Tuesday, April 27, 2010

RIBUT LANDA KG. KELIT

Kejadian ribut yang berlaku petang sabtu baru-baru ini telah mengakibatkan lebih 6 buah rumah di kampung Kelit Kg. Jengka Batu 13,mengalami kerosakan.

Pimpinan PAS Maran, telah hadir melawat mangsa-mangsa dan menghulurkan bantuan awal di rumah mangsa, dekat sini.

Menurut sdr Jaafar bin Mat Tam Ketua Lajnah Kebajikan Insyallah kita akan cuba sedaya upaya untuk membantu mangsa selepas daripada pihak kerajaan mengumumkan plan bantuan kepada mangsa hari ini.




Tuesday, April 20, 2010

Impak pertanian melampau

Impak pertanian melampau

Tidak mustahil, dalam tempoh dua dekad akan datang Malaysia juga akan mengalami nasib yang sama seperti Eropah.


"MALAYSIA harus belajar daripada apa yang berlaku di Eropah. Penduduk di sana hanya sedar bila kerosakan sudah berlaku dan semuanya sudah musnah. Jangan biar nasi menjadi bubur".

Demikian pandangan Anthony Van der Ent, ahli biologi dan sains alam sekitar dari Belanda.

Menurut beliau, sebahagian besar alam sekitar (di Eropah) telah punah dan tercemar akibat pembangunan secara besar-besaran yang tidak lestari sejak awal 1950-an. Masyarakat Eropah kini bergelut untuk memulihkan keadaan.

"Semua itu bukan sahaja membabitkan tugas yang besar tetapi juga kos yang tinggi. Sebagai contoh, untuk memulihkan hutan yang sudah dibinasakan mengambil masa beribu-ribu tahun".

Menurut Van der Ent, Malaysia dan negara-negara Asia yang lain sedang berhadapan dengan situasi yang sama dialami Eropah pada 1950-an dari segi pertumbuhan ekonomi, kepesatan pembangunan sektor perindustrian dan pertanian.

"Di sebalik apa yang sedang berlaku sekarang, masih terdapat banyak kawasan di Malaysia yang amat berharga untuk dipulihara tetapi pada kadar apa yang sedang berlaku sekarang, saya bimbang tidak ada lagi yang boleh diselamatkan terutamanya di Cameron Highlands," katanya sambil menambah, dalam tempoh 20 tahun akan datang Malaysia akan mengalami apa yang menimpa Eropah 15 tahun lalu.

SUNGAI BERTAM adalah sungai paling penting mengalir ke dalam Takungan Air Tenaga Nasional Berhad (TNB) Ringlet.

Van der Ent mula mengenali Cameron Highlands ketika melawat Malaysia tujuh tahun lepas bersama ibu bapanya yang gemar melancong.

Sejak itu tanah tinggi tersebut telah menawan hatinya. Setiap tahun, dia pasti kembali ke sini untuk meskipun hanya untuk lawatan singkat.

Pada 2005, beliau yang ketika itu adalah pelajar di Saxion niversity Deventer, Netherlands bersama seorang pelajar lain, Chantal Termeer menjalankan kajian kualiti air di zon tadahan air bahagian Hulu Bertam.

Sungai Bertam adalah sungai yang paling penting mengalir ke dalam Takungan Air TNB Ringlet.

Projek penyelidikan mengenai kimia dan kualiti air sungai-sungai di kawasan tadahan air Hulu Bertam ditugaskan kepada mereka oleh kumpulan komuniti Cameron Highlands, Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH).

Kajian yang memakan masa lima bulan itu mendapati, pencemaran serius sebatian organik dan kelodak sebagai dua punca utama kemerosotan kualiti air di kawasan tadahan air Hulu Bertam.

RAMAKRISHNAN RAMASAMY melahirkan rasa khuatir berhubung kecuraman yang melebihi 25 peratus darjah yang dibenarkan.


VAN DER ENT

Terdapat lapan sungai di Cameron Highlands. Ini termasuklah Sungai Bertam, Sungai Telom dan Sungai Lemoi. Ketiga-tiga sungai tersebut mempunyai sejumlah 123 cawang sungai. Justeru, ketiga-tiga sungai berkenaan mempunyai peranan besar dalam membekalkan air bukan sahaja untuk kegunaan harian tetapi juga memenuhi keperluan sektor pertanian di tanah tinggi itu.

