat terus tertekan...

Sunday, January 10, 2010

Rumah Aktivis PASTI TERBAKAR.

Sdr Mustafa menitiskan air mata dan memeluk Ramli ketika rombongan PAS Maran sampai.

Puan Lawiyah Ali Timbalan Ketua Muslimat PAS Maran serta Puan Sakinah Ab Kadir Ketua Nisa Maran menziarahi isteri Mustafa yang menumpang dirumah jiran.

Keperihatinan Pegawai Daerah Maran(Berjeket Hitam) yang menziarahi sdr Mustafa diawal pagi kebakaran lagi wajar dijadikan contoh kepada semua kakitangan dalam Daerah Maran lebih -lebih lagi wakil rakyat Luit..yang belum muncul hingga ke petang.

Wakil Pemuda PAS Negeri Us Khairul Azmi menyampaikan sumbangan.
PAS Maran menyampaikan sumbangan Wang,pakaian,makanan,dapur gas serta menguruskan penempatan sementara untuk Mustafa dan keluarga.


Tinggal sehelai sepinggang,begitulah ujian yang menimpa aktivis PASTI Maran En. Mustafa Ismail 35Th.Rumahnya hangus semua sekali dalam satu kebakaran awal pagi ahad.Beliau yang menetap di Kampung Chedong barhampiran bandar Maran.

Menurut En Mustafa kejadian berlaku lebih kurang jam 5pagi ketika beliau dan keluarga sedang tidur.Bayang-bayang merah yang dilihat diatas syiling rumah seolah-olah beliau sedang bermimpi rupa-rupanya adalah api yang sedang marak membakar katanya.

Walaubagaimanapun beliau bersyukur kepada Allah kerana beliau,isteri serta tujuh orang anaknya sempat diselamatkan dan tiada kecederaan yang berlaku.

Friday, January 8, 2010

Ustaz Fauzi Kembali Ke Rahmatullah

Ustaz Fauzi bin azizan al Hafiz kembali ke Rahmatullah sewaktu umat islam sedang menunaikan solat jumaat hari ini.Jenazah beliau dijangka akan sampai lewat petang ini daripada hospital selayang ke rumah ayahandanya di Felda Jengka 20.

beliau yang koma selama seminggu meninggalkan seorang isteri.Semoga ruhnya ditempatkan Allah dikalangan orang-orang salihin.


-Ahad -saya bersama 5 orang sahabat sempat menziarahi seorang sahabat iaitu ustaz Fauzi bin Azizan yang ditimpa kemalangan motosikal pada malam jumaat lepas.Beliau dilanggar oleh sebuah motosikal tidak berlampu semasa pulang daripada masjid Jamek Chenor.Beliau dimasukan ke ICU Hospital Selayang Selangor Darul Ihsan.

Beliau mengajar di Mahaad Sultan Bandar Jengka.Beliau juga salah seorang fasilitator Kem Yayasan Amal Cawangan Pahang yang mengadakan program di Masjid Attaqwa Kg. Awah.
Sedikit sumbangan daripada YAM turut disampaikan kepada isterinya.

Moga Allah menyembuhkannya dan berikan kesabaran kepada isteri dan keluarganya..amin

Tuesday, January 5, 2010

Jangan kelirukan atau politikkan kalimah Allah- PAS

Jangan kelirukan atau politikkan kalimah Allah- PAS
Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 5 Jan: PAS memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak menyalahgunakan perkataan Allah bertujuan untuk mengelirukan atau menjadikan isu tersebut sebagai politik murahan mendapat sokongan rakyat.

Pendirian PAS itu dibuat Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui satu kenyataan yang dibaca Ketua Penerangan, Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik bersama Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

Bagaimanapun PAS ujar Abdul Hadi, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakanpilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama juga katanya, telah termaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

"Walau demikian, dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian pelbagai kaum dan agama,"kata kenyataan itu.

PAS turut menjelaskan bahawa berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenarkanuntuk digunakan oleh agama Samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Namun, penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab harus dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Sehubungan itu, PAS dengan tegas menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat di negara ini.

"PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan di jamin oleh Islam," katanya lagi..