Cameron Highlands turut mempunyai kepentingan kerana ia membentuk kawasan tadahan air untuk dua sungai utama di tanah dataran rendah iaitu Sungai Pahang dan Sungai Perak. "Tadahan air adalah kawasan di bahagian hulu satu-satu sistem sungai, lazimnya di tanah tinggi dan sebahagian besarnya terdiri daripada hutan. Tanah tinggi dan terutamanya ekosistem hutan tanah tinggi membentuk kawasan tadahan air yang paling penting di Semenanjung Malaysia.

"Hutan tanah tinggi adalah pengeluar air dan bekalan sumber semula jadi yang terhad dan semakin terhakis ini, baik dari segi kuantiti dan kualiti, amat bergantung kepada kawasan tadahan air berhutan di tanah tinggi," jelas Van der Ent.

Menurut beliau, litupan hutan memainkan peranan besar untuk kawasan tadahan air. Berdasarkan kajian kami, kira-kira 30 peratus daripada tanah di kawasan tadahan air Bertam digunakan untuk pertanian dan pembangunan bandar", kata Van der Ent.

Air sebagai penanda aras

Kualiti air dilihat sebagai penunjuk terbaik menanda aras kualiti alam sekitar kerana kemerosotan mutunya boleh terhasil akibat pembangunan yang tidak lestari.

Bagaimana keadaannya sejak kajian 2005 atau krisis air yang melanda Cameron Highlands pada 1998?

Presiden REACH, Ramakrishnan Ramasamy memberitahu, secara keseluruhan keadaan air di Cameron Highlands tidak menunjukkan perubahan yang diharapkan.

"Pihak kami memandang berat keadaan ini dan banyak usaha kami ditumpukan kepada isu ini dan yang berkaitan. REACH sendiri ditubuhkan kerana isu kualiti dan kuantiti air di Cameron Highlands.

"Meskipun REACH hanya sah didaftar pada 2001, pihak kami sudah mula menyuarakan kebimbangan kami mengenai isu air ini sejak 1998 lagi apabila krisis air yang meruncing melanda Cameron Highlands," katanya.

DAPATKAH kanak-kanak Orang Asli ini menikmati kehidupan seperti yang dilalui oleh nenek moyang mereka dahulu?

Menurut Ramakrishnan, sebanyak 80 peratus sumber air yang ada di Cameron Highlands dialihkan ke sektor pertanian.

Beliau turut menganggarkan bahawa 80 peratus ladang di Cameron Highlands dibuka di cerun yang melebihi kecuraman melebihi 25 peratus darjah yang dibenarkan.

"Sejak 2000, Cameron Highlands mengalami kekurangan air sebanyak 4 juta liter sehari untuk penduduknya ketika itu seramai 29,000. Sehingga tahun lepas, penduduk di sini sudah meningkat melebihi 33,000 orang.

"Bagi mengatasi kekurangan tersebut, satu takungan air dirancang di Sungai Terla.

Pada permulaan projek tersebut, terdapat hanya enam buah ladang di atas takungan air yang dirancang. Apabila projek ini dimulakan dan siap, jumlah ladang meningkat kepada lebih 60 buah," katanya.

Pencemaran berterusan

Bagi Ramakrishnan, bilangan ladang yang semakin meningkat hanya menambah masalah kepada bekalan air di Cameron Highlands.

"Memandangkan terdapat banyak ladang di kawasan hulu Takungan Air Sungai Terla, airnya tercemar bukan sahaja akibat buangan pertanian tetapi najis manusia. Kebanyakan ladang menggunakan tenaga pekerja asing dan betul," katanya.

Sesebuah ladang, tambahnya mempunyai kira-kira 10 pekerja dan kebanyakan ladang menggunakan najis ayam sebagai baja.

"Apabila kami menguji air tersebut, kami menemui bakteria E.coli dan apabila air yang tercemar itu dihantar ke makmal untuk ujian lanjut, ia didapati mengandungi najis manusia," katanya.

Ramakrishnan berkata, pihak berkuasa tempatan perlu memikul tanggungjawab di atas situasi yang berlaku kerana kurang penguatkuasaan dan gagal mengawal pembukaan ladang baru di kawasan hulu takungan air tersebut. Menurut beliau, berlaku satu kejadian tanah runtuh akibat pembukaan tanah secara haram yang menyebabkan Sungai Terla berkelodak sekitar 2008 dan membuatkan takungan air terpaksa ditutup. "Apabila ada takungan air, sepatutnya tidak ada sebarang kegiatan manusia termasuk perladangan. Akibat kurangnya penguatkuasaan, petani-petani ini menceroboh kawasan tadahan air dan ini menambah pencemaran sumber air.