Turut hadir dalam mesyuarat sebelum itu Presiden PAS,Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh.

Pendirian tersebut juga dibuat selepas mengambil kira semua faktor termasuk melihat kepada pandangan semua pihak sebelum ini.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.

(Gambar: Antara pemimpin PAS yang menyertai sidang media isu penggunaan kalimah Allah di pejabat Agung PAS malam tadi)

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut.

Keputusan ini menimbulkan reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk 13 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertindak membuat laporan polis sebagai membantah tindakan majalah milik aktivis Kristian itu.

Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Hari ini, KDN akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Disember.

KENYATAAN PENUH

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.-4/1/2010

Kalimah Allah dan Syariat Allah

Kalimah Allah dan Syariat Allah
http://episodeperjuangan.blogspot.com

1. Banyak pihak begitu marah dan tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah tinggi baru - baru ini yang membenarkan sebuah akhbar [ Herald ] menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka .

2. Pendirian saya sendiri jelas dan tidak pernah berubah sehingga saat ini , bahawa kalimah Allah swt adalah Lafzul Jalaalah yang merujuk kepada keesaan Allah swt. Firman Allah swt :
"Katakanlah [ Wahai Muhammad ] Dialah Allah Tuhan Yang Maha Esa . Allah tempat bergantung dan meminta segala sesuatu . [ Allah ] tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya. (Surah al Ikhlas : 1-4)

3. Sesiapa pun [ muslim atau non muslim ] yang mahu menggunakan kalimah Allah mestilah menggunakannya dengan betul iaitu Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan tiada sekutu baginya . Haram dan kufur jika kita membenarkan perbuatan , tindakan atau kenyataan yang menduakan [ mensyirikkan ] Allah swt . Seperti membenarkan perkataan orang yang berkata : " Allah itu ada anak " dan seumpamanya . Kerana perkataan itu salah dan bertentangan dengan keEsaan Allah swt. walau siapa [ non muslim atau muslim ] yang berkata demikian .

4. Allah swt sendiri murka terhadap mereka yang menggunakan kalimah Allah secara salah [ dengan berkata Allah mempunyai anak ] , maka bagaimana mungkin kita boleh bersetuju dan redha jika ada yang menggunakan kalimah Allah secara salah seperti mensyirikkan Allah swt [ menganggap Allah ada anak dan isteri atau menduakan Allah dengan tuhan yang lain ] Firman Allah swt:"dan mereka berkata Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak . Sungguh kamu telah membawa sesuatu yang sangat mungkar . Hampir saja langit pecah dan bumi terbelah dan gunung ganang runtuh kerana kenyataan [ ucapan ] itu . Kerana mereka menganggap Allah Tuhan Yang Maha Pengasih mempunyai anak." (Surah Maryam : 88 - 91)

"Dapatkah [ bolehkah ] kamu benar - benar bersaksi bahawa ada tuhan - tuhan lain selain Allah ? Katakanlah : Aku tidak dapat bersaksi . Katakanlah : Sesungguhnya Dialah [ Allah ] Tuhan Yang Maha Esa dan aku berlepas diri [ tidak boleh sokong/terima ] terhadap apa yang kamu sekutukan dengan Allah swt." (Surah Al An'am : 19)

5. Manakala pengguna kalimah Allah swt secara benar dan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt itu sendiri yang telah mengisytiharkan zatNya tiada sekutu dan bandingan [ seperti yang termaktub di dalam surah al ikhlas ] , maka ia adalah pengguna yang bijak dan benar , malah dibenarkan sekalipun ia seorang non muslim . Inilah yang Allah swt sebut di dalam al Quran:
"dan jika engkau bertanya kepada mereka : " siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan ?" nescaya mereka menjawab Allah ! maka , kenapa mereka masih boleh berpaling dari kebenaran." (Surah al Ankabut : 61)

Sekitar pemafahaman dari ayat ini :

a ] Ayat ini secara jelas menunjukkan bagaimana Allah menegaskan bahawa sebahagian non muslim terutama ahli kitab mengakui bahawa Allah swt. adalah pencipta langit dan bumi [ begitulah jawapan jika ditanya kepada mereka .]