"Keseluruhan Cameron Highlands adalah kawasan tadahan air dan sebahagian besar hutan ini berfungsi sebagai span, mengumpul dan menahan air. Anak sungai mengalir dari hutan ini. Sekiranya hutan ini diganggu, bererti sumber air akan turut terjejas," jelasnya.

Menurut Ramakrishnan, REACH menjalankan ujian yang kerap, sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga bulan ke atas air mentah dan air yang sudah dirawat, yang diambil dari semua pekan di Cameron Highlands. "Menakutkan, dalam air yang dirawat, kehadiran bakteria E.coli terlalu banyak," katanya.

Ramakrishnan berkata, pada tahun lepas, REACH menjalin kerjasama dengan sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor bagi menjalankan kajian ke atas kualiti air di Cameron Highlands.

"Mereka melakukan ujian dan terperanjat apabila mendapati betapa tercemarnya air yang diuji," katanya.

Amarah alam

Satu lagi isu yang turut mencetuskan kebimbangan bagi Ramakrishnan ialah amarah alam ke atas Cameron Highlands.

Beliau merujuk kepada banyaknya kejadian tanah runtuh terutamanya pada penghujung tahun lalu akibat hujan lebat. Apa yang paling mencemaskan ialah apabila ia berlaku di cerun yang tidak disentuh kegiatan manusia.

"Pada Disember tahun lepas, selepas berlaku hujan lebat saya dan rakan memandu selama sejam kurang 10 km sekitar Pos Terisu (perkampungan Orang Asli kira-kira 15 km dari Kuala Terla) banyaknya tanah runtuh, kecil dan besar, sampai tak terkira", katanya.

Ramakrishnan turut menyatakan kegiatan menebang hutan yang begitu berleluasa di sekitar Pos Terisu. Katanya, pada kadar yang dibuat sekarang, kegiatan pertanian di sana akan mengatasi Lembah Bertam dalam masa yang singkat.

"Perkampungan Orang Asli itu semakin dikelilingi tanah pertanian", tambahnya.

Kata beliau, kejadian tanah runtuh yang besar pernah berlaku di Habu pada lewat 1990-an apabila seorang petani membina takungan airnya di atas takungan air Jabatan Bekalan Air (JBA).

"Takungan air petani itu pecah dan meranapkan takungan air JBA. Akibatnya berlaku runtuhan tanah besar yang meragut nyawa dua orang," katanya. Ramakrishnan turut menyentuh kejadian banjir yang melanda Kampung Raja. Fenomena itu semakin kerap berlaku di Kampung Raja sejak dua tahun kebelakangan ini. Beliau turut menyentuh mengenai banjir yang melanda padang bola di Tanah Rata.

"Kali terakhir banjir melanda padang bola itu ialah pada 1980-an. Ia berlaku tahun lepas dan salah satu puncanya ialah Sungai Bertam yang semakin teruk berkelodak. Sungai tak dapat lagi menakung kelodak dan ini akibat kegiatan pertanian yang tidak dikawal di Hulu sungai berkenaan", jelasnya.

Ramakrishnan melahirkan rasa khuatir yang amat sangat dengan apa yang sedang berlaku terutamanya di Sungai Bertam yang airnya mengalir ke Empangan Sultan Abu Bakar. Menurut beliau, kemampuan empangan itu adalah untuk menakung air bukan kelodak.

Ramakrishnan memberitahu, beliau telah mengemukakan isu tersebut kepada pihak berkuasa tempatan agar memeriksa kegiatan pertanian di hulu Sungai Bertam. Beliau menganggarkan 600,00 meter padu kelodak dialir masuk ke dalam empangan tersebut setiap tahun.

"Jika kegiatan di hulu tidak dipantau dan sekiranya empangan itu pecah, impak bukan sahaja di sini tetapi boleh sampai ke Lipis dan peluang untuk selamat hampir tiada.

"Saya memang risau dengan apa yang berlaku di Cameron Highlands ini," kata Ramakrishnan, yang menganggotai Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela Malaysia (MVFRA) sejak 2003. - Bernama

Thursday, April 8, 2010

Khutbah Pilihan

Di edit drp blog khutbah pilihan
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 33 surah Luqman :

Maksudnya : Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah

Kita telah melalui alam ruh dan alam rahim ibu di mana tiada gangguan syaitan dan hawa nafsu di situ sebaliknya telah berlangsungnya perjanjian untuk taat beribadat kepada Allah dengan mengakui bahawa Allah adalah Tuhan Pencipta manakala kita hanya hambaNya yang serba kekurangan. Kini kita berada pada alam dunia yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan ujian terhadap keimanan serta ketaatan kita kepada Allah sepanjang masa dan tempat.