b ] Ayat ini juga bukanlah dalil mutlak untuk membenarkan golongan non muslim menggunakan kalimah Allah swt sewenang - wenangnya apatah lagi jika diguna secara salah . Sebaliknya ayat ini adalah penegasan Allah swt bahawa mereka mengakui Allah swt sebagai pencipta .

c ] Ia juga bukan dialog antara kuffar dengan Nabi saw. tetapi ia adalah ayat Allah untuk menjelaskan hakikat sanubari mereka , bahawa mereka tidak boleh menyembunyikan fakta ketuhanan Allah sebagai pencipta dan pemberi rezeki . Sebab itu ayat ini bermula dengan : [ Jika sekiranya kamu bertanya kepada mereka ..... ertinya ayat ini bersifat jika atau andainya .... ia bukan dialog sebenar ]

d ] Persoalan isu aqidah dalam ayat ini terhenti di atas perkataan terakhir dari ayat ini : " maka ... kenapalah mereka masih boleh berpaling dari kebenaran ? " ertinya : walau hati kecil mereka mengakui bahawa Allah swt adalah pencipta langit dan bumi , maka kenapa mereka masih berpaling dari kebenaran itu ? kenapa mereka masih mensyirikkan Allah swt ? kenapa mereka mengambil tuhan - tuhan yang lain selain daripada Allah swt ? kenapa mereka tidak menerima wahyu Allah swt yang melantik Muhammad saw sebagai rasul akhir zaman ? kenapa mereka berpaling dari kebenaran ? kenapa ?

e ] persoalan yang dicetus pada akhir ayat 61 surah al Ankabut ini jelas menunjukkan Allah swt membenarkan jika mereka mahu berkata [ menggunakan kalimah ] Allah sebagai tuhan yang mencipta langit dan bumi , tetapi jika mereka mahu mensyirikkan Allah swt atau mengambil tuhan yang lain selain Allah swt , maka ia dimurkai oleh Allah swt .

6. Tidak hanya menggunakan kalimah Allah swt secara salah [ seperti menduakan Allah swt ] sahaja yang mesti ditolak , tetapi juga termasuklah perbuatan mempersenda dan mengabaikan perlaksanaan syariat Allah swt. juga mesti ditentang dan ditolak .

7. Isu kalimah Allah ini baru timbul sehari dua dalam negara kita , tetapi pengabaian terhadap perlaksanaan syariat Allah swt telah berlaku sejak dulu .

Hairannya , tiada pula orang nak marah . Malah mahkamah tinggi Malaysia pernah mengisytiharkan Malaysia bukan Negara Islam , tiada pula berlaku kebangkitan di kalangan ummat Islam untuk membantah keputusan tersebut . Kecuali sebahagian kecil ummat Islam yang konsisten berjuang untuk mendaulatkan syariat Allah swt . termasuk PAS .

8. Terlalu banyak aktiviti dalam negara kita yang bertentangan dengan syariat Allah . Mengalungkan bunga ke tugu kebangsaan sebagai contoh , telah jelas ada fatwa dari majlis fatwa kebangsaan , tetapi kerajaan masih mengamalkannya saban tahun .

Tiada pula amukan dari PERKASA untuk membantah amalan itu . Sedang itu secara terang terangan menghina majlis fatwa dan menghina agama Allah . Apakah kerana ia dilakukan oleh orang yang mengaku muslim maka ia tidak diambil endah ?

9. Al Amru bil makruf dan an Nahyu anil Mungkar sebagai asas sebuah pemerintahan Islam tidak diamalkan dengan penuh tanggungjawab dalam negara kita .

Terkadang seperti sengaja mereka mahu memperkecilkan ajaran Islam .

Mereka buat tempat maksiat seperti kelab - kelab malam yang bercambah lalu mereka melantik pencegah maksiat supaya membuat operasi sesekali dihujung hujung bulan .

10. Bukankah ini satu persendaan ? mereka buat masjid mereka juga buat kelab malam . Mereka buat musabaqah al Quran mereka buat juga pertandingan ratu cantik . Mereka buat universiti Islam , mereka juga buat akademi fantasia .