Syaitan mengotakan janjinya kepada Allah untuk memastikan umat manusia dapat dipesongkan aqidahnya, dirosakkan akhlaknya, dilalaikan kehidupannya. Oleh itu sebelum dijemput untuk pergi ke alam barzakh dan alam akhirat akhirat untuk ditimbang dan dibalas segala amalan kita di dunia maka persiapkanlah diri kita sentiasa dengan bekalan akhirat.

Jadikanlah kita anak akhirat yang dipermudahkan oleh Allah untuk mengerjakan amalan ahli Syurga bagi mendapat kehidupan senang di akhirat. Jangan terpedaya dengan hasutan hawa nafsu dan syaitan yang menyebabkan kita tergolongan dalam golongan anak dunia yang dipermudahkan oleh Allah untuk beramal dengan amalan ahli neraka sehingga bakal menderita di akhirat sana.

Hayatilah pesanan Salafussoleh bahawa biarlah kita berpenat dengan amal ibadat di dunia asalkan kita mampu berehat dalam Syurga Allah di akhirat berbanding lebih banyak berehat di dunia sehingga penat diseksa di akhirat nanti. Letihnya beramal ibadat akan segera hilang sedangkan balasan pahalanya terus kekal bagi meraih Syurga Allah berbeza dengan seronok melakukan maksiat hanya sekejap sedangkan dosanya terus kekal untuk dibalas dengan panasnya api neraka Allah. Tepuklah dada tanyalah iman kita samada jalan Syurga yang kita lalui atau sebaliknya
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Firman Allah dalam ayat 51 surah al-Maidah :
 
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim
Syurga dikelilingi dengan perkara yang dibenci oleh hawa nafsu sedangkan neraka dikelilingi dengan perkara yang diingini oleh hawa nafsu. Keimanan kita sentiasa dicuba dan diuji bagi memastikan siapa yang benar-benar beriman dan siapa pula yang berdusta.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah

Umat Islam diuji dengan pelbagai serangan daripada musuh Islam samada secara keras melalui peperangan atau cara lembut melalui tawaran harta dan takhta serta serangan pemikiran yang membahayakan. Contohnya peperangan yang diuji terhadap saudara seagama di bumi Iraq, Kashmir, Afghanistan, Selatan Filiphina, selatan Thailand, Palestin dan sebagainya.
Ketika kita menghulurkan bantuan yang termampu kepada saudara seagama terutama di Palestin dalam berdepan dengan perancangan jahat zionis yahudi untuk meruntuhkan Masjiq Aqsa bagi dibina kuil Haikal Sulaiman disamping perluasaan tanah jajahan di bumi Palestin sedangkan masih ada umat Islam yang boleh duduk semeja mendapatkan nasihat daripada syarikat pro zionis yahudi.
Tindakan menjadikan musuh sebagai kawan pasti akan mengundang bahaya,Kita merasa kesal mengapa perkara ini boleh berlaku.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Apabila nafsu serakah didahulukan manakala petunjuk al-Quran dilletak di belakang maka rosak binasa negara. Bermula dengan nilai aqidah yang dipandang lebih murah daripada besi buruk, akhlak dilihat tidak penting untuk dijaga.
Ketika kita masih terkejut dengan laporan jumlah anak luar nikah berbangsa Melayu yang melebihi 17 ribu orang untuk tahun lepas sahaja.Itu jumlah yang didaftarkan bagaimana pula dengan jumlah yang tidak didaftar, dibuang, dibunuh dengan kejam.Kita merasa marah bila orang melakukan begitu,tetapi kita tidak berasa marah apabila undang2 Allah berkenaan zina tidak dilaksanakan.bahkan ada yang menggangapnya hukaman itu zalim ,keras dan sebagainya.apakah kita lupa yang menjadikan kita ialah Allah? yang membuat hukum itu juga ialah Allah,Apakah kita rasa kita lebih bijaksan drp Allah?
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Masalah sosial semakin teruk. Lebih dahsyat lagi dengan laporan bahawa Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia sebanyak lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras setahun.
Kita patut malu dengan kenyataan tegas Menteri di Brunei bila dicadangkan agar Brunei menyediakan zon khas jual beli arak bagi pelancong bukan Islam lalu dijawab bahawa Brunei tidak sanggup menerima laknat Allah yang bukan sahaja mengena peminum arak malah seluruh rakyatnya.
Pelancong yang ingin minum arak minumlah di negara mereka malah boleh mandi arak tanpa dilarang asalkan bukan di Brunei. Sekiranya diluluskan zon bebas arak maka lepas ini diminta pula zon bebas judi, zon bebas zina dan bermacam penyakit sosial yang lain.
Pemimpin diberi pilihan samada mahu mengikut Islam untuk menangani masalah yang ada atau pun terus menggunakan sistem jahiliah yang bakal merosakkan negara. Rakyat pula diberi peluang samada terus memilih pemimpin yang menolak Islam atau bersama memperjuangkan sistem Islam dalam kehidupan. Islamlah nesacaya kita maju di dunia dan bahagia di akhirat

Firman Allah dalam ayat 219 surah al-Baqarah :


Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Wednesday, April 7, 2010

APCO DI KDN


Terkini Dari KDN


SESI APCO WORLDWIDE
( 28/10/2009 )

Satu perjumpaan dengan konsultan media luar negara merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu. Ia bukan bertujuan mengagung-agungkan perunding media luar tetapi sebaliknya untuk melihat sejauhmana kepakaran dan pengalaman mereka boleh memberi manafaat kepada kita. Lawatan APCO Worldwide dari United Kingdom pada 23 Oktober 2009 yang lalu ke KDN adalah siri kedua dari 4 siri pertemuan mereka dengan Unit Komunikasi Korporat. APCO Worldwide Pertemuan ini diisi dengan pembentangan tips-tips kaedah media. Lawatan ini adalah kesinambungan dari program 'Supporting The Goverment Of Malaysia: Building Intergrated Goverment Communication' anjuran JPM bertujuan meningkatkan lagi hubungan dua hala di antara media dan agensi-agensi Kerajaan. Pertemuan ini membolehkan kedua belah pihak saling berbalas tanya. Encik Mike Granatt yang menjadi jurucakap kepada 3 rakannya yang lain bertanya strategi dan kaedah komunikasi yang dilaksanakan oleh Unit Komunikasi Korporat KDN. Team APCO itu melahirkan rasa kagum di atas tindakan kehadapan Unit Komunikasi KDN yang telah lama mengadakan pertemuan bersama editor-editor kanan media perdana dan mesyuarat pengurusan komunikasi peringkat kementerian. APCO juga kagum kerana penglibatan pengurusan atasan dalam kedua-dua aktiviti ini. Kedua-dua mesyuarat ini yang diadakan secara bulanan dipengerusikan oleh Dato Sri' Mahmood b. Adam. KSU KDN. Berkenaan dengan portal berita ikdn pula, APCO memaklumkan inilah kali pertama dalam lawatan pertama mereka ke lapan kementerian setakat ini, KDN yang paling menonjol dari siap siaga berurusan dengan hal ehwal media. Portal berita ikdn dilihat sebagai kefahaman KDN menangani dan berurusan dengan media baru. Bagaimanapun APCO melihat KDN perlu juga memberi perhatian kepada pertemuan dengan wakil-wakil berita luar negara yang membuka pejabat mereka di Malaysia. Sungguhpun Puan Jamilah Taib, Ketua Komunikasi Korporat KDN memaklumkan bahawa perancangan itu berada dalam fasa kedua aktiviti Unit memandangkan kekurangan pegawai berkelayakan, Encik Mike berpendapat waktu itu tidak boleh dilengahkan lagi kerana media barat selalu membuat andaian sendiri bila mereka gagal mendapat sumber berita yang dimahukan.


Terkini Dari KDN


LATIHAN MEDIA APCO
( 8/12/2009 )

Unit Komunikasi Korporat, Bahagian Kawalan Filem, Bahagian Teknologi Maklumat dan Bahagian Penerbitan dan Kawalan Teks Al Quran baru-baru ini menghadiri taklimat mengenai fungsi dan peranan media baru. Taklimat yang berlangsung selama dua hari bermula 3 Disember sehingga 4 Disember yang lalu memberi pendedahan berkaitan blogs, website, webtv, portal dan social networking pages yang kini menjadi sebahagian dari keperluan hidup pada zaman ini. Para peserta didedahkan kepada Introduction to Media Relations, New Media Training dan Media Crisis. Penyampai taklimat ini ialah APCO Worldwide. Kementerian Dalam Negeri tidak mahu ketinggalan menyertai perkembangan mutakhir ini. Pada ketika ini KDN memiliki laman (website) yang boleh diakses di www.moha.gov.my sementara portal beritanya pula boleh dijenguk di alamat www.ikdn.org atau www.ikdn.gov.my.