Mereka memberi sumbangan kepada fakir miskin , mereka juga melakukan rasuah dan membolot harta kekayaan negara.

Mereka bukan buat amar makruf Nahi Mungkar tetapi Amar Makruf Amar Mungkar. Ini satu persendaan kepada syariat Allah swt . Ini juga mesti ditentang dan ditolak .

Sunday, January 3, 2010

Sesi Baru PASTI Al Hidayah


PASTI Al Hidayah memulakan kelas pada 2010.Seramai 30 orang telah mendaftar.Berbagai ragam pelajar dapat disaksikan pada hari pertama ini..

Ziarah Ustaz Fauzi


-Ahad -saya bersama 5 orang sahabat sempat menziarahi seorang sahabat iaitu ustaz Fauzi bin Azizan yang ditimpa kemalangan motosikal pada malam jumaat lepas.Beliau dilanggar oleh sebuah motosikal tidak berlampu semasa pulang daripada masjid Jamek Chenor.Beliau dimasukan ke ICU Hospital Selayang Selangor Darul Ihsan.

Beliau mengajar di Mahaad Sultan Bandar Jengka.Beliau juga salah seorang fasilitator Kem Yayasan Amal Cawangan Pahang yang mengadakan program di Masjid Attaqwa Kg. Awah.
Sedikit sumbangan daripada YAM turut disampaikan kepada isterinya.

Moga Allah menyembuhkannya dan berikan kesabaran kepada isteri dan keluarganya..amin

Rakyat semakin bimbang..

Islam datang membawa rahmat kepada sekalian alam.Segala peraturan dan hukum hakam jika dilaksana akan menyelamatkan semua manusia.Suasana aman dan damai dan penuh berkat pasti akan wujud.

Apabila Ajaran Islam ditinggalkan keadaan sebaliknya akan berlaku.Pembunuhan ,rogol ,salah guna kuasa,rompak curi dan segala macam kezaliman telah dan akan berlaku.Rakyat sebenarnaya hidup dalam ketakutan bimbang keselamatan diri, anak-anak, rumah, harta dan sebagainya.

Betapa besarnya dosa mereka yang diberi kuasa tidak melaksanakan amanah menurut perintah Allah.

Coret 1,

-Hari sabtu saya berkesempatan menghadiri majlis Doa selamat dirumah makda (********),seorang armalah yang tinggal bersama anak perempuan.Anak lelakinya saudara (*****) menyampaikan undangan tersebut.

-Saudara (*****) dalam ucapannya di majlis tersebut pagi itu menjelaskan tujuan menjemput saudara mara dan sahabat handai adalah untuk bersama berdoa agar ibu dan adiknya yang tinggal dikampung terhindar bahaya akibat daripada kejadian pecah rumah dan samun.Beliau juga memaklumkan rumahnya baru dimasuki pencuri semasa ketiadaan ibunya.

-Saya terkejut juga kerana sewaktu dia mengundang saya tidak pula dinyatakan tujuan majlis tersebut.Saya sangat bersempati dengan keadaan yang menimpanya,dapat saya gambarkan kebimbangan terhadap keselamatan ibu dan adiknya kerana beliau berkerja di Kuala Lumpur.

Kacau bubur Asyura.. Rapat Ukhuwah



Masjid Attaqwa anjur program memasak bubur asyura baru-baru ini.Sebanyak tiga kawah bubur asyura telah dimasak dan diagih-agihkan kepada orang ramai selepas menunaikan solat jumaat.

Program ini wajar diteruskan bagi merapatkan tali persaudaraan dan ukhwah dikalangan ahli kariah disamping mengenang peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram.

1 Muharram

* Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

[sunting] 10 Muharram

* 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
* Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
* Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
* Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
* Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
* Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
* Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
* Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
* Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
* Hari pertama Allah menciptakan alam.
* Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
* Hari pertama Allah menurunkan hujan.
* Allah menjadikan 'Arasy.
* Allah menjadikan Luh Mahfuz.
* Allah menjadikan alam.
* Allah menjadikan Malaikat Jibril.
* Nabi Isa diangkat ke langit