Anwar: Bukit Aman ada perisik Israel
Apr 6, 10 12:46pm

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, perkara berkenaan sebelum ini telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman.

Bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Beliau yang juga MP Permatang Pauh menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel.

Katanya lagi ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing.

Katanya lagi ini juga menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.

"Tak iktiraf Israel tapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam," katanya.
Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

Katanya lagi, kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008.

Katanya, dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

"Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) berpengkalan di Israel," katanya lagi.

Tambahnya, KDN juga telah dimaklumkan mengenai penglibatan ejen Israel melalui syarikat tersebut.

Jelasnya, menteri dalam negeri pada masa itu telah dimaklumkan mengenai kehadiran ejen Israel di bilik server komputer di ibu pejabat PDRM, katanya.

"Ogos 2008, disahkan dalam siasatan cawangan khas PDRM tentang penglibatan Israel melalui syarikat Asiasoft selaku subkontraktor.

"Tapi yang berkaitan di sini ialah surat kepada pengarah logistik (PDRM) Datuk Mahsuri Zainal kepada BPR bertarikh 1 Disember mengenai projek ini yang diserah kepada Masterplan Consultancy Sdn Bhd kemudian subkontrak kepada Asiasoft tanpa mengikut prosedur biasa.

Katanya lagi, perkara itu juga dikesan melalui satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai pasukan tersebut pada tahun sama.

Polis telah menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan, namun beliau mendakwa pegawai penyiasat berkenaan kemudiannya ditukarkan.

"Bila ada sedikit kemajuan ASP Saerah dipindah ke Taiping, kes pun jadi perlahan," katanya.

Katanya lagi, satu laporan juga telah dibuat kepada SPRM (yang dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah pada masa itu) oleh seorang ahli Yayasan Pencegah Rasuah Malaysia Tan Sri Robert Pang berkenaan kes berkenaan.

Monday, April 5, 2010

Kerajaan Pahang perbodohkan rakyat..

Mulanya saya tidak percaya juga kadar bayaran air untuk 'Rumahtangga' bagi rakyat negeri pahang adalah RM 1.35 untuk satu meter padu (M 3)tetapi setelah saya melihat bil yang diterima pada bulan ini menunjukkan kebenaran dakwaan sahabat saya tadi.



Mengikut bil bulan April 2010 saya telah mengunakan sebanyak 23 Meter padu (M 3)dan perlu membuat bayaran 23 x RM 1.35 menjadikan jumlah yang patut saya bayar bayar adalah RM 31.05.Tetapi..

Atas 'KEBAIKAN KERAJAAN NEGERI PAHANG' saya telah diberikan 'SUBSIDI KERAJAAN NEGERI' sejumlah RM 20.44 menjadikan jumlah yang saya kena bayar ialah RM 10.61.

Benarkah saya dapat subsidi ,



Dibelakang bil saya dan anda dicatatkan:

A. KADAR - KADAR BAYARAN AIR.

ketogeri 'Rumahtangga'
- pengunaan daripada 0 - 18 m3 kadar bayarannya ialah RM 0.37
- pengunaan 18.1 - 45 m3 kadar bayarannya ialah RM 0.79

Bagi bil saya kadarnya adalah seperti berikut :

-Jumlah pengunaan bil saya - 23 m3

- untuk 18m3 pertama 18 m3 x RM 0.37 = RM 6.66
- lebihan 18m3 pertama 5 m3 x RM 0.79 = RM 3.95

Jumlah - RM 10.61

Jumlah RM 10.61 memang jumlah yang sepatutnya saya bayar tanpa SUBSIDI KERAJAAN NEGERI pun.

- MENGAPA DICATAT JUMLAH PATUT BAYAR ADALAH RM 31.05 ?

- BAGAIMANA CARA BN MENGIRA ?

- DI MANA SUBSIDI KERAJAAN PAHANG ?

- MENGAPA BODOHKAN RAKYAT ?

Thursday, April 1, 2010

Saharuddin@Gedang Selamat di ijab qabul..



Alhambulilah Saharuddin atau lebih mesra di panggil Gedang telah selamat diijab qabulkan dengan pasangannya di Masjid Al Muttaqin Dusun Tua,Ulu Langat Selangor DE.

Kami doakan moga-moga Allah merahmati perkahwinan ini..